Rafael masuk ke dalam bilik kerjanya. Selepas melihat Tuan Ares membuat kerja di mejanya dia terus masuk lalu duduk di hadapan Ares.
Wajah handsome Ares dia tenung. Apa yang Hasya minat sangat pada daddy ni? Sama je.
Ares geli hati melihat anak bongsunya itu merenung dia tajam. Dia senyum lalu mendongakkan kepala memandang Rafael.
"Yes? Need anything son?" Soal Tuan Ares. Nada percakapannya tidak pernah kasar, dia selalu menggunakan nada yang tenang dengan senyuman manisnya bila bercakap.
'mungkin itu yang buat Hasya minat! Daddy soft spoken!' Rafael melihat rambut brunette Ares yang dibiarkan jatuh ke bawah tanpa disisir rapi. Serabai pun handsome.
Ares tetap menunggu untuk Rafael bercakap, dia menongkat dagu menunggu.
"Stop seducing my wife father." Kata Rafael tegas.
"Huh?" Ares bingung, dalam masa yang sama dia juga merasa lucu. Apalah anak aku ni fikir?
"When did I do that? AHAHAHA!" Ares tertawa. Sudah lama dia tidak ketawa terbahak-bahak seperti itu.
Rafael memutar bola matanya memandang Ares yang mentertawakan dia. Orang serius dia boleh pula ketawa.
"I'm serious." Kata Rafael lagi.
Ares berhenti ketawa.
"Sure. But I never do that. I'm only interested with your mother Rafael." Kata Tuan Ares serius. Gila lah dia kalau nak curi isteri anak sendiri.
"My wife said that you're more handsome than me. I'm jealous, please leave here tomorrow." Ujar Rafael menghalau mummy daddynya.
Tuan Ares mengangkat keningnya mendengar mereka dihalau dan Rafael sentiasa jujur dengannya. Dia berasa mahu ketawa lagi, tapi dia tahan.
"Yes, I understand. Keep my daughter safe and sound Rafael." Kata Ares lalu menepuk bahu Rafael. Dia pun berdiri bersedia untuk beredar.
"Daughter-in-law, Daddy." Rafael membetulkan Ares.
Tuan Ares mengangguk faham. Dia terus keluar dari situ, lalu dia kembali ke bilik yang mereka gunakan. Ada gosip baru nak cakap dengan Christina.
"My Queen! I have something to tell you." Ares menyergah masuk ke dalam bilik mereka. Dia menutup pintu lalu duduk di sebelah Puan Christina.
"Yes Dear?" Balas Puan Christina lembut.
Tuan Ares mengucup dahi Christina. Kalau nampak isterinya dia tidak dapat tahan untuk menciumnya.
'my loveable queen.' getus hatinya sambil mengucup muka Puan Christina.
"Ares! No more." Puan Christina menolak suaminya, kalau dibiarkan nanti lain jadinya.
Rafael kembali kepada Hasya selepas bercakap dengan Tuan Ares. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding bilik mereka, memerhatikan Hasya melipat kain mereka.
'Dia langsung tak perasan aku masuk ke?' Rafael tetap diam di sana menunggu Hasya menyedari kehadirannya.
Selepas Hasya selesai melipat kain dia mengambil laptopnya lalu membuka Whatsapp di laptop.
Dia menghubungi seseorang.
Yana menyambut panggilan Hasya. Muka Yana terpapar di skrin laptop.
"Assalamualaikum Yana!" Kata Hasya dengan gembira. Dia pun tersenyum lebar kepada Yana.
"Waalaikumussalam! Bertuah punya kawan. Dah kahwin terus lupa kawan ye." Perli Yana geram dengan Hasya.
'Siapa pula perempuan tu? Sejak bila dia ada kawan? Duduk sini pun ada kawan melayu.' Rafael menghampiri Hasya perlahan-lahan.
"Alahh aku sibuk lah.."
"Sibuk layan suami? Aku pun dah kahwin dah Hasya oi! Aku tak juga sesibuk kau, aku dah ada anak pun masih banyak masa free." Yana memotong percakapan Hasya.
Hasya sengih seperti kerang busuk.
"Sorry lah aku lupa." Ujar Hasya sambil tersengih-sengih.
Yana menjeling geram.
