BAB 10

8K 437 5
                                    

KRING!!

"PERHATIAN, PERHATIAN, PERHATIAN PANGGILAN KECEMASAN KEBAKARAN DI-"

Tanpa berlengah, semua anggota-anggota bomba berlari menaiki jentera dan ambulans bagi anggota yang menyertai unit EMRS.

Sampai sahaja di lokasi yang diberitahu, mereka melihat tiada kebakaran yang berlaku.

"aik.. Panggilan palsu ke?" tanya Rafiq.

Kemudian walkie talkie  incharge mereka berbunyi.

"lah..panggilan palsu.." keluh Aisyah.

"diorang ni..diorang tak tahu ke sebab benda-benda macam panggilan palsu ni boleh membunuh orang yang betul kemalangan?" bebel Aisyah.

"diorang takkan faham.." balas Rafiq. Aisyah menggeleng.

Walkie talkie incharge mereka sekali lagi berbunyi. Kali ni diberitahu bahawa terdapat kebakaran lalang yang berlaku di suatu kampung. Mereka terus ke lokasi kejadian.

Sampai sahaja di sana, memang betul terdapat kebakaran yang berlaku. Terdapat juga tentera di sana. Dahi mereka berkerut. Anggota yang lain sudah mengambil alatan untuk memadam api lalang. Incharge mereka pula berjumpa dengan beberapa orang tentera di situ. Aisyah tak dapat mengecam wajah tentera ii di situ akibat warna celoreng yang disapu pada muka mereka.

Setelah 2 jam memadam kebakaran lalang di situ, api pun terpadam. Aisyah membuat pemeriksaan kali terakhir di sekeliling kawasan kebakaran tersebut. Selepas memastikan tiada lagi api di situ Aisyah pun segera ke jentera. Memandang hari sudah pun gelap kerana malam mahu menjelma, Aisyah tidak nampak dahan-dahan yang rendah membuatkan kepala dia terhantuk kuat pada dahan tersebut dan tidak menyedarkan diri.

Rakan-rakan sekumpulannya tidak perasan tentang ketiadaannya. Anggota yang naik jentera bomba berpendapat bahawa Aisyah menaiki ambulans EMRS kerana Aisyah juga merupakan anggota unit EMRS manakala anggota-anggota dalam ambulans EMRS pula berpendapat bahawa Aisyah menaiki jentera bomba. Mereka terus pulang ke balai meninggalkan Aisyah tidak sedarkan diri.

~
Danial dan Arif memeriksa kawasan kebakaran lalang itu.

"leader..apa yang bersinar tuu?" Arif bertanya kepada Danial menggunakan nama samaran ketika melakukan misi sambil menunjukkan ke arah benda yang bersinar.

"jom check.." mereka menghampiri benda tersebut. Semakin dekat semakin berdebar jantung mereka.

Setelah tiba di tempat yang mereka nampak benda bersinar itu, mereka terkejut kerana benda bersinar itu datang dari pakaian seorang anggota bomba wanita yang menyertai unit khas.

"Aisyah" mereka berpandangan. Danial mencangkung untuk memeriksa keadaan Aisyah.

"kepala dia berdarah.. Aku rasa dia terhantuk lah, Leader.." kata Arif.

"team dia dah balik masalah sekarang ni..apa kita nak buat ni?" Danial mendongak memandang Arif.

"aku rasa kita kena bawa dia pergi markas kita..at least kat sana ada doktor boleh rawat dia..lagi satu..Aisyah pun dari unit medic..kalau mission kita lambat selesai..dia boleh tolong doktor-doktor kat sana.." cadang Arif. Danial mengangguk lalu mendukung Aisyah gaya bridle dan dibawa ke markas mereka.

Di markas, luka di kepala Aisyah dicuci oleh doktor tentera yang terlibat menjaga penduduk yang berhadapan dengan pemberontakan di perkampungan itu. Kemudian Danial meminta kebenaran daripada doktor tentera itu untuk membiarkan Aisyah berehat di khemahnya. Selepas membaringkan Aisyah di atas hammock yang muat untuk seorang manusia baring di dalma khemah Danial, dia keluar.

Arif menyapa Danial. "fikir call sign Aisyah..kampung ni dalam hutan sangat..tak sesuai langsung nak panggil nama real dia.."

Danial mengangguk. "nanti aku bagitahu dia call sign dia.."

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now