Pisau dikeluarkan oleh Aisyah dan Alicia.
Terbeliak mata Arif melihat perlakuan dua orang wanita di hadapannya. "Jangan, Aisyah.." lirih Arif lemah. Jika Aisyah sudah mengambil tindakan, rasanya isterinya pun kalah.
~
"Bom dah berjaya dihentikan." beritahu anak buah Aiman yang ditugaskan untuk menghentikan bom."Goodjob!" puji Aiman. "Bom dah berjaya dihentikan." Aiman memberitahu semua ahli kumpulannya termasuk Aisyah dan Alicia menggunakan alat penghubung yang berada di telinga.
~
Ray sudah terbaring lemah akibat serangan dua orang wanita itu. Perempuan ini, jika sudah hilang sabar, teruk padahnya.Alicia menghampiri Arif yang bersandar lemah pada dinding bangunan itu. Aisyah memerhati pergerakan sahabatnya supaya dia berada dalam keadaan yang selamat.
"AISYAH!" jerit Danial.
BANG!
Aisyah menoleh ke arah Danial. Danial sudah berada dalam pelukan Ray. Pisau rambo milik Ray dihunus ke perut Danial.
Aisyah memegang bahunya yang terasa kebas itu. Seperti ada cecair yang mengalir dari bahunya. Sakit. Tapi sakit lagi hatinya.
"Aisyah!" Alicia cuba menghampiri Aisyah yang sudah cedera itu tapi malang, perutnya menjadi sasaran peluru milik Ray.
Aisyah terkaku. Semua orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Danial, Alicia, Arif. ARGH!
Mata yang sudah mula berair itu kembali memandang Danial.
"Aisyah. Bawa Alicia keluar. Tempat ni ada bom." kata Arif lemah.
"Ya Allah!" Aisyah buntu.
"Aisyah, Aisyah dah hampir selesaikan misi ni. Selamatkan kebahagiaan korang. Pembelot negara tu memang layak dibunuh." Aiman memberi kata-kata semangat kepada Aisyah menggunakan alat penghubung.
Pisau tadi dilepaskan. Pistol pula dicapai lalu dihalakan ke arah Ray. Kepala Ray diperhati.
"GET YOUR WEAPON DOWN IF YOU WANT YOUR HUSBAND SAFE!" jerkah Ray tapi sedikit pun tidak menggentarkan hati Aisyah.
Danial ditikam.
"Sayang. Keluar dari sini." kata Danial lemah.
Aisyah menurunkan pistolnya. Air matanya tak habis-habis mengalir. Dia menukar senjatanya dalam diam.
Danial terbaring di atas lantai dengan badannya yang sudah berlumuran darah.
Mata Aisyah memandang tajam muka Ray. "Kalau Danial tak dapat bunuh pembelot macam kau, biar aku yang bunuh kau!" pisau ditarik keluar lalu dicampak ke kepala Ray membuatkan pisau itu terbenam ke dalam kepalanya.
Akhirnya, Ray mati!
Aisyah jatuh terduduk sambil tangannya memegang bahunya yang ditembak oleh Ray. Boleh tahan sakit juga. Geli pun ada.
Arif mendekati Alicia. Kepala Alicia dipangku lalu luka tembakan di perut Alicia ditekan.
"Sakit woi!" jerit Alicia.
"LAKI KAU WOI!" balas Aisyah.
Aisyah menghampiri Danial yang sedang menahan sakit itu. Kepala Danial dipangku.
Danial tersenyum melihat wajah isterinya itu. "Beautiful.." Danial mengusap tag namanya yang melekat pada dada kiri isterinya.
Kemudian tangannya beralih ke bahu Aisyah yang baru ditembak tadi. "You're hurt, sweetheart."
"You too." pipi Danial ditekup. "Abang! Masuklah cepat!" raung Aisyah.
"Cabutlah weyh pisau ni.."
Aisyah menggeleng. "Nanti pendarahan makin teruk."
"Sakitlah, gila."
"Gila tak gila. Kau mati, aku yang gila nanti." balas Aisyah.
"Choi, mulut! Sakit ni sayang!"
Aisyah hanya mampu menangis.
"Jangan menangis, sayang. Macam mana kau boleh masuk bomba dengan perangai cengeng ni." tangan Danial naik mengelap air mata Aisyah. "Take care of yourself if I leave you after this.."
Tangisan Aisyah pecah. Danial dipeluk erat. "AIMAN CARLSON! HURRY!"
"Aisyah! Empat orang, tolong Arif dengan Alicia." arah Aiman lalu menghampiri Aisyah dan Danial.
"Sorry abang lambat. Aisyah boleh jalan tak?" tanya Aiman.
Aisyah mengangguk. "Kita kena bawa dia pergi hospital sekarang. Darah dia dah banyak keluar."
Aiman mengangguk. Danial yang sudah tidak menyedarkan diri itu dipapah keluar dari bangunan itu.
~
"Sadaqallahulazim.." surah Yassin diletakkan di atas meja kecil disebelah katil hospital itu.Tangan Danial digenggam. Balutan pada bahagian abdomen Danial ditenung. Andai sahaja dia terus bertindak untuk menembak Ray, mesti Danial tak jadi macam ni. ARGH! Dia melentokkan kepalanya ke atas lengan Danial. Matanya ditutup untuk mengingat memori mereka berdua.
"Wake up, ab- abang. I miss you tahap nak mati ni.. Bangunlah.."
Tapi reaksi Danial hanyalah kaku dan diam.
Aisyah menekup matanya menggunakan lengan Danial. Dia rindukan belaian dan pelukan Danial. Dia menangis sehingga dia terlena.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...