BAB 24

7.1K 358 1
                                    

Aisyah melihat Danial yang berjalan menghampiri keretanya dengan pakaian kasual. Bukan uniform tentera lagi. Danial mengetuk cermin tingkap kereta Aisyah dibahagian pemandu. Aisyah menurunkan cermin tingkap tersebut.

"Haa apa kau nak lagi?" Aisyah mendongak memandang Danial.

"Aku drive.."

"Kenapa pula?"

"Sebab aku sayang nyawa aku.. Kau bawa kereta macam nak membunuh!"

"Sebab aku selalu kena respon cepat.. Sebab tu aku bawa laju.."

"Sekarang ni kau tak bertugas tau.. Eh! Kalau kau bertugas pun bukannya kau yang bawa lori tu.. Sudah! Pergi sana!"

Aisyah pasrah. Dia beralih ke tempat penumpang di sebelah pemandu.

~
Kini mereka berada di pusat beli-belah untuk mencari pakaian bagi majlis reunion mereka. Jari Aisyah memegang hujung baju t-shirt Danial. Tempat itu ramai orang, Aisyah pula rendah. Boleh hilang nanti.

Mata Aisyah melilau melihat butik-butik di situ. Kemudian matanya tertancap pada suatu kedai. Kedai barangan motosikal berkuasa tinggi. Terus tangannya menarik baju Danial supaya Danial berhenti berjalan.

"Apa?"

"Pergi kedai itu boleh? Kejap jer.." Aisyah menunjuk ke arah kedai tadi.

"Kau nak cari baju ke cari aksesori motor kau?"

"Alaa.. Helmet tu lawa.." Aisyah menggoyangkan lengan Danial.

"Aish kau ni.. Nasib aku pakai lengan panjang.. Cepatlah!"

Mereka menuju ke kedai tersebut.

Sampai sahaja di kedai itu, Aisyah terus menerpa ke arah helmet yang ada telinga kucing di atasnya.

"Ingat comellah kalau kau pakai helmet tu" kata Danial.

"Alah! Dengkilah tu!" Aisyah menjeling Danial.

Danial menggulingkan biji matanya. Dia bersandar pada dinding sambil memeluk tubuhnya sementara menunggu Aisyah memilih helmetnya.

Selepas selesai memilih helmet yang disukai, Aisyah terus membuat bayaran. Kemudian dia menghampiri Danial.

"Dah siap?"

Aisyah mengangguk. "Jom"

Mereka menuju ke butik yang menjual pakaian.

"Nak pakai kemeja ke t-shirt?" tanya Danial mahu minta pendapat dari Aisyah.

"Hoodie?"

"Lepastu hari tu panas.. Berlecak terus ketiak.."

Aisyah menggulingkan biji matanya. "Kau pakai seluar putih, baju warna cyan dengan jaket jeans putih.."

"Lawa ke? Macam perempuan jer.." kutuk Danial.

"Aesthetics"

"Heh! Habis kau? Tema dia partner.. Walaupun kita takkan jadi couple macam orang lain.. Tapi still kena nampak macam kita ni couple hari tu nanti.."

Aisyah membuat muka meluat. "Aku pun pakai sama macam kau.. Rilek ahh.."

Mereka mencari pakaian mereka. Selepas itu, mereka pergi cari shawl Aisyah.

~
"Warna coklat tu lawa.." kata Danial mahu Aisyah memilih  warna tersebut.

"Cari warna putihlah, bijak!"

"Haa yelah-yelah.."

Sekali lagi, Danial menunggu Aisyah.

~
"Ahhh" mereka mengeluh lega apabila mereka dapat duduk di atas kerusi di sebuah restoran.

"Cik nak order apa?" tanya seorang pelayan restoran.

"Fish n Chip dengan orange juice.." sebut Aisyah.

"Lamb chop and apple juice" sambung Danial.

Pelayan tersebut berlalu pergi. Aisyah dan Danial bermain dengan telefon mereka.

"Eh! Hai Danial!"

Aisyah dan Danial mendongak.

"You buat apa dekat sini, Miera?" tanya Danial sedikit menyampah.

"I nak makan.. Lepastu nampak you, I tegurlah.. Can I join you guys?" Miera memandang Danial dan Aisyah.

