MBD 12💍

27.7K 949 32
                                    

Hasya melihat tiga lelaki yang duduk dihadapannya. Mereka memandangnya tajam.

'kenapa mamat mamat ni? Pandang aku semacam je? Seram! Mana pula Rafael pergi ni?' Hasya tetap senyum walaupun dia merasa takut dengan tiga lelaki itu.

"Pregnant?" Soal Adam dengan riak muka serius.

Laju saja Hasya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa? Chris kecil, kau tak puas?" Soal Adam lagi.

Pakk!

Kepalanya dihempuk oleh Ayden.

"Kau tanya soalan agak-agak lah. Tengok badan dia pun lagi kecil dari Chris, orang boleh salah sangka yang mereka ni adik abang tau." Ujar Ayden memerli juga.

Adam sengih. Sekepala saja dia dengan Ayden ni.

Hasya menundukkan kepalanya. Apa salah aku sebenarnya ni?

"Dah lah tu bebal." Hans bersuara.

"HAHAHA!" Adam ketawa tiba-tiba.

"Diamlah babi! Tiba-tiba memekak." Hans menolak Adam kuat. Mereka saling bertolak-tolak.

Hasya agak kagum melihat lelaki-lelaki yang jelas kelihatan bukan orang Malaysia itu bertutur dalam bahasa Melayu dengan sangat baik.

Rafael masuk ke dalam pejabatnya. Dia sendiri bingung kenapa tiga beruk itu ada di dalam pejabatnya.

"Korang nak apa sial?" Soal Rafael geram melihat mereka bergaduh depan Hasya.

Hasya berdiri lalu berjalan menghampiri Rafael. Dia berdiri di belakang Rafael sambil memegang baju kemeja Rafael erat.

Rafael melihat Hasya kecil yang berdiri di belakangnya. 'Cute! Asal kau pendek sangat?' Rafael membiarkan Hasya dibelakangnya.

"Get out!" Halau Rafael dengan nada suara tegas.

"Alahh! Tak nak!" Adam berpeluk tubuh.

"Tsk. Jadi jangan bising anak monyet." Ujar Rafael lalu menarik Hasya ke mejanya.

"Diorang tu kawan-kawan awak ke?" Soal Hasya.

"Rael." Kata Rafael meminta dirinya dipanggil dengan panggilan manja itu.

"Yelah. Rael." Balas Hasya sambil tersenyum.

"Yes. They are." Jawab Rafael lalu duduk di kerusi kerjanya. Dia menarik Hasya untuk duduk di atas ribanya.

Hasya duduk dengan selesa.

Ayden, Hans dan Adam hanya memerhatikan mereka dengan mata yang cemburu.

"Tak ganggu ke sayang duduk sini?" Soal Hasya lembut.

Rafael memicit peha Hasya dengan senyuman nakalnya. Hasya membulatkan matanya kerana masih ada orang lain di sana. Tak malu betul!

"Nope. Sit tight." Balas Rafael lalu mengangkat Hasya untuk merubah kedudukan Hasya. Hasya duduk sambil memeluknya. (Macam kat media, author tak pandai describe.)

"Aku nak buat kerja sikit. Sayang jangan gerak." Kata Rafael lalu menarik kerusinya dekat dengan meja.

Dia mula menyelesaikan kerja-kerjanya dengan serius.

"Aku balik dulu ah." Ayden keluar dari situ. Malas nak tengok orang bersemut depan dia. Tak hormat orang single langsung.

Satu persatu rakannya keluar dari pejabatnya meninggalkan mereka berdua.

Hasya mendongak melihat wajah Rafael. Tetap handsome apabila dilihat dari angle bawah.

'Handsome. Bertuah aku dapat suami handsome.' getus hati Hasya.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now