MDB 41 🔚

37.7K 1K 61
                                    

Rafael masuk ke dalam wad Hasya.

Dengan nafas yang masih belum teratur dia terus berlari menuju ke katil Hasya.

"Kami akan datang lagi nanti." Kata Doktor lalu keluar bersama-sama dengan jururawat. Meninggalkan Rafael dan Hasya bersendirian.

"Sayang."

Rafael tidak terkata apabila mampu melihat Hasya membuka matanya lagi.

Air matanya mengalir tanpa dia sedari.

Hasya tertawa melihat suaminya yang tidak terurus itu. Rambut sudah panjang dan janggut serta misai juga sudah tumbuh, mungkin bulu yang dibawah -

"Alhamdulillah." Rafael meletakkan Diandra di sebelah Hasya lalu memeluk cium Hasya. Melepaskan rasa leganya.

Dia menarik tangan Hasya untuk dikucup, tangan Hasya sangatlah sejuk.

"Rafael.." sebut Hasya dengan suara serak akibat tekak kering.

"Air!" Rafael segera mengambil air yang disediakan oleh jururawat tadi. Dia memberikan Hasya minum perlahan-lahan.

Hasya ketawa kecil selepas dapat minum air.

Tangannya naik mengusap pipi Rafael. Selama dia koma dia selalu mendengar suara Rafael membacakan dia Al-Quran serta zikir, setiap hari tiada hari dia tidak datang menjenguk Hasya.

"Hasya rindu~" rengek Rafael lalu duduk di birai katil Hasya. Matanya tidak berkelip merenung Hasya yang sudah membuka mata semula.

"A nak sa ya." Hasya mengusap kepala Diandra dengan mata yang bersinar.

"Na ma dia?" Soal Hasya.

Suara Hasya masih serak dan dia pun bercakap tersekat-sekat.

"Nur Diandra." Jawab Rafael lalu mengucup dahi Hasya lagi.

"Rafa el, dah lah." Hasya menekup mulut Rafael walaupun tangannya masih kaku dia boleh menggerakkan tangannya.

Semuanya berkat Rafael yang sentiasa menggerakkan anggota tubuhnya ketika dia koma, jika tidak dia boleh lumpuh.

"Rindulah sayang." Rafael memegang tangan Hasya lalu mengucup tangan itu pula.

"Raf a el." Panggil Hasya namun masih tersekat.

Rafael tetap menatap Hasya dengan pandangan rindu. Dia sudah menanti lama untuk saat itu.

"Rafael." Sebut Hasya dengan sempurna.

Air mata Rafael tumpah tanpa dia sedari. Rindu yang dia pendam dalam hati akhirnya dapat dia luahkan.

"Ya Allah, rindunya sayang. Rindu sangat-sangat, rindu sampai saya rasa tak boleh nak bangun esok lagi. Rindu Hasya, rindu. Rindu. Rinduuu." Luah Rafael lalu mengucup tangan Hasya banyak kali.

Air matanya mula membasahi pipinya.

"Rafael awak dah kurus." Komen Hasya, dia cuba membuat Rafael ketawa. Namun tangisan Rafael semakin menjadi-jadi kerana Hasya menyedari perubahan dirinya.

"Tak ada selera makan lah Hasya. Macam mana nak ada selera? Sayang masih terlantar kat sini selama ni." Luah Rafael lagi.

"Maafkan sayang." Ujar Hasya tidak tahu haru berkata apa lagi.

"I'm not going to forgive you. Sayang mesti Janji yang sayang takkan ingkar arahan saya lagi." Kata Rafael dengan raut wajah serius dan dingin.

"Sayang janji." Hasya menghulurkan jari kelingkingnya untuk berjanji.

Rafael melingkar kan jari kelingking mereka.

"Good." Rafael mengucup dahi Hasya.

"Mama!" Tiga budak lelaki menerjah masuk ke dalam wad itu.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now