BAB 58

8K 394 20
                                    

Danial mencempung tubuh Aisyah yang sedang lena tidur itu untuk dibawa ke katil. Aisyah yang merasakan tubuhnya seperti terawang-awang diudara pun membuka matanya. Benda pertama yang dia lihat ialah wajah Danial yang memandang tegak ke hadapan. Dia membiarkan sahaja dan terus merenung wajah tersebut.

Danial membaringkan Aisyah di atas katil dan memperkemaskan pakaian yang dipakai oleh Aisyah. Kemudian dia membalut tubuh Aisyah dengan comforter.

Baru sahaja Danial mahu bangun dari katil tersebut, tangannya ditarik membuatkan dia duduk semula.

"Dah bangun? Am I disturbing your sleep, sweetheart?" tanya Danial sambil memerangkap Aisyah menggunakan kedua-dua belah lengannya.

Tangan Aisyah naik menyentuh pipi Danial. Air mata Aisyah mengalir.

Danial senyum. Tangan Aisyah ditarik dari pipinya lalu digenggam. Dahi Aisyah dicium. "Bangun sayang. Tengok jasad aku untuk kali terakhir." kata Danial.

Aisyah bangun dari baringannya. "Kali terakhir? Kau nak tinggalkan aku lagi ke?"

"Aku tak tahan dah. Sakit."

"Kenapa kau selemah ini Danial?! Danial yang aku kenal adalah Danial yang kuat, tapi kenapa sekarang kau nak mengalah?" Aisyah merintih.

"Kau kuat Aisyah. Wanita yang kuat macam kau tak patut dapat suami lemah macam aku." Danial memegang bahu Aisyah untuk menyalurkan semangat.

"Danial. Enam bulan aku tunggu kau sedar, tapi ini yang jadi. Kau masih nak tinggalkan aku. Penipu!"

"I'm sorry, sweetheart. Bencilah aku. Sekurang-kurangnya kau akan lebih mudah untuk melupakan aku." Danial mengelus pipi Aisyah.

Aisyah menggeleng. "Jangan tinggalkan aku. Tak kesian ke dengan Zaf nanti tiada kawan?"

"Kalau dari dulu kita macam Alicia dan Arif, mesti kita dah dapat anak macam mereka."

Aisyah memeluk Danial. Esakkan tangisnya semakin kuat. "Aku minta maaf pasal benda tu. Aku tak patut tolak."

"Nah! Kau belum bersedia lagi masa tu. Aku faham."

Esakkan tangis Aisyah semakin kuat. Pelukannya pada tubuh Danial pun semakin kejap. "Janganlah tinggalkan aku!"

"Aku tak tahan, Aisyah. Aku tak rela nak tinggalkan kau. Aku sayang kau. Cintakan kau." Danial memeluk isterinya. Air matanya juga mengalir.

"Tak! Kau tak sayang aku! Kalau kau sayang aku, kau tak cakap macam ni! Kau tu lelaki yang kuat! Kau tak layak langsung cakap yang kau nak tinggalkan aku!" bentak Aisyah. Dada Danial ditumbuk.

"Don't waste your tears for me, sweetheart. You make me more sick and can't leave you.." Danial mengusap pipi isterinya itu yang sudah lencun dek air mata.

"Ah! Aku nak nangis banyak-banyak! Biar kau tak boleh pergi mana-mana!"

Danial tersenyum kelat. Susah mahu meninggalkan si Aisyah. "I'm sorry, sweetheart." dia mencium dahi isterinya itu.

"Danial! Jangan tinggalkan aku!" Aisyah memenggang tangan Danial.

Lama kelamaan tubuh Danial memudar dan menghilang.

"DANIAL!" raung Aisyah. Kakinya dihentak-hentak pada tilam.

Tiiiiiiiittttt

Bunyi mesin denyutan nadi mengganggu lena Aisyah. Dia tersedar.

"Danial.." Aisyah bangun dari kerusi. Skrin yang menunjukkan garisan yang semakin rata itu dipandang.

