MDB 18💌

22.2K 805 47
                                    

Hasya terbangun pada tengah hari. Semuanya disebabkan Rafael yang terlalu kasar padanya semalam, badannya sampai lenguh dan sakit.

Dia melihat lengannya yang penuh dengan kesan yang ditinggalkan Rafael. Dia sedang memakai baju kemeja Rafael yang semalam. Sempat pula dia pakaikan.

"Too much Rafael. Saya tau lah awak nak kerja lama. Tapi tengok sampai bantal ni pun dah kena sperm* Kalau dia mengandung macam mana. Ish!" Hasya duduk lalu membuka lapis bantal itu.

Air matanya mengalir tiba-tiba.

"Tau lah sakit kan .. tak payah lah nangis Hasya. Sebulan je." Kata Hasya. Dia sudah mula rindu dengan Rafael. Apa lagi bila dia langsung tidak dibenarkan untuk menghubungi Rafael.

Toktoktok ..

"Hasya, Mummy masuk ye." Suara Puan Christina kedengaran.

Hasya segera mencabut semua cadar lalu dia membawa cadar dan selimut ke kamar mandi.

"Kejap mummy! Hasya tak pakai baju!" Laung Hasya kalut. Dia terus mengelap air matanya.

"Tak pe lah. Mummy tau lah macam mana anak mummy tu. Mesti perangai sebiji macam daddy dia." Kata Puan Christina dengan bangga.

Hasya tersenyum sedikit merasa lucu dengan kata-kata mertuanya.

"Ada yang patah tak? Ada yang koyak?" Soal Puan Christina, kata-katanya membingungkan Hasya.

Hasya keliru. Daddy Rafael kasar ke dengan mummy Rafael? Patah? Koyak? Seram!

"Hah? Patah? Tak de lah Mummy. Hasya elok je." Balas Hasya.

"HAHAHAHA! Maksud Mummy katil kamu patah ke tak? Cadar kamu koyak atau tak. Bukan kamu Hasya. HAHAHAHA!" Puan Christina ketawa terbahak-bahak di luar.

"Oh, hahaha." Hasya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Hatinya tidak mempunyai rasa untuk ketawa saat itu.

"Hasya betul okey? Nak mummy letakkan ubat?" Soal Puan Christina risau.

"Mummy jangan masuk tau." Laung Hasya sayu.

Puan Christina hanya mampu diam mendengar suara tangisan Hasya. Bertuah anaknya ada yang mahu menangis untuk dia.

"Hasya sayang. Rafael tu dah lama buat kerja macam ni. Dia akan baik-baik saja. Anak mummy tak pernah cedera teruk lagi." Kata Puan Christina cuba untuk menenangkan hati Hasya.

Hasya menyeka air matanya. Dia tidak patut menangis.

"Mummy nak bawa Hasya pergi ke?" Soal Hasya dengan suara serak.

"Tak lah. Mummy akan tinggal dengan Hasya kat sini. Lagipun mummy tak ada kerja. Darling mummy dah buat semua." Kata Puan Christina.

"Kejap lagi Hasya keluar, tak lama lagi! Hasya nak cuci cadar." Kata Hasya malu-malu.

Puan Christina sengih nakal mendengarnya. Rindu pula dengan husband.

"Okey. Mummy tunggu kat bawah tau. Jangan lama-lama kat kamar mandi nanti masuk angin." Pesan Puan Christina lalu turun ke tingkat bawah..


Hasya turun ke tingkat bawah membawa cadar dan lapis bantal yang sudah dia cuci sehingga bersih tanpa bekas.

Rumah itu kelihatan sangat terang dengan semua bunga-bunga palsu dan bunga betul yang Puan Christina bawa.

"Puan muda, biar kami yang uruskan semua tu." Dua orang pembantu rumah yang bukan dari rumah Rafael muncul di hadapannya.

"Ehh? Tak. Tak payah." Balas Hasya segan.

"Leah, Hana. No need. She can do it by herself." Kata Puan Christina sambil berjalan membawa sepinggan biskut.

