Hasya semakin sibuk mengikuti program di luar semasa Rafael kerja jauh dari rumah. Mereka semakin jarang bertemu, jika bertemu pun hanya beberapa kali.
"Nur, eat this." Daniel lelaki yang dia temui dalam setiap program yang dia ikut menghulurkan bungkusan makanan kepadanya.
Hasya mendongak memandang wajahnya yang agak kacak itu. Tapi tidak sekacak Rafael.
"No, I don't think I want to eat anything." Balas Hasya, perutnya serasa mahu mengeluarkan semua makanan yang dia makan.
'aku mual gila dengan makanan dekat sini. Aku je ke?' getus hati Hasya hairan. Hatinya mula merindui Rafael.
Dadanya rasa sebak semacam setiap hari apabila memikirkan Rafael akan pulang dalam beberapa hari lagi.
"Then drink juices." Kata Daniel risau. Keningnya berkerut melihat Hasya tidak mahu makan.
"It's okey Daniel." Hasya tetap menolak.
Dia mengangkat begnya lalu berjalan menuju ke tempat letak kereta, dia kembali ke rumah.
Hasya menguak pintu rumahnya perlahan dengan menggunakan sisa tenaga yang dia ada.
Matanya segera menangkap Rafael sedang berpelukan dengan seorang wanita berambut perang.
'aku mimpi ke ni?' getus hatinya tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
Matanya bertembung dengan mata Rafael. Air matanya mengalir tiba-tiba.
"Hasya." Rafael segera menolak gadis tersebut dengan kasar. Wajahnya kelihatan terkejut melihat Hasya di sana.
Hasya memandang gadis itu, gadis itu menunjukkan senyuman sinis padanya.
"Bila awak balik?" Soal Hasya lemah. Pandangannya menjadi gelap selepas itu.
Rafael meluru ke arah Hasya.
'Hasya mesti salah faham.' getus hati Rafael selepas menyambut tubuh Hasya.
___
Rafael menunggu di luar wad Hasya menunggu doktor yang memeriksa Hasya keluar.
Rafael berjalan ke hulu hilir dalam kerisauan.
Dia meraup mukanya kasar.
"Apa aku dah buat ni? Mesti dia marah aku. Dah lah lama tak jumpa, tiba-tiba ada perempuan lain peluk aku pula. Ish tak guna punya perempuan." Gumam Rafael geram.
Dia menghubungi seseorang.
"Expose her. I've sent her photos to you." Kata Rafael memberi arahan sebaik saja panggilannya dijawab.
Selepas mendapat jawapan dia memutuskan talian.
Seorang doktor keluar dari wad Hasya.
"Keluarga Puan Hasya?" Soal doktor itu dengan senyuman di wajahnya.
"Saya suami dia!" Balas Rafael lalu berlari menghampiri doktor tersebut.
"Tahniah Tuan, Isteri Tuan mengandung dua minggu. Badan dia tak biasa lagi, sebab tu dia pengsan. Tuan mesti bagi dia makan makanan berkhasiat secukupnya. Supaya kandungan dia tu sihat. Kandungan Puan Hasya tak kuat sangat, saya harap tuan boleh jaga kandungan dia bersama-sama." Kata doktor itu memberi saranan di hujung ayatnya.
Rafael kaku mendengar penjelasan doktor itu.
"Hasya mengandung?" Soal Rafael, badannya menjadi sejuk kerana terlalu teruja.
"Bo.. boleh saya jumpa isteri saya?" Soal Rafael tergagap-gagap.
"Boleh, silakan. Ermm, perempuan mengandung ni mood dia cepat berubah, Tuan kena sabar ye." Pesan doktor itu lalu meninggalkan Rafael di sana.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
Lãng mạnRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...