Rafael membawa Fatin keluar berjalan-jalan di mall.
Fatin kelihatan sangat teruja sampaikan berhias berlebih-lebih lagi. Dengan lipstik merahnya, blusher pink tak kena dengan muka.
"PUHAHAHAHAHA!! Your new wife's look beautiful as hell!!" Victor mentertawakan Rafael dengan kuat sekali. Bagai nak pecah gegendang telinga Rafael yang memakai sebelah earpiece saja.
"Focus you son of a bitch." Gumam Rafael.
"Apa dia? Awak ada cakap apa-apa ke?" Soal Fatin dengan nada manja.
Rafael memandang Fatin geli.
'apa yang aku buat sebenarnya ni? Kenapa aku jalan dengan badut?' getus hati Rafael, dia mula menyesali seluruh rancangannya.
"Hey, tengok tu." Rafael menunjuk ke suatu arah secara random. Semuanya supaya Fatin tidak memandangnya dengan muka jelek itu.
"Apa?!" Soal Fatin teruja, dia segera menoleh.
Meremang bulu roma Rafael mendengar suara gedik Fatin.
'babi betul lah. Hasya tak pernah macam ni, aku lebih rela Hasya yang menggedik daripada betina ni.' Getus hati Rafael.
Mereka mula berjalan lagi.
"Target dah bergerak." Kata Victor dengan serius, Victor ni walaupun bengang sikit dia tetap sangat berguna.
"Belakang korang ada seekor." Victor terus melaporkan kepada Rafael tentang gerak-geri orang itu.
"Kau tunggu sini jap, aku nak ke tandas." Rafael meninggalkan Fatin di tepi. Menjadikan Fatin sebagai umpan untuk menangkap orang-orang itu.
"Jangan lambat tau!" Pesan Fatin kuat. Hampir semua orang sekelilingnya memandang mereka.
"Malunya aku kalau aku kat tempat kau." Ujar Victor dengan nada malu. Dia turut malu bagi pihak Rafael.
"Diamlah." Balas Rafael lalu masuk ke dalam tandas.
Fatin menunggu Rafael dengan tidak sabar di sana, dia melihat sekeliling mencari barang yang dia mahukan.
Tup ..
Mulutnya ditekup dengan kain dari belakang. Penglihatannya menjadi kabur setelah terhidu bahan kimia daripada kain itu.
Badannya diheret ke tempat yang sunyi di dalam bangunan mall itu.
"We got her." Kata salah seorang dari lelaki yang menculik Fatin. Mereka masing-masing tersenyum lebar dapat menangkap kekasih hati Rafael.
"Make sure she's the right women." Kata seseorang daripada talian telefon.
"I'm sure this is the women. We've been tailing them the since last month." Balas lelaki itu dengan bangga.
"Good job. Now bring her to me." Arah lelaki itu dengan gembira.
Mereka membawa Fatin keluar dari bangunan mall itu dengan berhati-hati agar tidak dilihat sesiapa.
Rafael keluar dari tandas, Victor sudah menunggunya di luar tandas.
"We'll be tailing them! Kau baik datang cepat." Kata Ayden melalui earpiece.
Rafael dan Victor segera berlari keluar untuk mengejar Ayden dan Hans yang sudah bergerak dahulu.
Mereka mengekori Ayden menggunakan GPS.
"Jangan hilang diorang." Pesan Rafael lalu mengeluarkan telefonnya. Mentang-mentang Victor yang pandu, senang-senang saja dia rileks guna nyawa orang lain.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
Roman d'amourRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...