BAB 17

6.7K 380 5
                                    

"Aisyah dalam bilik Tuan Afzan. Aku yang suruh dia kunci pintu tu.." kata Alicia acuh tak acuh akibat masih bengang dengan Azim.

"Kenapa kau pulak boleh jumpa Aisyah?!" tanya Azim dengan nada marah.

"Weyh.. Kau lupa ke siapa yang selamatkan Aisyah masa kau nak buat benda tak baik pada dia mal haritu?! Aku! Aku yang selamatkan dia! So, no wonder lah kalau Aisyah selesa and tak takut dengan aku!" balas Danial. "Aku bersyukur jugalah Aisyah putus tunang dengan kau.. Apa yang dia buat tu betullah.. Kau tak boleh nak kongkong hidup dia.. Dia tu dah besar.. Dah kerja dah pun.. Dia boleh tentukan apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri dia.. Lagi satu, aku dah cakapkan kalau kau kacau dia lagi, aku akan naikkan kes ini ke mahkamah? Kau nak ke? Well.. Kau bukannya dari keluarga CEO.. Aku tak rasa kau boleh bayar orang untuk tutup kesalahan kau.." Danial memulangkan kembali kata-kata Azim yang dilontarkan kepada Aisyah ketika hari mereka putus tunang dahulu.

"kita orang susah, kau jangan buat perangai.." kata Arif.

Danial mengetuk pintu itu. "Aisyah? Buka pintu ni weyh.. Ni aku, Danial.. Bagi aku masuk.." pujuk Danial lembut.

Encik Afzan membuka pintunya sedikit dan melihat seorang lelaki berpakaian uniform tentera berdiri memandangnya. Terus dia membuka besar pintunya. Kemudian dia memunjukkan keberadaan Aisyah di dalam biliknya itu. Danial terus menerpa ke arah Aisyah.

Danial duduk di hadapan Aisyah yang sedang menangis sambil memeluk lutut. Kepala Aisyah dipegang. "Aisyah?"

Aisyah mendongak. "Danial.. Dia datang weyh! Dia nak ro-" Danial meletakkan jari telunjuknya di bibir Aisyah.

"Tak-tak.. Dia tak buat benda tu lagi.. Aku, Arif dengan Alicia dah belasah dia dah.." Danial mengelap air mata Aisyah menggunakan sapu tangan miliknya.

"Cik Danial?" panggil Encik Afzan. Danial memandangnya.

"Ya, encik?"

"Bawa Aisyah baliklah, cik. Aisyah trauma sangat ni. Aisyah, saya bagi awak cuti sampai awak betul-betul okey. Baru awak boleh datang kerja.." kata Encik Afzan.

Danial mengangguk. "Jom amik barang kau.. Kita balik kem.. Okey?" Danial memandang Aisyah.

Tangisan Aisyah semakin reda. Aisyah mengangguk.

Danial membantu Aisyah berdiri. Pergelangan tangan Aisyah yang dibaluti dengan lengan t-shirt biru bomba itu dipegang kemas. Dia membawa Aisyah keluar dari bilik itu.

"Aisyah?" tegur Alicia, Rafiq dan rakan sepasukannya yang lain.

Aisyah memandang mereka. Jari telunjuknya menunjukkan pada pipi Alicia. Alicia memegang pipinya.

"Sikit jer ni.. Nanti aku tuam.."

Azim pula terlepas dari pegangan rakan-rakan sepasukan Aisyah. Dia terus menuju ke arah Aisyah. Aisyah menjerit dan menangis semula. Lengan Danial dipeluk kuat sehinggakan Danial mengaduh sakit tapi tidak dipedulikan Aisyah. Yang Aisyah tahu, dia takut dengan Azim. Danial menahan tubuh Azim.

"Stay away from her!"

Aisyah terus menarik Danial ke lokernya untuk mengambil barang.

"Kau nak amik baju dekat rumah ke tak?" tanya Danial ketika menunggu Aisyah mengambil barangnya. Helmet motosikalnya sahaja yang ditinggalakan di situ.

Aisyah menggeleng. "Aku takut. Teman aku pergi beli baju"

"Membazir betul.." balas Danial.

"Apa?! Aku dah lama tak shopping okey.."

"Berapa lama kau nak duduk dengan abang kau?"

"Sampai aku okey.."

Danial mengangguk. "Dah siap?"

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now