Rafael, Ayden, Adam dan Hans kembali ke New York.
Hans dan Rafael melompat turun dari Jet sebaik saja pintu terbuka. Mereka berdua bergegas berlari keluar dari lapangan terbang untuk kembali ke pangkuan isteri mereka.
"Bestnya, balik rumah ada orang sambut. Aku pun nak kawin gak." Ujar Adam sambil memerhatikan Hans dan Rafael yang semakin jauh. Dia semakin merasa cemburu melihat sahabatnya dimanjakan oleh isteri masing-masing.
"Kalau macam tu kawin lah." Balas Ayden. Sebenarnya dia pun mau juga dapat perhatian macam yang Rafael dan Hans dapat dari isteri mereka.
"Tapi mana nak cari perempuan yang nak layan perangai aku ni?" Soal Adam dengan nada sayu. Bila terfikirkan parut-parut yang ada di badannya dia semakin berasa kekurangan.
"Pergi cari kat Malaysia sana. Kat Indonesia ke, aku dengar orang Sabah banyak cantik, kalau tak Sarawak." Kata Ayden lalu melompat turun.
"Yeke? Nanti kalau aku pegi cari korang jangan cari aku tau." Ujar Adam lalu turut melompat turun.
"Hmmm .. Good luck!" Laung Ayden.
Rafael menghampiri Harvy yang sudah menunggunya di luar Airport.
"Get out. I'll drive." Rafael merebut kunci dari Harvy lalu masuk ke dalam kereta. Dia terus memecut laju meninggalkan Harvy di sana.
Harvy berdiri kaku melihat Tuannya sudah pergi meninggalkannya sendirian di sana.
"I didn't bring my purse." Gumamnya lalu menyeluk poketnya. Kosong, dia tidak memiliki duit.
Satu keluhan dia lepaskan lalu dia mula berjalan kaki.
Rafael masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Dia berasa pelik melihat bunga-bunga yang mengelilingi air pancut di tengah-tengah halaman rumah itu.
"Aku salah rumah ke?" Gumamnya lalu turun dari kereta.
"Carl!" Rafael membaling kunci kepada Carlos lalu berlari masuk ke dalam rumah.
Dia terus menyerbu masuk ke dalam rumah, dalam fikiran cuma ada Hasya.
'Dia rindu aku tak? Mana dia? Aku rindu dia macam nak gila! Hasya, Hasya kau kat mana?'
Kakinya terus berlari mencari Hasya di dapur, tandas dan bilik mereka. Namun Hasya tiada di sana.
"Hasya!!" Jeritnya apabila puas mencari.
"Kau kat mana?!" Jeritnya, jantungnya berdegup kencang takut apabila tidak melihat isteri kesayangannya di dalam rumah.
Dia berlari ke belakang rumah.
"HAHAHAHA! Iye ke." Dia terdengar suara tawa dari sisi rumah itu.
Dia masuk ke dalam library di sisi rumah untuk melihat dari tingkap.
"Comelnya!" Rafael terkedu melihat Hasya sedang duduk bersama seorang lelaki.
"Siapa pula lelaki tu? Aku tak ada kat rumah kau dah pandai bawa jantan lain balik?" Rafael melompat keluar dari tingkap.
Dia terus berlari menghampiri Hasya.
"Hasya!" Jeritnya keras. Rafael menghayunkan penumbuk ke arah lelaki itu.
Hasya terkejut melihat Rafael ingin menumbuk Daddynya.
"Rafael! Jangan!"
Penumbuk Rafael ditangkap oleh Tuan Ares. Ares sengih melihat anak lelakinya yang sudah tidak mengenali dirinya.
Rafael dan Ares saling berpandangan tajam.
"Don't recognize your father already Rafael Christen?" Soal Tuan Ares dengan nada tenang, dia sentiasa meletakkan senyuman manis di wajahnya.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...