MDB 33 🌧️

16K 729 85
                                    

Sebulan berlalu dengan pantas, kini Hasya sudah mula baik sedikit.

"Harvy, Rafael dah balik ke?" Soal Hasya sambil mendukung Hayden turun ke ruang tamu.

"Belum Puan." Balas Harvy dengan sopan.

Hasya mengangguk, kebelakangan ini pun Rafael sering keluar tanpa memberitahunya.

"Harvy dah makan?" Soal Hasya perihatin dengan pekerja-pekerja Rafael. Dia tidak pernah sekali pun melihat orang-orang Rafael makan.

Harvy bingung mahu menjawab apa, dia kaku. Takkan dia mahu menipu dengan Hasya yang sentiasa baik kepada mereka.

Akhirnya Harvy menjawab dengan gelengan kepala.

Hasya senyum.

"Nanti kita makan sama-sama, saya ada order pizza. Panggil yang lain juga, saya beli banyak." Kata Hasya lalu meletakkan Hayden di atas sofa.

"Betul ke Puan?!! Saya tak payah masak lah ni?!" Soal Charles yang telah bertukar menjadi pembantu rumah.

"Iya!" Balas Hasya.

Hasya gelak kecil mendengar keterujaan Charles apabila mendengar dia tidak perlu masak pada hari itu.

Harvy hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai Charles. Apa-apapun mereka sangat suka dengan Hasya sebagai puan mereka.

Haziq, Fariz dan Kevin masuk ke dalam rumah selepas dipanggil Hasya. Memang mereka saja yang sangat rapat dengan Hasya.

"Come here! Play with your godfather." Ujar Haziq sambil berlari mendepakan tangannya kepada Haykal yang berbaring di sofa.

Lelaki-lelaki itu mula bermain dengan anak-anak Hasya.

Hasya tertawa dengan gembira mendengar gurauan dan cerita-cerita mereka.

Rafael berdiri terpegun melihat Hasya tertawa gembira bersama-sama dengan orang-orang suruhannya di tengah ruang tamu itu.

'Rasanya aku dah tak perlu buat macam ni dah.'

"Asalamualaikum!" Seorang gadis masuk dengan senyuman lebar di wajahnya.

Hasya dan semua pekerja Rafael menoleh memandang gadis itu. Mereka semua hampir tersedak air liur melihat betina tak cukup kain itu.

'Hah? Itu perempuan yang kat rumah anak yatim tu kan? Fatin kan?' Hasya keliru kenapa Rafael membawa perempuan itu ke rumah mereka.

"Hasya .."

"Saya akan jadi Ibu tumpang untuk anak encik Rafael." Fatin memotong percakapan Rafael.

Rafael sendiri bingung kenapa Fatin bertindak sebegitu.

Hasya kaku tidak faham, kenapa Rafael perlu cari Ibu tumpang?

"Apa ni?" Hasya semakin keliru. Rafael sendiri cakap yang mereka tidak ada anak pun tidak apa. Tapi sekarang kenapa ada orang lain?

"Hasya, let's talk." Kata Rafael serius, dia berjalan menghampiri Hasya.

Harvy, Charles, Haziq, Fariz dan Kevin berdiri di belakang Hasya. Mereka juga tidak faham kenapa Rafael membawa perempuan lain menjejakkan kaki di rumah itu.

"Cakap kat sini!" Kata Hasya tegas.

Rafael memandang satu persatu muka pekerjanya itu. Mereka semua memandangnya dengan pandangan marah.

"Awak dah tak perlu lagi mengandung anak saya. Kita boleh guna cara Ibu tumpang untuk dapatkan anak." Kata Rafael dengan ringkas.

"kau bodoh ke? Kau ingat aku nak?!! Lepas tu apa? Kau jaga betina tu sampai lahirkan anak kau?! Hah?!" Hambur Hasya marah.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now