"Aisyah! Aisyah tolong rawat pesakit kat room 4!" laung seorang doktor tentera. Aisyah terus ke bilik tersebut.
Pesakit di sana dirawat sambil berbual dengan mereka.
Selepas selesai merawat pesakit-pesakit tersebut, Aisyah keluar dari khemah perubatan tersebut dan pergi ke khemah makan.
Sambil berjalan, dia membuka baju celorengnya. Hanya meninggalkan t-shirt biru bombanya. Baru sehari dah penat, macam manalah doktor-doktor dekat sini boleh handle.
Baru sahaja mahu masuk ke khemah makan, Aisyah terasa seperti diperhatikan. Dia melihat sekeliling kot-kot Danial mahu mengusik dia. Tapi tak mungkin lah. Danial sedang sibuk membuat rondaan keliling kawasan itu. Aisyah terus berpatah balik ke khemah perubatan tapi tak sempat, dia ditarik masuk ke hutan.
"LEADER! GUARD!" Aisyah hanya sempat menjerit nama samaran Danial dan Arif.
~
Danial dan Arif yang sedang berbincang tentang stratergi untuk menyerang pengganas-pengganas tersebut tersentak mendengar jeritan itu."anggota kita semua lelaki kan?" tanya Danial serius.
Arif mengangguk.
"tukar stratergi..aku yakin diorang takkan bunuh Thunder.." kata Danial sambil fokus pada peta kawasan tersebut.
Kata-kata Danial yang dia ucapkan pada Aisyah ketika menemani Aisyah makan di khemah makan terngiang ngiang di kepala.
"Guard..kau carry on kita punya stratergi..aku tak boleh fikir.."
Arif menepuk bahu Danial. Danial keluar dari khemah itu. Dia berjalan di sekeliling kawasan itu. Sampai di hadapan khemah makan, dia nampak baju celoreng milik Aisyah. Dia mengambil dan memandang sekeliling. Baju Aisyah dipandang lama.
~
Aisyah sedar dari pengsan dengan tangan diikat di belakang. Dia memandang seorang lelaki dihadapannya."Thunder?" sebut lelaki itu apabila perasan Aisyah sudah sedar.
"how did you know my nickname? Only armies know my nickname.." Aisyah memandang lelaki tadi tajam.
"Cik jangan salah faham. Saya orang yang Leader suruh buat undercover.." terang lelaki itu.
Aisyah mengangguk. "Bila Leader nak datang?"
"mungkin esok. Tapi cik jangan risau, mereka takkan bunuh cik. Cik sekarang dah jadi hostage. Malam ni saya kena balik markas. Cik ikut jer kata diorang.."
"habis kalau-"
"diorang takkan buat benda tak baik kat cik la.."
Aisyah mengangguk.
"Saya minta maaf kalau perbuatan saya nanti ade kasar." kata lelaki itu lagi.
Aisyah mengangguk. "Saya faham.."
"Saya pergi dulu" lelaki tadi berjalan keluar dari bilik itu. Aisyah hanya menghantar pemergian anak buah Danial dengan pandangan redup. Penat. Tak makan lagi dah kena culik.
Kata-kata Danial terngiang-ngiang di kepala.
"Aisyah, trust him. He will save you"
Aisyah mengeluh.
~
"wake up, dumbass!" tubuh Aisyah ditarik supaya berdiri. Aisyah mengikut.Pengganas-pengganas itu membawa Aisyah menuju tempat mereka berkumpul. Aisyah mereka biarkan berdiri di belakang mereka. Mata Aisyah melilau di sekeliling kawasan itu dan dia terpandang dua orang lelaki berpakaian tentera darat malaysia.
Seorang buat tanda menyuruh Aisyah diam dengan meletakkan jari telunjuk di bibirnya dan seorang lagi membuat peace dijarinya. Danial dan Arif.
Aisyah kembali memandang pengganas-pengganas itu.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...