MBD 3🗡

33.5K 1.1K 38
                                    

Rafael berjalan masuk kedalam markas rahsia mereka.

"Chris .. New York minggu depan. Dark One dah muncul semula. Aku rasa mana-mana negara sekarang pun dah tak selamat." Kata Ayden .. tangannya masih menekan pad kekunci Laptop air nya itu.

"Isaac dah balik sana dulu. Kitorang esok .. kau?" Soal Adam.

Bagi pengetahuan korang. Hans Isaac, Adam Rowen, Ayden Rayner dan Rafael Christen. Mereka ni semua mualaf .. originally orang barat bukan Melayu.

"Aku lusa." Kata Rafael .. Masalahnya Hasya. Mahu ke dia pindah ke sana?

"Ok. Jangan lambat. Kerja kau berlambak siapa nak buat." Kata Ayden yang selalu menjadi kuli Rafael.

"Kau kan ada Ray." Kata Rafael lalu senyum senget.

Ayden memutar bola matanya menyampah. Asyik dia je kena!

"Habis tu Hasya kau bawa sekali ke?" Soal Adam.

Rafael memandang Adam.

"Habis tu? tinggal dia kat sini? Kau ingat berita aku kahwin ni tak sampai merata dunia ke? Aku ni Mafia." Kata Rafael ..

"Lah .. tunang Isaac tak apa-apa pun." Kata Ayden. Adam mengangguk setuju.

"Sebab Isaac perhatikan tunang dia betul-betul. Aku tak macam Isaac .. aku banyak kerja." Kata Rafael.

"Haihh .. susahnya jadi laki orang ni. Banyak pula benda nak jaga." Kata Ayden .. keluhan kecil terbit dibibirnya.

"Tapi yang bestnya tiap malam ada santapan!" Kata Adam .. mula dah otak kotor dia.

Rafael menggeleng. Macam manalah nanti kalau Adam kahwin. Merana bini dia tiap malam.

"Aku nak balik .. apa-apa roger." Kata Rafael lalu berdiri.

"Malam ni on tak?" Soal Ayden .. dua beruk ni lepak Kelab je tahu.

"Tengoklah." Kata Rafael lalu keluar.

___

Hasya duduk video call dengan Yana kawan baiknya.

"So .. amacam hidup bersuami? Bestkan!" Kata Yana .. Yana dah kahwin selama 2 tahun.

"Eh! Ke situ pula. Kau tahu kan aku kahwin macam mana. Aku bukannya kenal pun laki aku tu. Makin benci adalah." Kata Hasya sambil menayangkan muka benci.

Yana menggeleng.

"Kau pi benci dia kenapa? Dia pernah pukul kau ke? Hina kau? maki kau?" Soal Yana.

Hasya mengeluh.

"Aku bukannya benci sangat kat dia. Pukul maki tu tak pernah .. aku je yang selalu marah dia." Kata Hasya perlahan.

Yana ternganga.

Tak patut betul!

"Hasya! Jahatnya kau! Mesti dia berusaha nak kau suka dia. Apesal kau marah dia?" Soal Yana hairan.

"Aku tak suka lah .. dia musnahkan masa depan aku! Tangkap basah konon .. padahal aku kering je hari tu. Haihhh." Ujar Hasya.

Yana tergelak kecil mendengar keluhan Hasya.

"Sayang! Baju abang mana?" Kedengaran suara Faris suami Yana bersuara.

"Baju kemeja ke? Sayang sangkut kat almari tadi!" Laung Yana dengan suara yang lembut.

Hasya terpegun dengan Yana .. walaupun dia banyak masalah dengan kerja dan anak-anaknya, dia masih melayan suaminya dengan baik.

"Hasya .. aku nak tolong suami aku ni. Nanti aku call lagi tau! Ingat syurga dekat bawah tapak kaki suami! Cubalah berbaik .. kenal-kenal dulu. Bye assalamualaikum." Pesan Yana .. dia lebih arif dalam perkahwinan.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now