"Jadi? Dah berbadan dua ke kau ni?" Soal Yana sambil mengangkat keningnya.
Hasya menggelengkan kepala, wajahnya berubah sayu.
"Aku tak boleh kot." Balas Hasya sayu.
"Hah? Kau ada masalah ke? Kenapa? Tell me." Kata Yana risau. Siapa je tak risau tengok riak muka sedih Hasya.
"Dah lama kitorang Kahwin, aku pun dah banyak kali buat tu dengan suami. Tapi masih tak ada apa-apa." Ujar Hasya selamba.
Rafael yang mencuri dengar pula malu, tapi Hasya tak boleh mengandung?
"Kau dah check ke? Pegi lah jumpa doktor pakar." Cadang Yana.
Hasya mengangguk.
"Tapi aku tak nak suami aku tau. Macam mana kalau dia dapat tahu nanti? Dia masih nak kan aku ke? Takut lah Yana." Ujar Hasya gelisah. Dia tidak mahu Rafael tidak suka padanya.
'dia anggap aku macam tu ke?' Rafael merasa kecil hati mendengar kata-kata Hasya.
"Gila ke?! Takkan lah suami kau kejam macam tu!" Marah Yana.
"Mana lah tau dia nak anak sangat-sangat. Nanti kalau dia tahu aku tak boleh beranak, nanti dia kahwin lagi. Macam mana Yana?"soal Hasya.
Rafael sudah puas mendengar Hasya buruk sangka pada dirinya. Dia berjalan merapati Hasya lagi.
"Bulan lalu dia ada cakap! Dia nak aku pregnant. Tapi aku masih tak pregnant lagi. Aku benci lah diri aku ni!" Ujar Hasya. Matanya mula berkaca.
Rafael mengeluh.
Hasya tersentak mendengar keluhan Rafael. Dia terus menoleh melihat Rafael. Air matanya yang sudah bertakung lama menitis sebaik saja dia memandang Rafael.
Rafael memberikan Hasya pandangan kecewa.
'haa! Dia dengar ke? Apa aku nak buat ni?' Hasya mula gementar.
"Turn that off." Arah Rafael dingin.
"Ya .. Yana nanti aku call lagi." Hasya terus memutuskan talian tanpa mendengar balasan Yana. Dia menutup laptop itu lalu diletakkan di tepi.
Hasya duduk tegak di birai katil menunggu Rafael bercakap.
"Awak serius ke dengan apa yang saya dengar tadi?" Soal Rafael.
"Maafkan saya." Hasya menyeka air matanya, tapi air matanya tidak mahu berhenti keluar.
Hatinya sangat takut untuk menghadapi masalah itu.
"Sepatutnya awak tak cakap buruk tentang saya pada kawan awak tu. I'll get angry." Kata Rafael dengan nada merajuk.
"Haaa?" Hasya bingung dengan Rafael. Dia tak nak cakap tentang pregnant ke? Takkan dia tak kisah.
"Hasya sayang, saya tak pernah berfikir nak kahwin lagi awak tahu. How dare you told your friend that I might get married again." Ujar Rafael lalu duduk di sebelah Hasya.
Hasya mula berasa yang Rafael hanya mahu membuat hatinya tenang semula.
"Macam mana ni? Hahh? Uwaaahhhhhhh!" Hasya meraung menangis. ni kalau mummy daddy dengar mesti Rafael yang kena marah.
"It's okey Hasya. Saya tak perlukan anak pun, kita boleh ambil anak angkat kalau awak nak." Kata Rafael lalu mendakap Hasya.
"Tipu! Awak nak anak kan? Takkanlah awak tak nak anak dari isteri awak." Kata Hasya sambil menangis dalam dakapan Rafael.
'mestilah aku nak. Mesti comel kalau ada anak rupa dia macam kau. Mata bulat, manja. Siapa tak nak?'
"Saya tak kan paksa awak. Kita akan cari jalan penyelesaian sama-sama. Okey? No more cry." Pujuk Rafael dengan lembut.
Hasya semakin sebak mendengar Rafael memujuknya.
"Hushh, dah dah." Rafael mengusap belakang badan Hasya menunggu Hasya berhenti menangis.
'I'll find solutions.'
TBC
Vote ..
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...