BAB 18

7.3K 398 3
                                    

"Haa.. Ceritalah kenapa Aisyah boleh ada dekat sini.." arah Aiman.

"Okay.. Cerita dia ni panjang.. Tapi aku pendekkan.. So, macam ni.. Azim datang balai.."

"HAH?!APA LAGI DIA NAK?!"

"Dia nak jumpa Aisyah.. Tapi Aisyah kan masih trauma.. So dia larilah masuk bilik ketua balai dia.. Mamat tu pulak kejar dia.. Nasib Alicia sempat tolak Aisyah masuk dalam bilik tu.. Terus Aisyah kunci pintu menangis dalam tu.. Eyy..geram pula aku dengan mamat tu.. Kau tahu tak, aku pun tak tahulah nak kata macam mana dayus dia tu.." Danial mengetap bibir geram.

"macam mana?"

"DIA TUMBUK PIPI ALICIA!!" sampuk Arif yang datang ntah dari mana. Sekarang mereka di kafeteria kerana sekarang waktu makan tengahari.

"Positif dayus. Nasib baik adik aku tinggalkan dia dulu. Kalau tak apalah nasib dia nanti dah kahwin.."

"Masa kitorang sampai tadi, kau tahu tak dia dengan Alicia macam nak bertumbuk. Nasib kawan-kawan diorang pegang Alicia dengan mamat tu. Kalau tak.. Berkecai teruk muka mamat tu kena penumbuk Alicia.. Masa kitorang sampai pun dah lebam teruk mamat tu.." kata Arif.

"Kau tunggu jer lah nanti Aisyah dah dapat balik semangat dia.. Masuk wad mamat tu nanti dikerjakan.." kata Aiman sambil menggenggam  rambutnya.

"Aku harap macam tu lah..EYY!"

"Haa..lepas kerja nanti ikut aku balik rumah.. Aku buat makan-makan sikit untuk korang sebab tolong Aisyah tadi.." kata Aiman.

"Boleh.. Tapi sainglah.. Seganlah masuk quartes keluarga.." balas Danial.

"Nak segan apanya kau.. Kau tu bakal adik ipar Tuan Aiman.. Lainlah aku.." kata Arif.

Terus kaki Danial menendang kaki Arif.

"Adududuh.. Sakit.." adu Arif.

"LEMBIK!" ejek Danial.

"Sudah! Datang je nanti.." kata Aiman.

~
Di hospital tentera pula, Alea sedang mengemas barangnya untuk pulang ke rumah setelah suaminya memberitahunya bahawa dia mahu ajak Danial dan Arif makan di rumah mereka. Selesai mengemas, Alea terus bergerak ke keretanya dan pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, Alea masuk dan pelik kerana terdapat bunyi bising dari dapurnya. Beg diletakkan di atas sofa dengan perlahan-lahan. Kakinya pantas menuju ke dapur dengan berhati-hati supaya tiada bunyi dapat dihasilkan. Dia menghendap untuk melihat apa yang berada di dapurnya.

Alea melihat seorang perempuan sedang masak. Dahinya berkerut. Kakinya pantas bergerak mendekati perempuan itu.

"Cik?" tegur Alea. Perempuan itu pusing memandang Alea. "Lah! Aisyah!" Alea menepuk dahinya.

Aisyah sengih.

"Hisy budak inilah. Balik tak bagitahu. Bukan Aisyah kerja ke harini?" tanya Alea.

"Boss bagi cuti.. Akak kenapa balik awal hari ini?"

"Abang Aiman kamu tu la.. Dia suruh akak masak lebih hari ini.. Dia ajak Danial dengan Arif makan" Aisyah mengangguk.

"Aisyah tolong akak tau?"

"Haa.. Good.. Macam tahu-tahu akak penat.." Alea memeluk bahu adik iparnya itu.

"Biasalah.. Aisyah ni perempuan jugalah!" Aisyah membalas pelukan Alea. "Aisyah nak masak sambal udang.."

"Akak sayur goreng, ikan patin masak lemak dengan air Sunquick!"

"Aisyah buat nescaffe dengan brownies.. Ada bahan tak?"

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now