Rafael dan Ayden tiba di rumah Raven. Mereka terus merempuh pagar Raven dengan kereta Tesla milik Ayden.
'kereta aku.' Ayden senyum pasrah melihat keretanya yang sudah rosak.
'Hasya please selamat!' Getus hati Rafael, dia hanya memikirkan Hasya dan mengabaikan semua perkara lain.
Anak-anak buah Raven keluar mengacukan senjata api ke arah mereka.
"Ayden!" Ayden mengeluarkan senapang lalu menembak semua orang di sekeliling mereka semasa Rafael berpusing-pusing menggunakan kereta itu.
Rrrtatatatatatata!!
Darah memercik ke merata tempat. Tapi Ayden hanya menembak kaki mereka saja, dah insaf dari bunuh orang kan.
Van hitam milik pekerja Tuan Ares tiba tidak lama kemudian, mereka semua kagum melihat semua anak-anak buah Raven rata, semuanya terbaring dan melutut di atas lantai.
Rafael menghentikan kereta di hadapan pintu rumah lalu merempuh masuk ke dalam rumah Raven.
"Hasya!!" Jeritnya sebaik saja masuk ke dalam. Dia berjalan tanpa arah mencari Hasya. Matanya fokus ke seluruh tempat mencari Hasya.
Matanya bertembung dengan mata Cassey yang sedang duduk di ruang tamu bersama dengan Hasya.
'Eh kenapa budak ni ada kat sini? Mana semua anak-anak buah Raven?' getus hati Cassey. Semua anak-anak buah mereka tidak berguna.
"Rafael!" Hasya berdiri ingin berlari ke arah Rafael. Cassey menarik tangan Hasya untuk menahannya dari berlari.
"Cassey! Give my wife back." Arah Rafael dingin.
Cassey sengih jahat.
"Why should I? I like her and I want to keep her with me." Balas Cassey selamba.
"Tsk!" Rafael berjalan selangkah.
Ktakk ..
Bunyi picu pistol ditarik kedengaran, kakinya terus berhenti melangkah.
"No!! Please jangan!" Jerit Hasya takut melihat Raven menekan pistol di belakang kepala Rafael.
"Please! Please .. No. Cassey, suruh dia turunkan pistol tu." Pinta Hasya lalu melutut di hadapan Cassey.
'Fuck! Fuck! Fuck! Jangan melutut Hasya! Oh God!' Hatinya sakit melihat Hasya melutut demi dia.
"Tolonglah Cassey. Rafael suami saya." Hasya memegang tangan Cassey.
Cassey senyum manis kepada Hasya.
"Hasya suka dia?" Soal Cassey.
Laju saja Hasya mengangguk setuju.
"I love him." Kata Hasya.
Cassey memandang Raven, Raven terus menghempuk kepala Rafael dengan pistol itu. Dia menendang kaki Rafael supaya Rafael jatuh melutut.
Hasya tergamam melihat Rafael jatuh melutut. Dia hampir menangis melihat Rafael begitu. Semua ni salah dia, kalau lah dia tak ikut Raven mula-mula tadi.
"Choose, you die or this insect." Raven memberi dua pilihan yang Hasya tidak dapat pilih sama sekali.
"Are you dumb? Cassey father's back!" Jerit Rafael marah mendengar mereka diugut.
"Daddy? Here?" Soal Cassey, wajahnya menunjukkan dia sedang terkejut besar.
"Yes." Balas Rafael.
"Hands off!" Pekerja-pekerja Tuan Ares masuk sambil mengacukan pistol ke arah Raven.
"He'll kill me." Cassey menggigit kuku jarinya gementar. Apatah lagi selepas melihat muka-muka familiar itu.
"Raven! We're leaving. Goodbye Hasya, I'll find you soon." Cassey mengucup pipi Hasya lalu berlari menghampiri Raven.
"Uncle! Let's us go!" Kata Cassey kepada pekerja Ares.
Pekerja-pekerja itu hanya diam memandang mereka, tidak menghalang atau membenarkan.
"Are you sure?" Soal Raven risau.
"Yes!" Kata Cassey tegas.
