MDB 30🕳️

17.7K 695 8
                                    

Hasya membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya yang masuk ke dalam retina matanya membuatkan dia mengerutkan keningnya, silau.

'apa dah jadi? Kenapa aku rasa lemas sangat ni?' getus hatinya, dia melihat sekeliling ruangan itu. Kelihatan seperti bilik tidur dia dengan Rafael.

'hari tu aku berdarah?'

Memori mula masuk ke dalam fikiran Hasya. Jantungnya berdegup kencang apabila teringatkan anaknya.

Dia melihat perutnya yang sudah kempis. Serta merta dia cemas.

"Rafael!!" Jeritnya kuat. Dia segera mengusap perutnya.

Rafael berlari masuk ke dalam bilik itu dengan raut wajah cemas. Dia kelihatan lesu dan serabut.

Hasya menghulurkan tangannya kepada Rafael, dia sangat cemas untuk bertanya.

Rafael meraih tangan Hasya yang sedang menggigil. Hatinya semakin sakit melihat raut wajah Hasya.

"Ampunkan suami awak yang tak sanggup kehilangan awak." Rafael terus mendakap Hasya erat. Dia mengucup kepala Hasya banyak kali.

Dengan perlakuan Rafael itu Hasya sudah dapat mengagak apa yang berlaku.

"Kenapa?!! Kenapa pilih saya? Rafaeeeeelllll ...." Hasya meraung menangis.

"Maafkan saya. Aisyah dah tak bernyawa masa dia keluar." Kata Rafael dengan berat sekali.

Hasya menggenggam baju Rafael. Dia tidak mempunyai cukup tenaga untuk bergaduh.

"Aisyah? Anak saya perempuan?" Soal Hasya sayu, dia tidak pernah pergi melihat ultrasound anak mereka kerana terlalu berbahaya.

Rafael yang sedang menahan air matanya mengangguk perlahan.

"Anak saya! Aaaaaarghh~" Hasya meraung lagi.

"Dah lah tu nangis." Bisik Rafael turut sebak.

"Macam mana?! Saya betul-betul nak anak dengan awak! Awak tak nak ke? Anak dari rahim saya?" Soal Hasya sambil menangis teresak esak.

"Saya nak Hasya. Semua ni salah saya, I shouldn't left you alone that days." Kata Rafael. Dia semakin mengeratkan pelukannya.

"Saya benci awak ...." Ujar Hasya lemah. Dia bersandar di dada Rafael, mendengar detak jantung Rafael yang begitu laju sekali.

"Thank you sebab dah bangun sayang. I miss you so bad." Bisik Rafael dengan suara serak.

Baru Hasya sedar yang badan Rafael sudah susut.

"How many days?" Soal Hasya.

"One damn weeks, two day and eleven hours My love." Jawab Rafael dengan spesifiknya.

"Macam mana ni?" Soal Hasya, suaranya mula serak kerana merasa mahu menangis.

"Anak saya. Aaarghhhhh~ tak nakkk." Hasya meraung memikirkan anaknya yang tidak dapat melihat dunia lagi.

Rafael semakin sebak melihat Hasya menangis, tapi dia terus mengeraskan hatinya untuk menahan tangisnya.

"Dah Hasya, Aisyah takkan tenang kat sana nanti." Ujar Rafael lemah.

Hasya menolak Rafael, walaupun perlahan Rafael mengikut kehendak Hasya. Dia berundur dari memeluk Hasya.

"Awak tak sedih ke anak kita dah tak ada?" Soal Hasya keliru.

"Sedih sayang. Saya pun sedih sangat-sangat atas kehilangan dia." Ujar Rafael dengan nada sayu.

"Aaaaaaaaa~ macam manaaaa? Saya betul-betul nak ada anak dengan awak." Kata Hasya lalu menundukkan kepalanya merintih kesedihan.

"Sorry." Kata Rafael tidak mampu berkata apa lagi.

"Just that?!! Semua ni salah awak tahu tak!! Kalau lah awak tak terlibat dalam perbuatan haram dan tak guna ni! Saya tak kan jadi macam ni." Hasya mula melampiaskan kemarahannya.

