"Muka tu senyum sikit.. Eyy" tegur Danial apabila melihat Aisyah yang ingin masuk ke butik pakaian pengantin dengan muka masam.
Aisyah menjelingnya.
"Kak, sorry lah.. Dia ni memang setiap masa pergi bulan.." kata Danial kepada penjaga butik tersebut.
"Woi!" rambut Danial ditarik oleh Aisyah.
"Sakitlah! Pergilah kau pilih baju! Rosak rambut aku!" Danial membetulkan semula rambutnya sambil duduk di sofa yang disediakan.
Aisyah pula mencari baju yang diinginkannya. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan jatuh.
Danial menghampiri mereka. Dia membantu Aisyah berdiri. Orang yang melanggar Aisyah dipandang.
"Alicia?" sebut Aisyah dan Danial serentak.
"Alicia, is this good for me?" Arif pula muncul.
"Korang?" Aisyah dan Danial pelik.
Aisyah mendongak memandang Danial disebelahnya dengan kening sebelah terangkat. Danial pula menunduk memandang Aisyah. "Something fishy between them.." mereka berdua menarik senyuman senget.
"Mampus kita harini.." kata Alicia kepada Arif.
Aisyah dan Danial terus menarik mereka.
~
"Korang bagitahu kitorang sekarang, kenapa korang ada dekat sini?" kata Aisyah.Mereka duduk di atas sofa di butik itu. Danial tidak menyertai perbualan mereka. Dia pergi melihat baju-baju pengantin di butik tersebut tapi telinganya masih dengan mereka bertiga.
"Sorry sebab tak bagitahu korang awal-awal.. Kitorang nak buat surprise dekat korang.." Arif menggosok belakang tengkuknya.
"Bagitahu apa?" tanya Aisyah polos.
"Lusa kitorang nikah.." balas Alicia.
"HAH?!" Aisyah dan Danial terkejut.
"Kau biar betul? Seriuslah?!" tanya Danial.
"Ingat kau seorang jer nak bahagia? Heh!" Arif menjeling Danial yang berada di sebelah almari baju.
"Fuh! Member tak bagitahu nak nikah mat.. Apa ni? Kawan dari sekolah menengah, benda penting macam ni pun nak berahsia.." Aisyah mencebik.
"Haa! Tak tayok! Aisyah nak nangis!" kata Danial macam batu api.
"Alaa. Kan kitorang kata surprise.. Kau pun apa kurangnya, gaduh-gaduh tiba-tiba nak nikah. Dahlah tu! Tak bagi tahu pun kau dalam bahaya.." Alicia pula mencebik.
Dah kalau dua-dua cebik, siapa nak mengalah ni?
"Inilah sebab kita tak boleh bagi perempuan bergaduh, sebab apa? Sebab nanti tak tahu siapa menang.." kata Arif.
"Sedangkan dengan kita pun diorang nak menang, apatah lagi kaum sejenis diorang" balas Danial.
"Sudahlah! Ada tunang, tunang tak reti pujuk! Jom, Aisyah! Cari baju nikah!" Alicia menarik Aisyah ke almari baju pengantin wanita.
Arif mengarahkan jari telunjuknya ke arah dirinya. Danial dipandang.
"Girl behaviour.." kata Danial lalu menghampiri sahabatnya itu.
"Kau bila nikah?" tanya Arif.
"Dua hari lepas kau nikah dengan Alicia.." balas Danial sambil meletakkan kepalanya ke sofa.
"Gelojoh siot jantan ni.."
Pak! Kepala Arif diketuk oleh Danial.
"Nikah jer awal, bersanding lambert lagi.. Dengan situasi kitorang sekarang ni.. Aku silap pandang sikit, Aisyah boleh hilang macam tu jer tau.." kata Danial.
"So, no love in your marriage?"
"Ntah.. Kalau ada pun, lambatlah. Kau expect apa kahwin dengan member sendiri?"
"Faham.. Tapi, aku rasa, kau suka Aisyah.." Arif sengih.
"HEH! Pandai-pandai jer.."
"Habistu apa kau sweetheart-sweetheart dengan Aisyah dekat hospital? Haa.. Dahlah ajak dia kahwin atas katil hospital.. Time budak tu sakit.."
"Okeylah tu lamar dekat hospital.. Ikutkan hati nak lamar dekat kawasan runtuhan tu.. Tapi dah masuk hospital baru ingat.." selamba Danial berkata.
"Betullah kau suka dia.."
"Malas aku layan kau.. Tolong aku cari baju nikah.." Danial bangun lalu pergi mencari baju melayu.
Arif menggulingkan biji matanya.
~
Selepas mencari baju nikah mereka, mereka lepak di sebuah taman rekreasi. Meluangkan masa sebelum jadi suami isteri."Aku nak cakap something pasal perkahwinan kitorang ni.." kata Arif.
"Cakaplah.. Sejak bila kau skema sangat sampai nak kena minta kebenaran ni.." balas Danial.
Arif menggulingkan biji matanya. "Perkahwinan kitorang ni sebenarnya, kitorang tak rancang pun. Sebab lama lagi, kitorang masih dalam sesi perkenalan. Macam tak logiklah baru kenal setahun dah nak nikah. Masa sekolah dulu memanglah kita berkawan, tapi tak rapat macam sekarang.."
"Stop berkias! Kenapa sebenar korang nak kahwin?" tanya Aisyah. Ini soal kehidupan mereka.
"Sebab Alicia dalam bahaya juga.. Sama macam kau. Ray terserempak dengan aku masa tengah makan.." balas Arif.
"Makan ke dating?" tanya Danial pula.
"Alah sama jer kan? Bila dating, kita makan.. Even kau dating dekat tepi sungai sekalipun, mulut kau still nak mengunyah" balas Arif geram. Memalukan.
"Whatever.." Danial menggulingkan biji matanya.
"Jangan lupa datang tau lusa.. Aku dengan Arif nak gerak balik kampung aku. Family Arif pun dah sampai sana. Bye! Sayang kau!" Alicia dan Aisyah berpelukan.
Arif dan Danial pula hanya melihat dengan pandangan - nanti jumpa lagikan? Tak payahlah buat rancangan jejak kasih. -
Mereka pun berpisah. Alicia dan Arif bergerak balik ke kampung Alicia manakala Aisyah dihantar pulang oleh Danial ke rumah sewanya.
"Esok pagi jangan lupa.. Bangun awal.. Sebelum pergi pejabat agama, kita pergi balai dulu. Isi borang cuti kau." kata Danial sebelum Aisyah keluar.
"Lagi?"
"Dah habis dah.."
"Dah boleh masuk ke belum?" tanya Aisyah sambil tangan ingin membuka pintu kereta.
"Dah. Silakan berambus dari kereta aku.."
"Ceh! Esok naik lagi kereta ni.. Kereta aku bila nak berfungsi? Tersadai macam besi buruk dekat garaj tu.." Aisyah membebel.
"Nanti nak gerak balik Johor, kau bawalah kereta kau.."
"Okey.. Bye!" Aisyah keluar dari kereta Danial.
"Bye! Take care, sweetheart!" balas Danial sambil menunggu Aisyah masuk ke rumah dengan selamat.
Selepas Aisyah sudah selamat masuk ke dalam rumah, Danial bergerak pergi dari situ. Aisyah pula melompat gembira selepas menutup pintu. Kalau melompat di hadapan Danial nanti malu.
![](https://img.wattpad.com/cover/300301237-288-k624995.jpg)
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...