"Ya Allah! Danial!" Aisyah menggoncang tubuh Danial. "DOKTOR! NURSE!" jerit Aisyah. Air matanya tidak berhenti mengalir.

Doktor dan seorang jururawat menyerbu bilik tersebut. Jururawat itu memujuk dan menarik Aisyah keluar dari wad tersebut. Dia agak susahahu mengawal keadaan akibat daripada rontaan Aisyah.

"Aisyah!" Rafiq menghampiri Aisyah yang sedang meronta-ronta itu. "Ara tolong saya pegang Aisyah." pinta  Rafiq kepada Mastura.

Mereka memegang Aisyah sambil menunggu doktor keluar dari wad Danial.

"Rafiq. Ara. Lepaskan." pinta Aisyah lemah.

"Kenapa? Kau nak serbu wad Danial? Jangan nak buat hal!"

"Aku nak pergi tandas,gila! Nak suruh aku membuang dekat sini ke?!" Aisyah menjeling Rafiq.

Mastura perlahan-lahan melepaskan Aisyah lalu diikuti Rafiq. Aisyah bangun dan pergi dari situ.

Mastura memandang belakang tubuh Aisyah yang sedang berjalan meninggalkan mereka. Kemudian dia mengeluh.

"Awak okey? Aisyah ada terpukul awak tak tadi?" tanya Rafiq prihatin.

Mastura menggeleng. "Saya cuma sedih bila teringat semua benda yang saya buat pada dia dulu. Saya malu dengan dia. Dia baik, tak macam saya. Saya takut dia tak maafkan saya." dia menunduk.

"Hey. Aisyah bukan macam tu lah. Saya kenal dia dari kami rekrut lagi. Saya ni kuat juga cari gaduh dengan dia. Sampai dia menangis tiap malam sebab kena buat knuckle atas tar setiap kali kami gaduh."

Mastura diam dan hanya memasang telinga mendengar apa yang mahu diceritakan oleh Rafiq.

"Dia tu, awak nampak je kasar, hati kering, keras kepala macam batu. Kalau tengok minah tu sekali imbas, awak mesti rasa dia tu takkan maafkan kesalahan orang. Awak salah, Ara. She's so kind. Dia senang memaafkan salah seseorang. Look at your mum. Mereka semakin rapat kan?"

Mastura mengangguk.

"Pernah dulu, saya rasa lost sekejap sebab saya rasa saya ni lemah untuk teruskan latihan kebombaan. Aisyah yang datang terajang saya. Dia kata "kalau kau lemah, kau tak join bomba. Tak salah nak rasa down sebab memang fitrah. Tapi jangan sampai nak lari dari akademi. Nak mampus ke? Bukan kau seorang je kena nanti. Aku sekali kena. Luka penumbuk aku ni pun belum baik sebab kau. Nak tambah lagi. Sudahlah tu. Semangat sikit.". Hari kami tamat latihan tu, saya minta maaf pada dia dan dia pun maafkan saya walaupun kesalahan saya pada dia dulu melampau gila."

"Awak buat apa pada dia?"

"Saya ejek dia. Saya cuba jatuhkan semangat dia untuk jadi seorang anggota bomba dan saya pernah tumbuk dia."

"What?! Ni kalau Abang Danial dengar ni, mampus awak." Mastura terkejut.

"Hey rilex. Lepas saya tumbuk dia, dia belasah saya balik. So, it's fair. Lepastu dia nasihat saya supaya jangan normalize kan perangai macam tu. Macam lelaki dayus bergaduh dengan perempuan. Tak macho langsung! Atas nasihat dia, saya menjadi seorang lelaki gentleman seperti suami kesayangan dia itu." Rafiq menyelak rambutnya ke belakang dengan perasaan bangga.

Mastura ketawa.

"Oh! Saya lupa nak call Alicia. Sekejap!"

Rafiq bangun dan menjarakkan dirinya dari Mastura. Dia menelefon Alicia untuk memaklumkan keadaan mereka di hospital.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now