Aisyah dan maksunya masuk ke perkarangan rumah Mak Cik Hana. Danial yang berada di situ disapa oleh Haryana.
"Danial.. Makngah kamu mana?"
"ada dekat dapur.. Sorang jer ke makcik? Anak buah bertuah makcik tu mana?"
Haryana memandang Aisyah di sebelahnya lalu bergerak ke dapur.
Aisyah menjeling. "oi oi..sini-sini..ingatkan mulut jer kat longkang..mata pun sama.."
"lah..ingatkan perempuan mana lah tadi..reti pulak kau pakai baju kurung pakai sopan-sopan gini.." bidas Danial sambil tersenyum sinis.
"memang natang nii..apa kau ingat aku pakai baju kurung ni tak boleh nak hempuk kau ke?"
"hek eleh..ingat aku takut lah dengan kau?"
"kau diam..kau diam..mulut kau tu memang kalau sehari tak sakitkan hati aku..tak sah.."
Tiba-tiba Aisyah dilanggar oleh seorang lelaki berhoodie hitam. Aisyah hampir terjatuh tapi lelaki berhoodie hitam itu memegang tangan Aisyah. Apabila Aisyah sudah menstabilkan dirinya, dia cuba menarik tangannya kembali. Tapi lelaki tersebut mengusap tangan Aisyah. Aisyah sudah tidak sedap hati.
"cik?" Aisyah cuba menarik tangannya tapi lelaki berhoodie hitam itu memegang tangannya seperti menahan nafsu. Macam keberadaan Danial di situ tidak wujud. "ack..cik lepaskan tangan saya..sakit.." Aisyah menarik lagi tangannya tapi lelaki itu masih berdegil.
Danial merentap tangan Aisyah dari tangan lelaki itu dan di bawa Aisyah ke belakangnya. "Get your hand off from her, pervert" kata Danial sambil memandang lelaki itu dengan pandangan tajam. Lelaki itu pergi. Mereka tidak dapat melihat muka lelaki itu kerana dia menunduk.
Aisyah mengusap tangannya. Danial pula pusing memandang Aisyah. "kau oke tak ni?"
"dada aku berdebar time dia pegang tangan aku.." Aisyah memandang mata Danial.
Dahi Danial berkerut. "takkan kau suka lelaki macam tu?!"
Puk! Kaki Aisyah selamat mendarat ke betis Danial.
"boleh bengkok kaki aku ni nanti.." rungut Danial.
"agak-agak la aku nak suka dia..such a pervert dho..aku just risau if he wanna do something bad to me.."
Danial mengangguk. "ni kau dah makan?"
"haa..perfect question..of cause aku belum makan..aku baru bangun sejam yang lepas pastu mandi siap-siap sebab maksu ajak pergi rumah Mak Cik Hana.."
Danial melihat jamnya. Pukul 1300 tolak satu jam. "elok sangatlah tu anak dara bangun pukul 12..memang patut pun putus tunang.." bidas Danial.
"ewah mulut kau.." tangan Aisyah dinaikkan untuk memukul Danial.
Danial mengelak. "please sedar diri kau tu..kau tu bomba..aku army..setakat nak elak pukulan tak seberapa kau tu..alahaii.." kata Danial sambil bercekak pinggang dan mendabik dada.
Dengan kesempatan ini, Aisyah menarik rambut Danial kuat tak seperti sebelum ini. Kemudian sengihan tidak bersalah ditayangkan.
"RAMBUT AKU!" Danial merosakkan awning tudung bawal Aisyah.
"AWNING AKU!" Aisyah terus meniup awning tudungnya. "KAN DAH TAK JADI!" Aisyah tarik rambut Danial lagi.
"SAKITLAHH..KAU NI KAN!" Danial mengejar Aisyah.
Tak tahu lah dapat ke tak tu. Masing-masing fit.
Aisyah dan Haryana membantu Mak Cik Hana mengemas rumahnya sehingga lewat petang. Sebagai tanda penghargaan kepada Aisyah dan Haryana, Mak Cik Hana ingin memberikan sedikit lauk pauk yang telah diasingkan untuk jiran-jirannya yang sudi membantu.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...