BAB 39

7.1K 376 2
                                    

"Terima kasih, ustaz.." ucap Aisyah dan Danial.

"Sama-sama. Bila berlangsung majlis nikah kamu berdua?"

"Insya Allah empat hari lagi.." balas Danial.

"Cepatnya!" terkejut ustaz itu.

"Atas faktor keselamatan Aisyah ni lah kami kena nikah awal.. Nikah jer la dulu. Bersandingnya nanti kemudian." balas Danial ramah.

"Baguslah kalau macam tu.. Utamakan keselamatan dahulu. Kita ni tentera, memang ramai musuh."

"Ustaz dulu tentera ke?" tanya Aisyah pula.

"Ya. Tapi dah bersara."

Aisyah mengangguk.

"Kami minta diri dulu ya, ustaz. Nak ambil keputusan kesihatan kami dekat hospital." pinta Danial.

"Baiklah. Hati-hati memandu."

"Baik, ustaz."

Aisyah dan Danial berjalan ke kereta Danial.

"Aku rasa ada orang ikut kitalah.." kata Aisyah yang sedang berdiri di hadapan pintu kereta.

"Samalah. Kau rasa siapa? Arif dengan Alicia?" tanya Danial sambil memandang muka Aisyah.

"Diorang mestilah busy, esok nak nikah. Bijak ke tak ni?" Aisyah menjeling.

Mereka masuk ke dalam kereta dan mula bergerak meninggalkan perkarangan pejabat agama tersebut.

Danial ketawa. "Alicia dekat rumah parents dia sekarang ni. So, rumah sewa kau mestilah kosong. Kau duduk dengan abang kau dekat kem, boleh? Dah apply cuti ke belum?"

"Dah. Tapi itulah. Rafiq dengan Najmi pula kena heart attack sebab kitorang berdua cuti serentak. Pastu dengan sebab nak kahwin. Nasib tak terberanak diorang berdua tu."

Danial ketawa besar.

"Anyway, luggage aku yang kau letak dekat dalam bonet kereta kau, kau dah bagi dekat Alicia ke?" tanya Aisyah.

"Ada lagi dalam bonet. Tapi, esok kita nak pergi majlis nikah Alicia dengan Arif, ada ke baju elok-elok?"

"Dalam tu, aku ada sediakan dress putih dengan cardigan warna baby blue. Sesuai tak kalau aku pakai pergi majlis macam tu?"

"Dress tu longgar ke tak?"

Haa! Ni yang Aisyah suka ni. Danial sangat menjaga penampilan Aisyah jika Aisyah mahu keluar. Masa latihan HRRT minggu lepas pun dia suruh Aisyah berpakaian sopan tak kira di dalam bilik ataupun di luar kerana anggota lain yang menyertai latihan tersebut semuanya lelaki.

"Longgar. Lepastu cardigan tu pun longgar. Boleh tak?"

"Kalau longgar,boleh."

"OKEY! THANK YOU!" Aisyah senyum.

"Hrmm"

~
Pintu rumah Aiman dan Alea diketuk. Aiman membuka dan tersembullah wajah adiknya dan bakal adik iparnya.

"Adik iparku datang. Haa kenapa?"

"Fuh! Adik sendiri tak nampak ke?!" Aisyah geram.

"Ouh. Aisyah pun ada. Tak nampak. Maklumlah, dik. Ketinggian adik tu sama macam ketinggian budak form three.." Aiman mengusik.

"Ada makan nozel abang aku ni.." Aisyah mendengus.

"Masuklah dulu. Alea tengah masak. Kejap! Aurat bini aku!" dan Aiman pun menghilang. Dia pergi ambilkan tudung untuk isterinya.

Aisyah masuk dahulu lalu memeriksa keadaan kakak iparnya.

"Okey, masuklah. Kak Alea dah pakai tudung. Kau sembang dulu dengan abang aku, aku nak tolong Kak Alea masak.." kata Aisyah. Danial mengangguk lalu duduk di sofa.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now