MBD 1 🌻

68.3K 1.4K 58
                                    

Hasya mengemaskan katilnya selepas selesai membersihkan badan.

"ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU ...." Nyanyi Hasya kuat, hanya untuk memeriahkan kesunyian dia.

Toktoktoktoktoktok ..

Pintu Rumah Sewa Hasya diketuk bagai nak pecah. Kenapa tak bagi pecah terus? Kan.

"Anak Siapa pula yang ketuk rumah aku ni hah? Dahlah rumah kejiranan ni baru lagi siap." Gumam Hasya. Setahu dia baru beberapa orang yang menginap di rumah sewa itu.

Pintunya masih diketuk. Dia memandang ke luar tingkap, Masih subuh.

Hasya turun ketingkat bawah dia mengambil kayu baseball untuk tujuan keselamatan.

Tombol pintu putar selepas semua kunci dibuka. Pintu dibuka.

Seorang lelaki berambut blonde, bermata biru terus menyergah masuk dan menutup pintu. Hasya kaku memegang kayu Baseballnya.

"Arghhhhhh!! Siapa kau!" Hasya terus menghayunkan kayu itu untuk memukul Rafael.

Rafael menahan kayu itu .. terserlah otot tangan Rafael yang menahan kayu itu.

"Siapa kau ni hah! Kenapa kau masuk rumah aku?!" Soal Hasya takut.

"Shsss .. diam sikit boleh tak! Cakap pun terjerit-jerit!" Marah lelaki itu.

Kedengaran bunyi tapak kaki sedang berjalan sekeliling rumah itu.

"Berundur!" Suara seorang lelaki kedengaran.

Jantung Hasya berdegup sangat kencang.

Rafael duduk bersandar dipintu .. dia mengambil nafasnya semula. Baru Hasya sedar badan lelaki di hadapannya itu dipenuhi luka dan darah.

Rafael menahan darah keluar daripada luka di perutnya. Mukanya berkerut-kerut.

"Weh .. Encik tak apa-apa ke?" Soal Hasya takut dan risau. Takkan dia nak biarkan lelaki tu mati di rumah dia. Nanti ada hantu macam mana?

Rafael memandang Hasya kabur. 'Dia akan halau aku keluar ke kalau aku pengsan?' Hatinya mula risau jika orang-orang yang mengejarnya dapat menangkap dia.

"Se-selamat kan aku .. aku janji akan bayar balik lepas ni." Kata Rafael lalu pengsan.

Hasya kaku melihat darah yang berlumuran itu. Dia segera mengambil peti pertolongan cemasnya.

Hasya berkerja sebagai seorang Nurse di sebuah klinik swasta.

___

Rafael terjaga dari tidurnya .. tidurlah sangat. Dia pengsan kot tadi.

"Erghhh." Dia merengek sedikit. Badannya terasa perit.

Dia melihat badannya. Penuh balutan. Mungkin perit sebab ubat.

"Encik dah bangun?" Soal Hasya yang duduk jauh darinya.

Rafael memandang gadis yang ketakutan itu.

'Jadi dia tak heret aku keluar.' Rafael duduk dengan sendiri.

"Boleh bagi aku air?" Pinta Rafael lemah.

Hasya segera berdiri lalu masuk kedapur. Dia keluar semula dengan segelas air putih ditangannya.

Gelas itu dihulurkan kepada Rafael.

Rafael mengambil gelas itu lalu diteguknya rakus.

"Ke-kenapa Encik a-ada luka tembakan?" Soal Hasya memberanikan dirinya.

"Bukan masalah kau." Balas Rafael dingin.

"Eh! Siapa kata bukan masalah saya! Encik dah terjah masuk rumah saya." Kata Hasya marah.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now