MDB 25💸

23.2K 743 13
                                    

Rafael mengekori Ayden yang sedang berjalan sambil membelek semua kereta di tempat Lamborghini Manhattan, tempat jual kereta lambo tu.

"Cepat lah sikit, kau nak yang mana satu? Beli Tesla je lah. Aku rosakkan Tesla kau kan, nak lebih-lebih pulak." Bebel Rafael tidak puas hati, pagi tadi Ayden sudah buat bising di rumahnya meminta ganti rugi.

Padahal Rafael nak cuddle dengan Hasya lagi.

"Ni .. aku nak ni." Ayden menunjuk ke arah Lamborghini Huracan di hadapan mereka.

"Kau ni, nak yang paling mahal juga. Last last hancur juga." Rafael membebel lagi.

"Shuss! Dah, aku nak ni juga." Balas Ayden lalu berpeluk tubuh.

"Okey okey. Tak yah nak menggedik sangat lah. Panggil pekerja tu." Kata Rafael selamba. Dia mengeluarkan platinum card dari dompetnya.

Ayden sengih melihat kad mahal itu. Impiannya tercapai dengan duit Rafael.

"Lepas ni rosakkan lah lagi kereta aku." Kata Ayden sambil sengih nakal. Dia melambai memanggil pekerja kedai itu.

Seorang lelaki datang.

"Kepala hotak kau. Lepas ni aku akan guna teksi je." Balas Rafael geram.

Ayden sambung membelek kereta itu selepas pekerja itu membuka kereta itu. Rafael yang berurusan dengan penjual selepas itu.

Rafael memandu Audi R8 lama miliknya, diikuti Ayden dengan kereta barunya di belakang.

Dua kereta mahal yang memecut bersama itu menarik perhatian semua orang disekeliling mereka.

"Pegi mana?" Soal Ayden melalui Earpiece yang mereka gunakan.

"Ambil Hasya jap." Jawab Rafael lalu menyimpang ke hadapan pintu Grand Mall di sana.

Mereka berhenti di hadapan Mall itu, menarik perhatian semua masyarakat.

Ayden keluar dari kereta, dia pergi ke kereta Rafael untuk meminta sesuatu dari Rafael.

Toktoktok ..

Ayden mengetuk cermin kereta Rafael. Rafael menurunkan cermin keretanya.

"Nak duit." Ayden menghulurkan tangannya meminta duit.

"Kau ingat aku siapa do? Asal kau minta kat aku?" Soal Rafael semakin geram dengan Ayden. Kaya tapi kedekut.

"Kau sugar daddy aku hari ni. Aku langsung tak bawa dompet hari ni, cepat lah nak beli coffee." Kata Ayden selamba.

Rafael menghelakan nafasnya lalu menghulurkan duit kepada Ayden. Ayden menerima duit itu dengan senyuman gembira.

"Kau masuk dalam ke? Tengok-tengok kalau ada Hasya, suruh dia turun sini kalau dah siap." Kata Rafael menyuruh Ayden.

"Okey, nak coffee juga ke? Banyak ni." Ayden mengibas-ngibas duit itu di mukanya. Macam taik.

"Cappuccino." Kata Rafael sepatah lalu menaikkan cermin keretanya semula. Ayden terus masuk ke dalam untuk membeli minuman di Cafe yang selalu dia singgah.

Ayden masuk ke dalam Cafe yang dipenuhi dengan bunga-bungaan segar. Matanya meliar mencari pemilik Cafe kecil itu.

"Sir Ayden?" Seorang gadis menyebut namanya dengan nada ceria.

Ayden segera berpusing ke arah suara tersebut, dia tidak menayangkan senyuman namun wajahnya sudah mengatakan bahawa dia gembira melihat gadis itu.

"Liliana." Sebutnya sebaik saja matanya bertembung dengan mata gadis Liliana itu.

"I dah cakap kan, panggil I Lili je. Berapa banyak kali saya nak bagitahu?" Soal Liliana geram dengan Ayden yang suka menjual mahal.

Liliana merupakan kacukan Melayu-jerman. Ayden mengenalinya semasa dia hendak kembali dari pekerjaan malamnya. Dengan badan penuh darah dia bertemu dengan Liliana di taman permainan.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now