BAB 45

8.1K 466 26
                                    

Setelah mereka siap mencuci periuk-periuk yang digunakan untuk masak lauk-pauk kenduri, mereka dibenarkan masuk ke bilik. Keluarga Danial juga sudah pulang.

"Yang bilik sebelah! Tadi galak sangat bergurau! Malam nanti, kalau aku dengar bunyi pelik-pelik dari bilik korang, siap korang!" laung Alicia dari bilik sebelah.

Aisyah yang menyuruh dia dan suaminya tidur di rumah keluarganya. Tidak mahu bazirkan duit mereka untuk menyewa hotel.

"Bunyi? Bunyi apa?" Aisyah loading.

Danial yang memahami maksud Alicia berdehem lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

~
"Aisyah. Alea. Alicia. Pergi panggil suami kamu berdua makan." arah Encik Akmal.

Aisyah, Alea dan Alicia mengangguk. Mereka menuju ke bilik mereka untuk memanggil suami mereka.

Aisyah masuk ke biliknya lalu melihat Danial sedang melelapkan matanya tangan kanan di atas dahi. Dia memanjat katil untuk menghampiri suaminya itu.

"Danial. Jom mak-"

Danial menarik Aisyah ke dalam dakapannya membuatkan Aisyah terdiam.
Aisyah pelik. "Kau okey tak?"

"Stay like this for a while.." kata Danial dengan suara serak basahnya lalu menyembamkan mukanya ke ceruk leher Aisyah yang dilitupi tudung.

Aisyah kejung. Kenapa tiba-tiba jadi manja ni?

"Malam ni aku kena balik kem."

Aisyah diam.

"Aku ada mission dekat sempadan. Sorry because I need to leave you alone, sweetheart."

Aisyah menepuk-nepuk belakang Danial. "Tak apalah. Tugas kau. Fokus dengan misi kau nanti. Jangan rindu aku pula." Aisyah mahu mengusik Danial supaya Danial kembali okey.

"Miss you as always, miss bomba." balas Danial.

"Yalah tu! Jom makan. Ibu dah masak."

Danial mengangkat mukanya. "Okey jom!" Aisyah ditarik untuk keluar bersamanya.

Setibanya mereka di meja makan, dilihat Alea, Aiman, Alicia dan Arif sudah berada di situ menunggu mereka.

"Jangan nak fikir bukan-bukan. Aku kejut Danial tadi! Dia tertidur!" mata Aisyah menjeling tajam ke arah Alicia dan Arif.

"Tak cakap apa-apa pun." Alicia mencebik.

"Sudahlah tu bergaduhnya. Danial, baca doa makan." arah Encik Akmal.

Danial mengangguk lalu membaca doa makan.

Mereka makan sambil berbual, bergaduh dan bergurau. Semua cukup.

~
"Nak aku tolong kemaskan beg?" tanya Aisyah apabila dia melihat Danial mengemas bargasinya sendiri.

"Tak kot. Sikit jer ni. Dah siap dah pun." Danial menutup beg bargasinya lalu memandang Aisyah yang sedang duduk bersila di atas katil.

Danial menghampiri Aisyah lalu duduk di sebelahnya. "Kenapa muka kau sedih ni?"

Aisyah memandang Danial. Dia senyum. "Mana ada. Aku okeylah."

Danial senyum kecil. Tubuh kecil Aisyah itu ditolak lembut sehingga terbaring. Lengan kirinya menjadi bantal untuk kepala Aisyah. Dia baring mengiring di sebelah Aisyah. Tangan kanannya mengelus lembut pipi Aisyah.

"Kau ni tak adalah kasar sangat. Boleh bertenanglah juga." kata Danial.

"Kalau ikutkan, sekarang juga aku nak baling kau ke luar ikut tingkap." balas Aisyah.

Danial ketawa. "Sorry because I'm leaving you on our firstnight, sweetheart."