Rafael diam memandang Hasya dengan pandangan yang redup. Dia juga tahu semua itu adalah salahnya.

"Saya tak sepatutnya jumpa awak pun." Tambah Hasya.

Walaupun kata-kata Hasya telah menggores hati Rafael, Rafael tetap terus diam tidak membalas Hasya kerana itu hanya akan membuat Hasya lebih marah.

"Hasya .. saya sayang awak tau." Kata Rafael lembut.

Hasya memandang tepat ke mata Rafael tajam.

"Keluar!! Saya tak nak dengar semua ni!!" Jerit Hasya lalu berundur ke hujung katil.

Rafael mengangguk perlahan. Dia melangkah keluar dari bilik itu.

"Hasya please, saya merayu jangan buat benda bodoh." Pesan Rafael sebelum keluar dari bilik tidur mereka.

Dia menutup pintu.

Harvy dan Carlos menunggunya di kaki lima tingkat itu. Dengan pandangan simpati mereka memandang Rafael.

"Keep an eye on her. Make sure she eat well." Arah Rafael lalu berjalan meninggalkan bilik itu. Dia naik ke tingkat tiga.




__




Hasya keluar dari biliknya pada waktu petang kerana dia berasa haus. Walau apapun dia tetap harus meneruskan hidupnya.

Pintu dibuka, semua lampu di dalam rumah itu terpasang dengan terang. Selalunya ada saja kawasan yang lampunya dibiarkan tertutup.

"Puan." Harvy menegur Hasya dari jauh.

Hasya menoleh melihat Harvy yang berdiri jauh di sudut kaki lima itu.

Hasya tidak berkata apa-apa, dia berjalan turun ke bawah.

Selepas minum segelas air Hasya melihat sekeliling mencari seseorang, Hatinya berasa bersalah kerana telah mengalahkan Rafael pagi tadi. Dia mula mencari Rafael di seluruh tempat, kadang-kadang lelaki ni pun boleh bunuh diri juga.

Harvy turun ke bawah untuk berganti dengan Carlos, dia keluar mencari Carlos di luar rumah.

Hasya naik lagi ke tingkat atas kerana tidak melihat Rafael di bawah.

Tak!

'bunyi apa tu?' dia berhenti di tengah-tengah tangga untuk mendengar dari mana bunyi itu datang.

"Damn it." Suara serak Rafael kedengaran dari tingkat atas.

Hasya berjalan menuju ke tingkat atas, dia terus berjalan tanpa bunyi menghampiri bilik itu lampunya terpasang dan pintunya dibiarkan terbuka.

Bertapa terkejutnya Hasya apabila melihat Rafael sedang membetulkan mainan bayi yang sudah rosak itu.

Hatinya mula berasa sebak. Seluruh bilik itu dipenuhi dengan barang-barang untuk bayi dan hiasan dalam bilik itu juga sangat comel.

"Tak boleh pula .. sial." Ujar Rafael sayu, bahkan makiannya pun turut kedengaran sangat sayu.

"This is it .. aku tak boleh baiki semua ni. Sama macam aku tak boleh baiki hubungan aku lagi." Ujarnya sendirian.

Hasya menekup mulutnya, air matanya mengalir tiba-tiba.

'Aku lupa ... Aisyah anak Rafael juga. Takkan dia tak sedih kot. Bila dia penuhkan bilik ni? Haaa? Kenapalah aku ego sangat?' getus hati Hasya.

"Tak guna pun semua ni. Hasya dah tak nak maafkan aku." Rafael terus membebel menyalahkan dirinya terus.

Hasya bersandar di luar bilik mendengar semua luahan hati yang selalu dipendam Rafael.

Setelah melihat bilik yang dipenuhi barang-barang bayi Hasya terfikir, Rafael lebih teruja darinya.

'apa aku nak cakap dengan dia ni? Mesti dia selalu keluar diam-diam untuk beli semua ni. Apalah aku fikir selama ni? Kenapa aku bodoh sangat ni?'

Badan Hasya mula menggigil.





TBC

Sorry

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now