Hasya memaut lengan Rafael sambil berjalan bersama-sama masuk ke dalam mall. Ayden berjalan mengekori mereka dari belakang, dia langsung tidak berminat dengan gadis-gadis yang menghampirinya.
Ayden hanya menayangkan muka serius semasa berjalan. Hasya gembira melihat Rafael langsung tidak memberi perhatian kepada semua orang di situ.
"Kat situ." Hasya menarik Rafael berjalan masuk ke dalam butik pakaian.
Rafael mengangguk melihat butik yang mempunyai brand tersendiri.
'Good. Dah pandai guna duit aku.' Rafael bangga dengan Isterinya yang sudah mula bijak.
"Kita nak pakai warna apa?" Soal Hasya lalu melepaskan pautan lengannya. Rafael memerhatikan Hasya yang tidak teragak-agak melepaskan lengannya apabila ingin memilih gaun.
'Unfair. Aku dah tak pandang sesiapa dia masih lepaskan tangan aku senang-senang je.' getus hati Rafael kecewa.
"Hasya, pegang tangan." Rafael menghulurkan tangannya. Hasya menoleh melihat Rafael yang sangat aneh hari itu. Manja kemain.
Rafael menatap anak mata Hasya dengan tatapan yang redup.
"Kenapa? Saya nak cari baju." Kata Hasya perlahan, malu didengar pekerja di butik itu.
"Cari sambil pegang tangan." Pinta Rafael dengan nada yang manja. Hasya sangat terkejut melihat suaminya yang mengada-ngada.
"Awak dah kenapa?" Soal Hasya lalu menyentuh dahi Rafael dengan belakang tapak tangannya.
Tak panas, Tak mungkin demam. Hasya mengerutkan keningnya memandang Rafael.
"Honey sit down. Sayang nak cari baju untuk sayang." Arah Hasya dengan suara yang lembut tapi tegas.
Rafael memuncungkan bibirnya sedikit. Dia berjalan ke sofa yang terletak di tengah-tengah butik itu.
"Duduk diam-diam tau, nanti sayang dah pilih sayang tunjukkan. Okey?" Pujuk Hasya lembut.
Rafael mengangguk akur. Hasya sengih melihat Rafael yang seperti budak-budak yang mendengar cakap.
"Tak nak seksi sayang." Pesan Rafael. Hasya mengangguk, dia tahulah.
Hasya mencari gaun untuknya.
Dia kembali dengan beberapa gaun yang dipegang oleh pekerja butik itu.
Dia terus masuk ke dalam bilik ganti.
"Macam mana dengan ni?" Soal Hasya selepas memakai gaun yang dia pilih sendiri.
Dia berdiri di hadapan Rafael. Rafael menatapnya dengan mata yang tidak berkelip.
'Fuck .. I really falling deeper and deeper.' getus hati Rafael yang semakin terpesona melihat keindahan makhluk yang Allah ciptakan untuknya.
'what if Hasya pakai baju pengantin? Aku nak tengok.' Rafael melihat sekeliling. Matanya menangkap gaun putih yang sangat cantik pada patung mannequin.
Rafael tersenyum gembira dengan keputusan yang dia buat dalam kepalanya. Dia menoleh melihat Hasya semula.
"Macam mana?" Soal Hasya lagi.
"Cantik." Puji Rafael.
Hasya menggaru kepalanya.
"Betul-betul lah. Ok tak warna ni?" Soal Hasya.
"Okey sayang. Aku suka." Kata Rafael.
Hasya mengangguk tidak puas hati. Dia kembali ke dalam bilik penggantian.
Hasya keluar lagi dengan gaun ungu gelap.
Rafael semakin terpegun melihat Hasya. Dia melihat leher Hasya yang terdedah sepenuhnya.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...