MBD 7 🍧

28.7K 932 1
                                    

Rafael mengusap kepala Hasya .. cantik sungguh ciptaan tuhan yang berada dihadapan mata aku ni.

Hasya mencelikkan matanya.

"Bangun sayang .. abang nak ajak jalan-jalan ni." Kata Rafael lembut. Gadis itu terus duduk.

"Betul ni?!" Soal Hasya teruja. Rafael tersengih dengan telatah Hasya.

"Ye .. mandi cepat. Abang tunggu kat bawah." Kata Rafael.

Hasya mengangguk lalu berlari masuk kedalam kamar mandi.

Seketika kemudian .. Hasya sedar dia terlupa membawa tuala.

"Macam mana ni?" Gumamnya gelisah. Dia mengintai kedalam bilik mereka.

Rafael tiada disitu.

"Terpaksa minta tolong ni." Kata Hasya lalu menarik nafasnya dalam.

"Abang!! Tolong Hasya!" Jerit Hasya kuat. Berdentam dentum kaki Rafael mendaki tangga itu.

"Sayang!" Rafael mengacukan pistol kearah balkoni.

Hasya terkejut. Kenapa Rafael ada pistol?

"Hasya!" Rafael menarik pintu itu tapi Hasya lebih pantas menutup pintu itu.

Tok tok tok

Rafael mengetuk pintu itu bagai nak pecahkan je.

"Rafael dah lah tu! Saya tak apa-apa!" Jerit Hasya geram .. langsung tak nak bagi dia bercakap.

Puan Christina masuk dengan wajah terkejut.

"Kenapa ni Chris?" Soal Puan Christina.

"Hasya cuma nak minta towel!" Jerit Hasya dari dalam, suaranya kedengaran takut.

Rafael terkedu, Puan Christina sudah menggelengkan kepala.

"Mommy sekeh kepala kamu kang. Lain kali jangan tergesa-gesa. Fikir sebelum bertindak." Nasihat Puan Christina lalu keluar semula.

Rafael memandang mommynya yang sudah keluar dari bilik itu .. siap tutup pintu lagi tu.

Rafael menghela nafasnya .. sakit betul jantungnya bila dia sangka ada orang pecah masuk biliknya.

"Hasya." Panggil Rafael.

"Abang .. Sayang nak towel. Boleh tolong ambil." Pinta Hasya dengan suara takut.

"Buka pintu." Kata Rafael datar.

Hasya menggeleng. Apa pula yang dia merepek ni?

"Awak! Saya nak towel." Pinta Hasya lagi.

"Buka pintu .. abang nak denda sayang sebab buat abang takut tadi." Kata Rafael dingin. Tuala yang bergulung diatas almari itu diambil.

Hasya menjeggulkan kepalanya di pintu itu.

"Nak tuala." Pinta Hasya sambil menghulur tangan.

"Kalau abang tak nak bagi?" Rafael bermain tarik tali dengan Hasya.

"Alah bagi je lah. Please suamiku tercinta." Pujuk Hasya dengan suara yang meleret.

Rafael sudah tidak keruan mendengar suara manja Hasya. Nak je digomol gadis itu.

"Yela nah." Rafael ada satu idea. Tuala itu dihulurkan ke pintu.

Hasya mengeluarkan tangannya.

"Thank you sayangku." Ucap Hasya lalu mengambil tuala itu. Hasya keluar selepas mendapat tuala.

Hasya menelan liur memandang urat-urat hijau yang timbul disekitar leher Rafael. Ni nak bunuh aku ke apa ni?

Rafael berdiri dihadapannya tegak.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now