MDB 31💔

18.3K 669 28
                                    

Hasya berundur untuk diam-diam beredar dari situ. Entah kenapa nasibnya malang sekali, dia tersadung kakinya sendiri.

Buk!

Rafael segera menoleh apabila mendengar bunyi gajah yang terhempas.

Badan Hasya menjadi sejuk kerana terlalu gementar selepas matanya dengan mata Rafael bertembung.

Rafael senyum nipis kepada Hasya.

'aaahhhh~ dia dah nampak kejutan yang aku nak bagi ni. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku untuk terus tersenyum.' Doa Rafael dalam hati, Dia berjalan menghampiri Hasya.

"Surprise .." Ujar Rafael dengan nada sayu.

Air mata Hasya mengalir dengan lebih deras lagi melihat Rafael yang terus menayangkan senyuman palsu dihadapannya.

"Warghhhhhh~ maafkan saya Rafael!" Hasya meraih tangan Rafael lalu diciumnya banyak kali.

"Saya tak patut salahkan awak seorang saja. Ampunkan saya." Hasya menangis sambil menyandarkan dahinya di peha Rafael. Dia mendongak memandang wajah Rafael.

Rafael menggigit bibir bawahnya yang sedang bergegar halus menahan tangisnya dari meletus.

"Dah lah tu! Tak payah nak tahan lagi! Awak pun sedih kan! Tak yah nak acah kuat sangat!" Hasya berdiri lalu menarik kepala Rafael untuk bersandar di bahunya.

Rafael terus melingkar kan lengannya di pinggang Hasya.

Esakan halus Rafael mula kedengaran selepas Hasya menepuk belakangnya.

"Sayang ... Maafkan saya." Kata Rafael.

'tengoklah apa aku dah buat, kejamnya aku persalahkan dia sendiri. Dia bukan batu.' getus hati Hasya sebak.

"Dah .. kalau kita terus nangis macam ni, anak kita tak akan tenang kat sana. Mana boleh mama papa dia macam ni." Ujar Hasya untuk menyedapkan hatinya dan Rafael.

"Yes, that's true." Balas Rafael lalu mengucup kepala Hasya.

___

Rafael berjalan keluar dari dapur, matanya terus menangkap susuk tubuh Hasya yang sedang berdiri termenung memandang kolam renang yang terletak di sebelah ruang tamu.

Walaupun sudah seminggu berlalu Hasya masih lagi terus menangis setiap malam. Berat badannya juga semakin susut.

"Sayang." Panggilnya dengan nada lembut.

Hasya terus menoleh apabila dia dipanggil, memandang Rafael dengan matanya yang kuyu.

"Nak keluar?" Soal Rafael.

Hasya menggelengkan kepala. Dia masih lagi berpantang.

"Tak nak lah." Balas Hasya lemah.

"Okey then." Balas Rafael lalu menarik Hasya ke sofa di ruang tamu, Hasya terus mengikut Rafael berjalan.

Rafael duduk lalu menarik Hasya untuk duduk di atas ribanya. Selepas Hasya duduk dia memeluk pinggang Hasya dan menyandarkan dagunya di bahu Hasya.

"Nak ambil anak angkat tak? Saya takkan paksa awak untuk lahirkan anak saya." Ujar Rafael berniat untuk menyedapkan hati Hasya.

Namun kata-katanya itu membuatkan hati Hasya lebih sakit.

"Awak tak nak saya lahirkan anak awak ke? Macam mana dengan saya? Saya nak, nak sangat ada anak dengan muka macam awak! Saya nak!" Air mata Hasya mula mengalir menuruni pipinya lagi.

Air mata itu membuatkan Rafael sedar kata-katanya telah mengguris hati Hasya dengan lebih dalam lagi.

"Sayang! Bukan macam tu, saya tak maksudkan macam tu. Kita boleh ambil anak angkat kalau awak nak, at least baby boleh sembuhkan hati awak?" Ujar Rafael sayu.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now