"Cepat sikit sayang. Mummy nak cerita ni. Banyak gosip nak cakap." Kata Puan Christina lalu duduk di sofa sambil tersenyum manis kepada Hasya.

Hasya mengangguk lalu segera membawa cadar itu ke ampaian.

___




Hasya termenung ke arah taman bunga yang dia dan Puan Christina buat di belakang rumah Rafael.

Sudah seminggu berlalu sejak Rafael pergi.

Puan Christina senyum melihat menantunya tergila-gila dengan anak lelakinya. Mestilah anak dia handsome.

"Hasya." Panggil Puan Christina.

Hasya terus tersentak terkejut.

"Ye?!" Balas Hasya dengan pantas. Puan Christina sengih pula.

"Rasanya esok suami Mummy akan balik, Mummy suruh dia ke sini. Tak apa kan? Lebih selamat kalau dia ada kat sini sekali." Kata Puan Christina.

Sengihannya membuatkan Hasya merasa aneh.

"Ye, boleh je." Balas Hasya. Puan Christina mengangguk.

Malam itu.

Hasya terpegun melihat pajamas seksi Puan Christina di hadapannya. Ehh? Ini mummy Rafael yang selalu aku tengok tu?

"Umur mummy berapa sebenarnya?" Soal Hasya penasaran. Badan Puan Christina masih lagi awet muda sama seperti wajahnya yang tetap jelita.

"Mummy baru 46 tahun lah." Jawab Puan Christina malu-malu.

'Umur Rafael 27 jadi Puan Christina dah lahirkan anak pada umur 19. Kalau macam tu macam mana dengan daddy Rafael?'  Hasya berfikir dengan fokus.

"Jadi Daddy Rafael?" Soal Hasya.

"My dear 50 this year's. He's getting older." Jawab Puan Christina dengan senyuman manis di wajahnya.

"Whose getting older?" Satu suara garau mengejutkan mereka berdua.

Serentak Puan Christina dan Hasya menoleh memandang ke arah pintu.

Seorang lelaki berbadan sasa masuk dengan kot di tangannya. Butang baju kemejanya hampir saja tidak dapat bertahan.

"Ares!" Puan Christina segera berlari memeluk suaminya.

'bapak ah! Daddy Rafael lagi handsome!' jerit hati Hasya melihat Ares Ceaser iaitu Daddy Rafael suami kepada mummy Rafael.

"I miss you my love. Still seksi as always huh." Ujar Tuan Ares lalu mendakap isterinya erat. Dia hanya mengucup dahi Puan Christina kerana melihat ada orang lain dalam bilik itu.

'aku kena keluar kan? Mesti diorang nak lepaskan rindu. Awkward nya!' Hasya berdiri untuk melarikan diri dari bilik Puan Christina.

Matanya bertembung dengan mata biru Ares. Sama seperti mata seksi Rafael, tapi mata Tuan Ares lebih seksi berbanding Rafael. Rafael kini hanya seperti clone Tuan Ares.

"And this must be my daughter-in-law." Katanya sambil tersenyum manis.

Hasya senyum kekok. Hatinya gembira melihat Daddy Rafael yang handsome.

'heh!! Apa kau fikir ni Hasya! Rafael lagi handsome!! Daddy dia pun kau boleh fikir handsome ke! Tak patut!' Hasya menggelengkan kepalanya sedikit.

"Hmmm? Rafael mesti kerja kan sekarang? Budak tu, aku dah suruh dia jangan buat kerja gila dia buat juga. Siap dia nanti, how dare he left my cute little daughter-in-law alone." Ujarnya dengan nada garau.

'uihh! Orang tua memang ada aura cool macam ni ke. Apa-apa je lah, aku kena keluar dari sini sekarang.' Hasya berjalan menuju ke pintu.

"Saya keluar dulu, Mummy Daddy go on." Kata Hasya lalu berlari keluar dengan pantas.

"HAHAHA how cute. She should be my youngest daughter instead marrying my little son." Ujarnya lalu mencempung Puan Christina.

"Ares! Close the door!" Jerit Puan Christina terkejut.

"Don't worry my Queen." Bisiknya lalu melihat badan isterinya sebelum dia belek.






TBC

Vote

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now