Charles, Fariz dan Haziq masuk ke dalam rumah Hasya pada awal pagi. Masing-masing membawa bahan mentah untuk dimasak oleh Hasya.
Mereka bertiga kaku di ruang tamu melihat Rafael yang sedang minum teh dengan nyaman.
"Aku mimpi ke nampak Tuan ada di sini?" Soal Charles secara berbisik kepada Haziq.
"Don't ask me stupid. That's him!" Bisik Haziq dengan nada keras. Mereka bertiga berdiri kaku memandang Rafael.
Rafael senyum kepada mereka. Itulah, pandai-pandai saja bawa isteri orang lari.
"So? How is it living here in Malaysia?" Soal Rafael ingin mengusik tiga jejaka itu.
"Well .... It's fine." Balas Charles sambil berundur selangkah demi selangkah.
"Charles! Ada beli susu tak?" Soal Hasya apabila melihat Charles di sana. Mereka bertiga sudah menjadi orang suruhan Hasya di sana. Rafael tidak marah kerana anak-anak buahnya itu lebih dari mampu menjaga Hasya dengan baik.
Hasya berjalan menghampiri Rafael yang sedang menjaga anak-anak kembarnya.
"Ada." Jawab Charles lalu menunjukkan plastik yang dipenuhi makanan yang dia beli.
"Bayarkan." Arah Hasya lalu mendukung Haykal yang sudah terjaga.
Rafael memandang Charles. Perlu ke dia bayar?Rasanya tak.
Melihat pandangan yang diberikan Rafael Charles terus menolak bayaran Hasya.
"Tak payahlah Puan! Kami ikhlas nak bantu." Charles meletak barang-barang itu di lantai lalu berlari keluar sepantas kilat.
Fariz dan Haziq turut berlari keluar selepas meletakkan barang yang mereka bawa ke lantai.
Hasya menoleh memandang Rafael tajam. Mesti Rafael yang takutkan diorang sampai macam tu.
"Awak buat apa?" Soal Hasya geram.
Rafael mengangkat bahunya lalu menggelengkan kepala sekali, sambil tayang muka polos pula.
"Tak buat apa-apa pun. Saya kan duduk sini je dari tadi." Balas Rafael dengan jujur, duduk je tapi menakutkan.
"Habis tu? Kenapa diorang lari macam tu? Awak tak ada ugut atau marah?" Soal Hasya dengan kening berkerut, sukar dipercayai.
Rafael berdiri dia berjalan menghampiri Hasya, tangannya terus melingkari pinggang Hasya. Di tengah-tengah mereka ada Haykal yang memisahkan.
"Kenapa awak ambil kisah sangat pasal lelaki-lelaki tu?" Soal Rafael dengan nada serius. Hmm suspicious making me jealous.
Hasya merenung Rafael dengan sengihan pendek. Dia sudah tahu apa yang difikirkan oleh suaminya itu. Mesti cemburu!
"Sebab, diorang tu dah banyak tolong saya." Kata Hasya lalu senyum sinis.
"Beraninya ambil kisah pasal lelaki lain. Dah berani sekarang ye. Sa .."
Hasya menekup mulut Rafael dengan sebelah tangannya, menghalang Rafael meneruskan ayatnya.
"Of course, tengoklah awak yang berani bawa betina lain dalam hubungan kita. Takkan saya tak berani pula nak bawa jantan lain. And, this is my house Rafael. My house, my rules." Balas Hasya dengan tegas. Berani konon, tak sedar diri punya lelaki.
Rafael tercengang mendengar Hasya menggunakan ayatnya kepada dia sendiri. Ini tak boleh jadi!
"Hasyaaaaa. Tak boleh cakap macam tu, Hasya tak boleh ada jantan lain. Saya je cukupp." Rafael bercakap dengan suara manja, dia menunduk untuk menyembamkan mukanya di leher Hasya, tangannya memeluk pinggang Hasya dengan kemas.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomantizmRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...