"Sure.."balas Aisyah.

Miera mahu duduk sebelah Danial. Danial cepat mengambil helmet Aisyah yang Aisyah beli tadi lalu diletakkan di kerusi sebelahnya.

Miera duduk di sebelah Aisyah dengan muka muram.

"Well.. Minggu depan kita ada reunion dengan kawan-kawan sekolah menengah kita.. You pergi dengan siapa?" Miera cuba meraih perhatian Danial.

"Tu.. Dengan Aisyah.. Takkan dengan you pula.. I lagi sayangkan nyawa I okey.. Tak nak I gaduh dengan boyfriend you.. Maklumlah.. Boyfriend you tu orang kaya.. I ni siapa jer.. Kalau gaduh teruk dengan dia.. Dia tetap menang walaupun salah dia.." sindir Danial.

Aisyah membiarkan sahaja mereka.

"Well.. Kitorang dah break.."

"Pastu?"

"You temanlah I pergi reunion tu.."

"No! I dah beli baju matching dengan Aisyah dah pun.. Kalau I tak beli baju tu pun.. I takkan jadi partner you.."

"It's just the outfits.. Not the feelings.."

"Just the outfits? You tahu tak baju harga berapa? Sedap you jer kata just the outfits.." Danial mulai bengang.

"You yang beria ajak Aisyah.. Aisyah rilek jer tak marah pun.."

"Memanglah dia tak marah.. Dalam hati dia, you tahu ke?!"

"Dah lah tu.. Danial.. Kau bawa Miera jer lah.." Aisyah mula masuk campur. Serabut kepala dengar mereka bergaduh.

"Ah kau! Takde-takde.. Aku dah ajak kau kan? Kaulah yang kena ikut aku.. Baik sangat nak mengalah kenapa?" balas  Danial.

"Danial.. Please.. Aisyah okey jer kan.." Miera merayu.

"You kalau nak makan dengan kitorang.. Buat cara nak makan.. Jangan menggedik sangat boleh tak? Serabut betullah.." sembur Danial.

Miera beredar dari situ. Keadaan menjadi sunyi. Mereka makan makanan yang mereka sudah pesan tadi.

Selepas makan, mereka pulang ke rumah masing-masing.

~
"Kau nak guna kereta ke motor pergi reunion tu?" tanya Aisyah sebelum Danial keluar dari keretanya.

"Motorlah.. Kalau kau nak bawa kereta bawalah.."

Aisyah mengangguk. "Nanti aku tunggu kau depan kem.."

"Tak payah.. Aku tunggu kau depan rumah kau.. Make sure kau cepat.. Jangan bangun tengahari.." balas Danial.

"Baik, tuan.." Aisyah mengangguk-anggukkan kepalanya.

Danial keluar dari kereta Aisyah dan masuk ke dalam rumahnya. Aisyah pula bergerak meninggalkan kawasan itu.

~
"Amboi! Malam baru balik?!" sergah Alicia apabila Aisyah sudah menutup pintu rumah.

"Kecoh ahh kau.. Danial tu haa.. Cari baju pun lama.."

"Danial ke korang.. Sama jer lah korang berdua tu.. Dah suka tu mengaku jer lah.. Nak sorok apa lagi?" bebel Aisyah.

"Suka apanya? Takkan kitorang keluar berdua pun nak kata kitorang suka each other.. Kau sendiri suruh aku teman dia tadi.. Eh perempuan ni kang.."

"Alasan.. Kau ingat aku tak tahu ke ego kau tu macam mana? Lagi tinggi dari kau.. Kau dengan Danial.. Sama jer lah korang.."

"Heh! Cakap orang.. Kau dengan Arif tu? Sama jer lah kau.. Kau syok kat Arif kan sebenarnya.. Tapi ego tak nak bagitahu.." Aisyah mengangkat kening sambil tersenyum sinis.

"Tukar topik!" Alicia menggulingkan biji matanya. "Anyway.. Arif dengan Danial satu sekolah dengan kita.."

"Ouh.. Patutlah tarikh sama.. Dah! Aku nak mandi.. Nak tidur.. Bye!" Aisyah bergerak naik ke biliknya.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now