Pin! Pin!
Kereta Danial sudah sampai di hadapan rumah sewa Aisyah dan Alicia. Dia keluar untuk menolong Aisyah membawa bargasi Aisyah. "Satu luggage jer?"
"Yelah.. Tiga hari jer kan?"
"Tapi kita ada aktiviti air nanti.."
"Aku dah bawa baju lebih.. Rilek ahh.."
Danial mengangguk. "Masuklah dulu.. Panas ni.. Aku letak luggage kau dekat bonet kejap.."
Aisyah mengangguk.
"Kejap!" Aisyah menoleh. "Outfit aku okey tak?"
Danial memakai seluar jeans hitam, kasut casual, t-shirt putih dan kemeja hijau.
Aisyah melihat Danial dari atas sampai bawah. "Okey.. Eh kau! Aku yang kena jumpa family kau, kau yang gelabah! Outfit aku okey tak?"
Aisyah pula memakai shawl hitam, kemeja kotak-kotak, seluar jeans hitam dan kasut kasual.
Danial melihat Aisyah dari atas sampai bawah. "Perfect.. Okey, jom pergi.."
Mereka masuk ke dalam kereta.
"Dekat mana family kau buat family day?" tanya Aisyah.
"Dekat Pantai Desaru, Johor.."
"Ouh.. Jauh gila!"
"Sebabtu lah kita gerak pukul 0830.. Anyway, petang ni kita ada aktiviti absailing dengan sukaneka.. Malam ada BBQ.." beritahu Danial.
"Okey.."
"Kalau kau mengantuk, tidurlah dulu.. Nanti dah sampai aku kejut.."
"Haa.. Okey.. Kau pun.. Kalau mengantuk berhenti dulu.. Tak pun bagi aku drive.."
Danial mengangguk. Dengan bacaan basmallah, kereta Danial terus meluncur keluar dari kawasan perumahan itu.
~
Baru satu jam perjalanan, kepala Aisyah sudah terlentok. Kini mereka berada di Selangor. Jalan sesak.Mata Danial sudah mulai mengantuk kerana kebosanan menunggu dalam kesesakan jalan. Mulutnya beberapa kali menguap. Kereta mereka bergerak perlahan. Tiba-tiba kereta hadapan brek mengejut membuatkan Danial pun membuat perkara yang sama. Tangan kirinya menghalang Aisyah yang sedang lena dari terhantuk ke cermin depan.
Danial memandang Aisyah yang sedang nyenyak tidur. "Budak ni lah.. Seatbelt tak pakai.." dia memakaikan tali pinggang keledar kepada Aisyah.
~
Aisyah tersedar dari tidurnya. Dia melihat Danial di sebelahnya sedang tidur. Dia memeriksa dirinya kerana dia sedar dalam keadaan baring dan ada kain menutup badannya. Okey, masih berbaju. Bajunya tidak terusik pun. Aisyah menghembus nafas lega.Disebabkan Danial tidur sambil memeluk tubuh, Aisyah menepuk perut Danial. "Danial.."
"Hrm?"
"Aku drive la pula.. Sekarang dah pukul 10 pagi.. Nanti lambat sampai.. Kau pagi-pagi dah mengantuk.. Buat apa semalam? Dah tahu nak gerak pagi, tidur lambat kenapa?"
"Tak payahlah.. Biar aku drive.." suara serak basah Danial kedengaran.
Aisyah menelan air liur. "Kalau macam tu, bangunlah.. Pergi cuci muka.. Aku nak pergi tandas kejap.."
Danial celik. "Tolong belikan chewing gum.." pinta Danial.
Aisyah mengangguk. Kemudian dia keluar dari kereta Danial untuk melepaskan hajatnya dan membeli roti, air dan gula-gula getah Danial.
~
Perjalanan diteruskan lagi. Pada pukul 1 petang, Danial dan Aisyah tiba di Pantai Desaru."Umi.. Abi.." Danial menyalam tangan kedua-dua ibubapanya. Aisyah meyalam tangan Puan Daiyan.
![](https://img.wattpad.com/cover/300301237-288-k624995.jpg)
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...