BAB 21

6.3K 361 0
                                    

"Attention.. We already enter the war zone.. All members were ask to be ready.." beritahu juruterbang helikopter tentera yang membawa Danial, Arif dan Aiman.

Mereka naik helikopter yang berbeza memandangkan mereka ketua pasukan.

"Military tag korang ada kan?"

Anak-anak buah mereka mengangguk.

"Baik.. Kita boleh keluar sekarang.."

Mereka terjun dari helikopter menggunakan payung terjun dengan semangat yang berkobar-kobar di dada.

~
"Aisyah! Jangan lupa bagi Danny makan!" kata Alea dari dapur.

"Okey, kak!" Aisyah segera mencari makanan kucing di dalam beg Danny. Dia mengambil sepaket makanan kucing jenama Whiskas lalu dibuka dan diletakkan di dalam mangkuk makanan kucing milik Danny.

Aisyah duduk di sebelah Danny sambil melihat kucing tersebut makan. Dia mengusap bulu kucing itu.

Kemudian Alea datang duduk di sebelah Aisyah.

"Aisyah nak belajar teknik pertahankan diri?"

Aisyah melihat muka kakak iparnya. Dia mengangguk.

"Okey.. Esok akak ajar okey?" Aisyah mengangguk laju.

Selepas mereka makan malam, mereka masuk ke bilik masing-masing. Aisyah masuk ke biliknya bersama Danny. Dia berbual dengan Danny walaupun dia tahu kucing itu hanya membalas dengan bunyi 'meow'. Danny juga dipeluk sehingga dia tertidur.

~
"Helikopter tak cukup seat!"kata Arif sedikit kuat kerana terhalang dengan bunyi kipas helikopter tentera.

"Kau dengan Tuan Aiman pergi dulu! Aku stay sini!" balas Danial.

"Kau seriuslah Danial?!" Aiman terkejut.

"Pergi jer dulu! Aku boleh tunggu!"

Mereka mengangguk lalu naik ke helikopter tersebut. Danial dibiarkan di luar kerana helikopter sudah tidak dapat menampung penumpang. Naik sahaja helikopter itu ke langit, tempat yang Danial duduk pun meletup.

Arif dan Aiman terkejut.

"KAPTEN DANIAL!!" jerit anak-anak buah mereka yang berada di dalam helikopter itu termasuklah Arif.

Arif menepuk-nepuk pintu helikopter tersebut. Sedih melihat rakannya terkorban di sana. Nasib baik Aiman  memeluknya. Muka Arif disembamkan pada bahu Aiman supaya Arif tidak melihat tempat letupan itu lagi. Hanya Aiman yang melihat tempat letupan itu dengan air mata yang mengalir di pipi.

Mereka mengalirkan air mata bukan kerana mereka lemah, mereka sedih dan sukar untuk menerima kenyataan yang rakan seperjuangan mereka terkorban dalam menyelesaikan misi.

~
Aisyah tersedar dari lenanya. "Astaghfirullah.. Kenapa aku mimpi dia?" tangannya menyentuh pipinya. "Basah? Aku nangis ke?" Aisyah menangis disebabkan mimpi tersebut.

Aisyah mengambil telefonnya untuk melihat jam. Jam menunjukkan pukul 12:30 malam. Aisyah terus menyambung tidurnya.

~
"Jom pergi gym.. Dekat situ luas.. Senang Aisyah nak bergerak nanti.." kata Alea sambil menunggu Aisyah memakai kasut sukannya.

"Okey.." mereka berjalan bersama-sama ke gim di dalam kem itu.

Sampai sahaja di gim, Alea terus mengajar adik iparnya itu. Aisyah terus menumbuk punching bag sekuat hatinya. Kemudian dia berlatih bersama Alea pula.

~
Danial menembak musuh-musuh yang menembak mereka dengan pantas.

Arif dan Aiman pula menembak musuh di arah yang lain.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now