Rafael tunduk merapatkan wajahnya dengan wajah Daniel yang berani berkata-kata itu.
Senyuman sinisnya terukir. Pisau lipat itu di tekankan di pipi Daniel.
"Aku tanya sekali lagi. Siapa upah korang?" Soal Rafael dengan nada lembut tetapi sangat menyeramkan.
"Nenek kau! Puihhh." Daniel meludah muka Rafael. Rafael mengelap mukanya dengan lengan bajunya.
Hmm! Bau sungguh liur dia. Setahun tak gosok gigi ke lelaki ni.
"Kau .. bagi jawapan yang salah." Kata Rafael lalu menghiris kedua-dua belah pipi Daniel. Dua orang kawannya sudah menggigil takut.
"Arghhhhhhhhh!" Muka dan badan Daniel berlumuran darah.
Adam, Hans dan Ayden duduk menonton. Best scene Rafael membunuh ni.
"Sedap?" Soal Rafael sinis .. pisau kecil itu dibaling ketepi.
Dia mengambil pisau rambo pula. Dua lelaki yang seterusnya dipandang dengan senyuman manis.
"Okey! Aku akan bagitahu! Tapi tolong lepaskan aku!" Jerit Ben takut.
Empat jejaka itu gelak sinis ..
"Tau takut!" Kata Adam menakut-nakutkan lagi.
"So siapa?" Soal Rafael lagi.
"Ra-Raven." Sebut Ben takut.
"Raven? Si busuk mana pula yang berdendam dengan kau ni Chris?" Soal Ayden.
"Raven Francis?" Soal Rafael serius .. Ben mengangguk.
Pisau rambo itu ditusukkan kedalam badan Daniel. Ben dan Harold sudah menggeletar.
Nyawa Daniel sudah melayang.
"Bukan ke kau dah selesaikan masalah dengan dia?" Soal Hans.
Rafael mendengus .. tak sangka dia akan ditipu oleh lelaki bernama Raven itu.
"Kurung dua anjing ni!" Arah Rafael lalu keluar. Hans mengejar Rafael.
"Nampaknya kau kena kurung diorang." Kata Adam kepada Ayden.
Ayden memandang Adam tajam. Asyik dia je yang kena.
"Habis kau nak buat apa? Buang tebiat?" Sindir Ayden geram.
"Eh eh! Melawan pula dia ni. Aku tua lima bulan dari kau .. hormat sikit." Kata Adam dengan riak.
"Heh ..setakat tua Lima bulan apa je? Hormat kau? Hormat nenek kau!" Ayden menolak Adam sehingga jatuh. Adam bangun kembali. Rambutnya dibetulkan .. aset ni.
"Lawan! Siapa kalah urus semua." Kata Ayden. Adam setuju.
Rafael berjalan menuju kearah tempat letak keretanya.
"Chris! Kau nak pegi mana?!" Soal Hans lalu menarik tangan Rafael. Rafael menepis tangan Hans.
"Aku nak pegi jumpa Raven .. tah tah dia dah bunuh kakak aku." Kata Rafael serius.
"Tak mungkin Chris! Raven sayang gila kat Cassey tu! Ni mungkin perangkap." Kata Hans .. Rafael berhenti berjalan.
"Cuba kau tanya Raven dulu." Kata Hans. Rafael memandang Hans.
"Perangkap .. ya! Noel! Dia pernah cakap nak musnahkan hidup aku." Kata Rafael.
Mereka saling berpandangan.
"Hasya.."
"Bini kau."
Kata mereka serentak.
Mereka terus memecut ke hospital.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...