Dia terus menarik Raven keluar dari belakang rumah. Meninggalkan rumah mereka begitu saja.
"Rafael." Hasya berlari memeluk Rafael erat. Dia amat risau jika Rafael tidak datang menyelamatkan dia.
"Retreat." Lelaki tadi memberikan arahan lalu semua lelaki berbaju hitam itu berundur.
"Gosh, I'm worried." Ujar Rafael lega selepas Hasya di tangannya semula.
"Kepala awak ok tak? Dia ketuk kuat sangat tadi. Awak dah lah bodoh, nanti tambah bodoh lagi." Kata Hasya selamba, dia mengusap belakang kepala Rafael perlahan-lahan..
"Hah? Saya bodoh ke?" Soal Rafael tidak puas hati. Nak kena cubit ni, dah lah suka-suka hati je ikut orang.
"Jom keluar." Ajak Rafael.
Rafael membawa Hasya keluar dari rumah Raven, Hasya terkedu melihat orang-orang yang meraung kesakitan di tanah dan darah di sana sini.
"Rafael .. Apa ni?" Soal Hasya takut melihat darah-darah itu.
"Bukan saya yang buat." Ujar Rafael lalu menutup mata Hasya dengan tangannya, lalu dia menarik Hasya berjalan bersamanya.
Hasya terus berjalan mengikut Rafael tanpa melihat apa-apa.
Ayden sudah menunggu mereka di luar pagar rumah itu. Dia berdiri berpeluk tubuh sambil bersandar di keretanya yang sudah kehilangan bumper depan.
"Nanti aku belikan kau kereta baru." Kata Rafael lalu membuka pintu belakang untuk Hasya. Hasya masuk ke dalam perut kereta tanpa melihat sekeliling lagi.
Ayden mengangguk lalu masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin bersedia untuk beredar.
Rafael masuk ke perut kereta bersama Hasya.
Ayden terus meninggalkan kawasan rumah itu membiarkan orang-orang Tuan Ares yang mengurus semuanya, well diorang disana untuk membantu kan.
"Let me see you." Rafael menekup pipi Hasya untuk membuat kepala Hasya menoleh menghadapnya.
Mata mereka bertembung, Rafael mula memeriksa lengan Hasya. Mencari sekiranya ada luka di mana-mana, membelek badan Hasya tanpa sepatah kata.
"Rafael, I'm fine." Hasya menahan tangan Rafael, dia senyum manis kepada Rafael untuk menunjukkan bahawa dia baik-baik saja.
Rafael hanya menatap Hasya dengan pandangan redup. Dia tidak dapat senyum kerana hatinya baru saja lega.
"Awak ni pun .. kenapa tiba-tiba ikut dia? Awak tak tahu ke dia tu bahaya? Nak mati sakit jantung saya tadi." Ujar Rafael dengan nada sayu, pandangan redup yang dia berikan membuatkan Hasya merasa bersalah lagi.
"Maafkan saya. Dia kata Cassey sakit, dia nak jumpa saya untuk kali terakhir. Saya tak sangka pula akan jadi macam ni." Jelas Hasya, dia mengelus pipi Rafael.
"Awak ni bodoh kan. Sangat bodoh, perempuan tu tak penting pun untuk awak." Balas Rafael geram, tapi dia masih juga bercakap dengan nada lembut.
"I minta maaf." Hasya menarik kepala Rafael untuk bersandar di dadanya. Rafael menundukkan badannya untuk memeluk pinggang Hasya.
"Okey saya maafkan, lepas ni jangan buat lagi tau." Balas Rafael ..
Ayden terus fokus kepada jalan raya. Telinganya hampir berdarah mendengar ayat-ayat bersemut Rafael dan Hasya.
'macam aku ni halimunan pula.' getus hati Ayden pasrah terpaksa mendengar ayat-ayat cinta mereka.
'lepas ni aku nak Lamborghini Huracan STO yang baru tu.' Ayden tersengih-sengih membayangkan rupa kereta idamannya.
Masalahnya sekarang ni Rafael nak belikan ke?
TBC
Vote
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...