"Ya Allah! Janganlah minta maaf dekat aku. Kan itu tugas kau. Menjaga kedaulatan negara." balas Aisyah sambil memandang mata Danial. "Cuma-" Aisyah tersenyum kelat.

"Cuma apa, sayang?"

Aisyah meletakkan tapak tangannya di dada Danial. "Balik dalam keadaan jantung kau masih berdegup. Aku tahu kau akan cedera. Jadi, aku minta kau balik dengan jantung kau yang masih berdegup." air matanya sedaya upaya ditahan ketika mengucapkan ayat-ayat itu.

Danial mengangguk. "Sekarang baru aku tahu rasa macam mana pegawai aku dulu nak tinggalkan keluarga dia."

"Macam mana rasa dia? Masam? Manis? Pahit? Kelat? Mas-"

Cup! Kau menderhakai para pembaca yang single diluar sana.

Danial mencium bibir Aisyah lama sehingga Aisyah terbuai dengan ciuman tersebut. Tangan Aisyah naik memegang bahu apabila Danial menarik Aisyah ke atas tubuhnya.

Setelah agak lama dalam keadaan begitu, Danial melepaskan Aisyah.

"Bekal untuk seminggu aku tak ada. Balik nanti aku top up." kata Danial selamba dengan tangan disilangkan ke belakang lehernya.

"Pervert!" Aisyah menepuk dada Danial.

"Pervert ek?" Danial senyum nakal. Aisyah dipeluk lagi dan pipi kiri Aisyah dijadikan sasaran.

Aisyah ketawa kegelian apabila Danial mencium pipinya banyak kali. "Dahlah!"

Danial ketawa melihat pipi Aisyah yang sudah merah tu.

"Ingat aku budak-budak ke nak cium macam tu?!"

"Memang kau budak-budak. Dahlah pendek. Bukan pendek sikit dah ni, ini dah pendek banyak!"

Aisyah menjeling.

Danial tersenyum. Mulutnya didekatkan dengan telinga Aisyah. "You are my babygirl, forever. No one can touch you except me. And I will not let them hurt you like how Azim hurts you." bisiknya.

Aisyah menutup mukanya.

"Haa! Malulah tu!"

"Mana ada!"

Danial ketawa. "Nanti balik rumah sewa aku. Ingat jalan tak?"

"Ingat. Nanti bagi kunci."

Danial mengangguk.

Aisyah menggenggam tangan Danial sehingga dia terlelap.

~
Arif mengetuk pintu bilik Aisyah dan Danial yang membukanya.

"Dah pukul 12 malam dah ni. Jom gerak."

Danial mengangguk. "Kau keluar dulu. Aku nak ambil beg kejap."

Arif yang faham maksud Danial pun mengangguk lalu pergi dari situ.

Aisyah yang sedang tidur di atas katil itu dihampiri. Danial duduk di sisi katil itu lalu melihat wajah Aisyah. Pipi Aisyah dielus lembut. Rambut yang menutupi wajah Aisyah diseka ke belakang telinga.

"Sorry, sweetheart." Danial mencium dahi Aisyah dan mula bangun untuk pergi dari situ tapi terhalang apabila Aisyah memegang jari telunjuknya. Danial duduk semula.

"Kenapa, sayang?" tanya Danial lembut.

Aisyah bangun dari banringannya. "Dah nak gerak ke?" tanya Aisyah masih mamai.

Danial mengangguk.

"Oh. Erm." Aisyah menghulurkan tangannya kepada Danial untuk bersalaman.

Danial menyambut. Tangannya dicium. "Aku pergi dulu. Tidur elok-elok."

Aisyah mengangguk. "Jantung tu jaga elok-elok. Kalau kau pergi, jantung kau masih berdegup, balik pun jantung kau kena berdegup. Ini arahan!"

"Baik, puan!" Danial mengangkat tangannya ke kepalanya. Hujung jari tengahnya diletakkan di hujung kening.

Aisyah membalas lalu mereka ketawa.

"Aku pergi dulu. Bye!" Danial keluar dari bilik itu dengan beg bargasi di sisi.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now