MBD 11🛌🏻

31.1K 921 74
                                    

Rafael masuk ke dalam pejabat Ayden. Dia menghempaskan punggung di atas sofa lalu mula merokok.

Ayden was too stunned to speak. Dia terus memerhatikan riak muka bengis Rafael.

Rafael memandang Ayden. Mata mereka bertembung, Rafael terus merenung Ayden. Ayden mengeluh, tahulah dia kenapa Rafael pandang dia macam itu.

"Kenapa?" Soal Ayden yang memahami isyarat mata Rafael.

"Bini aku nak minta cerai. Aku tak boleh lah macam ni, kau tau tak? Ada benda dalam dada aku ni yang sakit bila dia minta cerai dan makin sakit lagi bila aku tengok dia menangis." Luah Rafael resah.

Ayden hanya mendengar semua luahan Rafael.

"Kau dah suka dia kan." Teka Ayden dari cerita Rafael itu.

"Shit!" Rafael menghembuskan asap dari mulutnya lalu dia tonyohkan puntung rokok itu di dalam mangkuk rokok itu.

"Jadi? Kau nak buat apa sekarang ni? Dia akan jadi kelemahan terbesar kau lepas ni." Kata Ayden dengan tenang.

"That's why aku nak kurung dia dalam rumah aku, simpan dia dalam bilik aku, peluk dia masa tidur. Bau wangi dia, suara lembut dia. Arghhhh!!! Bodohlah macam ni!" Rafael meraup wajahnya kasar.

"Aku dah faham dah kenapa Hans tak nak berjauhan dari tunang dia tu. Women are addicting." Ujar Rafael. Rambutnya yang selalunya kemas kini serabai. Tapi tetap hensem.

"Kau ...".

PAKK!!!

"Hai hai!!" Adam masuk dengan senyuman ceria.

Mereka bertiga saling berpandangan. Suasana yang tadinya suram menjadi ceria semula.

"Wehh! Aku ada berita menggembirakan!!" Kata Adam dengan teruja.

Ayden sengih melihat Rafael yang sudah bertenang semula.

"What?" Balas Rafael sepatah.

"Hans akan kahwin minggu depan! And kita semua dijemput! Yeyy! Makan-makan!!" Jerit Adam dengan teruja. Dia saja yang teruja melebih.

"Baguslah tu." Balas Ayden.

"And, he want us to bring our partners. Dia nak buat dance party dekat majlis dia tu." Kata Adam lalu duduk di sebelah Rafael.

"Partner? Rasanya aku akan bawa sepupu aku. Kau?" Soal Ayden.

"Agaknya aku boleh tak bawa mak aku?" Soal Adam sambil berfikir dengan fokus.

"Gila ke? Dia suruh korang cepat-cepat cari girlfriend lah tu." Kata Rafael.

__

Hasya berbaring di atas katil selepas mengeringkan rambutnya. Fikirannya melayang jauh memikirkan Rafael.

'Kau tau kan syurga kau pada suami kau tu. Kalau dia tak redha dengan kau, on the way neraka lah kau!' suara Yana berlegar lagi.

Dia semakin berasa bersalah selepas diceramahi oleh Yana.

"Aku akan masuk neraka ke? Masalahnya aku takut." Gumam Hasya berfikir sambil memandang siling bilik.

'minta cerai tu pun dah berdosa tau! Isteri yang minta macam tu takkan dapat cium bau syurga!'

"Uarghhhh!!" Hasya menutup mukanya dengan bantal. Dia runsing memikirkan tentang hubungan mereka.

"Aku mesti minta ampun dari dia." Ujar Hasya takut.

Tanpa dia sedari dia terlelap.

Rafael masuk ke dalam bilik mereka. Dia membawa Hasya pergi ke rumahnya dan bukan rumah Mommy dia.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now