Suasana didalam kereta itu sangat janggal .. masing-masing tidak bersuara.
Hasya memcuri pandang Rafael sekilas .. encem!
Hasya tergelak sendiri .. dia mencuri pandang Rafael lagi. Fuhh .. gugur jantung macam ni. Laki aku ke ni? Bertuah ke aku?
Hasya memandang Rafael .. Hasya kaku Rafael memandangnya tajam.
"Kau kena sawan ke .. pandang aku gelak." Perli Rafael.
"Tak de pape lah." Hasya terus memandang keluar tingkap. Malu dah Kantoi!
___
Hasya berjalan dibelakang Rafael.
Mereka pergi ke lapangan terbang tapi tiada kapal yang akan bertolak dalam waktu terdekat itu.
"Awak .. kita nak pegi mana ni? Awak dah beli tiket ke?" Soal Hasya.
Rafael diam menarik bagasi Hasya ke tempat pelepasan kapal terbang.
Hasya menjadi takut kerana melihat ada lelaki-lelaki tegap memerhati mereka.
"Rafael .. kenapa orang tu tengok awak semacam?" Soal Hasya lalu memaut tangan Rafael.
Rafael melihat Hasya yang memeluk tangannya erat itu. Nak masuk ketiak ke?
"Diorang bukan tengok aku tapi kau." Kata Rafael tenang.
Hasya menjadi semakin takut.
"Kenapa diorang tengok saya? Diorang penjahat ke? Nak rogol saya? Nak bunuh saya?" Soal Hasya seperti seorang kanak-kanak tiga tahun.
"Hasya. Jangan buat macam tu. Diorang tu kawan aku. Siapa je sentuh kau aku akan pastikan orang tu tak buka mata lagi." Kata Rafael datar.
Hasya memandang Rafael yang fokus memandang depan.
Mereka berdua berhenti dihadapan sebuah jet.
"Kenapa kita ada kat sini? Tak naik kapal ke?" Soal Hasya sambil menggoyang tangan Rafael seperti seorang budak minta gula-gula.
Rafael memegang kepala Hasya.
"Hasya .. kita nak naik kapal lah ni. Tapi bukan kapal yang tu. Kita naik jet." Kata Rafael melayan saja karenah Hasya.
"Jet siapa ni?" Soal Hasya mula teruja macam budak baru dapat gula-gula.
"Jet suami kau. Jom cepat." Kata Rafael tegas. Rafael terus menarik Hasya naik. Bagasi Hasya ditinggalkan diluar.
Hasya teruja Jet itu mula berlepas.
Dia tiba-tiba teringat bagasinya.
"Awak." Panggil Hasya dengan muka cemas.
Rafael mengerutkan dahi memandang Hasya yang cemas macam baru hilang anak.
"Lugagge saya mana?" Luggage ke lugagge ke aku memang salah? Deh apa-apa lah. Aku bukan pro.
Rafael menggelengkan kepala .. ingatkan benda penting tadi.
"Tah .. aku tinggalkan kat lapangan terbang tadi." Sakat Rafael sambil membuat muka cemas.
Hasya ternganga.
"Habis saya nak pakai baju apa?" Soal Hasya.
"Naked." Sebut Rafael sambil tayang senyum miangnya.
Hasya memukul lengan Rafael.
"Awak ni! Saya betul-betul tau sekarang ni!" Marah Hasya.
Rafael mengusap telinganya .. dahlah duduk bersebelah. Cakap pun Jerit.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...