5 tahun berlalu dengan pantas, kini tiba waktunya triplets Hasya dan Rafael pergi ke tadika.
Hasya menghantar tiga anak lelakinya ke tadika. Rafael tidak ikut dengan mereka kerana sibuk dengan pekerjaannya di New York.
Rafael sering ulang alik ke Malaysia dan New York untuk bekerja dan berjumpa Hasya.
Dia menghormati keputusan Hasya untuk menetap di Malaysia berbanding di negara asing yang bagi Hasya sangat bahaya.
"Mama, bila papa nak balik?" Soal Haydar dengan nada sayu.
Sudah sebulan mereka tidak bertemu Rafael. Dan hari itu merupakan hari pertama mereka masuk tadika, namun Rafael tiada di sana untuk menghantar mereka.
Hasya menoleh melihat anak-anaknya yang memasang wajah sayu. Semakin besar, semakin jelas kelihatan muka barat triplets itu.
Tapi mata mereka semua sama macam mata milik Rafael, warna biru dan anak mata milik Haykal pula hazel. Mesti macam mak ayah sebenar diorang.
Hasya mengusap kepala Haydar. Tau tau dah besar budak-budak ni.
"Nanti Mama suruh papa balik. Kalau papa tak nak balik kita marah dia!" Kata Hasya agar anak-anaknya gembira semula.
"Betul ni?!" Soal Haydan dan Haydar serentak, mereka kelihatan teruja.
"Anak-anak boleh masuk sekarang!" Laung Cikgu Suraya di hadapan pagar tadika itu.
Hasya melihat kanak-kanak yang berlari dengan riang masuk ke dalam tadika. Ada juga sepasang kembar yang baru dihantar oleh mak mereka.
Mak kembar dua itu kelihatan seperti berdebat dengan Cikgu tadika yang menjerit tadi.
"Anak-anak hati-hati kat tadika ye. Kalau ada apa-apa bagitau cikgu." Hasya tunduk untuk memberikan ciuman di pipi anak-anaknya.
"Mama nak cium juga!" Kata Haykal sambil memuncungkan bibir.
Hasya terus menundukkan kepalanya, anak-anaknya terus mengucup pipinya bergilir-gilir. Comel saja terkena air liur di pipi Hasya.
"Masuklahh." Kata Hasya lalu berdiri melihat anak-anaknya berjalan seiringan masuk ke dalam tadika itu.
Cikgu tadi memandangnya sekilas lalu masuk ke dalam tadika. Apa hal dengan cikgu tu?
___
Rafael terus bergegas balik dengan Jet peribadi miliknya selepas sahaja Hasya menghubunginya.
Dia berlari ke hospital dengan perasaan cemas yang bercampur baur dengan perasaan risau.
Dia terus menangkap Hasya yang baru saja keluar dari bilik doktor. Hasya tersenyum nipis memandangnya.
Rafael menjadi semakin cemas melihat senyuman itu. Tolonglah jangan!
"Biy .. ayang pregnant." Kata Hasya dengan nada lembut.
Jantung Rafael seakan-akan mahu berhenti berdetak apabila mendengar kata-kata Hasya. Walaupun Hasya tau dia boleh mati semasa melahirkan dia tetap saja gembira.
"Hasya , no~" Nada suara Rafael meleret, kedengaran seperti merayu.
"Tak nak ke? Doktor kata dah tiga minggu." Kata Hasya lalu mengusap perutnya yang masih kempis. Itulah, pandai buat tak nak tanggung.
"Tak nak Hasya. Kita boleh ambil anak angkat lagi, you cannot be pregnant. I'm sorry, this is my fault Hasya." Rafael meraih tangan Hasya.
"Tapi ayang nak lahirkan anak ayang sendiri. Biy tak nak ada zuriat dari ayang?" Soal Hasya perlahan.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...