Rafael melayan Hasya seperti biasa tapi dengan lebih berhati-hati. Kadang-kadang dia tidak bertemu dengan Hasya langsung kerana takut Hasya terluka kerananya.
Hasya berdiri termenung di balkoni memikirkan apakah kesalahan yang dia buat sampai Rafael tidak mahu bertemunya selalu.
'aku ada buat salah ke? Aku kan mengandung ni. Takkan dia tak nak jumpa aku lagi. Dia sibuk sangat ke? Apa ni? Takkan dia masih jumpa perempuan tu? Astagfirullah! Apa aku fikir ni.' Hasya menggelengkan kepala pantas membuang fikiran buruk itu.
'Tapi macam mana kalau betul?' Hasya mula merasa sebak.
Satu tangan melingkari perutnya dari belakang, lalu kepalanya dikucup banyak kali dengan lembut.
"What are you doing, My Hasya?" Soal Rafael dengan nada serak.
Hasya menggelengkan kepala, takkan lah dia nak bagitahu yang dia tengah overthinking.
"Awak dari mana?" Soal Hasya dengan nada sayu.
"Kerja." Balas Rafael lalu mencempung Hasya lalu dibawa masuk ke dalam bilik itu.
Rafael meletakkan Hasya di atas katil lalu menarik selimut menutupi bahu Hasya.
"Nanti masuk angin. Tak boleh duduk luar lama-lama." Ujar Rafael merisaukan Hasya.
"Habis tu awak hari-hari keluar tak pe pula." Ayat yang sepatutnya diungkapkan dalam hati keluar di mulut Hasya.
Hasya menekup mulutnya terkejut sendiri.
Rafael menatap Hasya lama. Dia mengukir senyuman manis.
' Sensitif.' getus hatinya.
"Dah rindu saya?" Soal Rafael lalu melutut di hadapan Hasya.
Hasya mengangguk perlahan.
Rafael terpegun melihat Hasya begitu comel, jujur saja menjawab soalannya.
"Tell me what do you want me to do? I'll fulfill your desire." Ujar Rafael, dia meraih tangan Hasya lalu menatap mata Hasya tanpa berkelip.
"Saya nak awak ada dengan saya saja." Kata Hasya dengan nada manja.
Rafael berasa geli hati mendengar nada manja Hasya. Ni kalau gomol Hasya mesti dia ketawa terbahak-bahak.
"Rafaeeeellll .." Panggil Hasya dengan nada meleret.
Rafael terus menarik Hasya ke dalam dakapannya. Terlalu comel untuk dia tahan, jadi dia terus menggomol Hasya.
Hasya terkekeh-kekeh ketawa apabila merasa geli digomol oleh Rafael.
"Rafael! Takkk nakkkk." Rengek Hasya, sampai mengalir air matanya ketawa.
Rafael memeluk Hasya sambil mengucup pipi Hasya.
Hasya mengambil nafas.
"Kenapa awak tak nak jumpa saya dah?" Soal Hasya sedih.
"Bila masa saya tak nak jumpa awak ni?" Soal Rafael bingung.
"Sekarang. Awak ada banyak kerja sangat ke? Sampai langsung tak boleh luangkan masa dengan saya?" Soal Hasya.
Rafael tergelak kecil mendengar soalan yang dilontarkan oleh Hasya. Tiba-tiba jadi sensitif sangat.
"Sebelum ni banyak je masa awak nak jumpa saya, tiba-tiba semenjak saya mengandung ni awak dah tak nak jumpa saya. Siap serahkan saya pada Mummy lagi. Awak nak buang saya ye?" Tambah Hasya lagi.
Rafael menatap mata dan bibir Hasya berganti-ganti. Sungguh menakjubkan bibir kecil itu boleh mengeluarkan banyak soalan sekaligus.
"Jawab lah! Jangan tenung saya macam tu aje." Marah Hasya lembut.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...