Kini mereka sudah tiba di Taiping. Mereka berjalan-jalan di sekitar Taiping sehingga senja.
"Danial. Makanlah dulu. Lepas makan kita pergi Taman Tasik Taiping tu. Orang kata tempat tu cantik!" kata Aisyah sambil memegang perut.
"Pergi taman tasik teruslah. Balik nanti baru pergi makan. Boleh?" sengaja Danial mahu mengusik Aisyah.
"Ala. Laparlah." Aisyah mencebik walaupun kepalanya dilitupi dengan helmet.
"Tadi kau dah makan banyakkan? Lapar apa lagi?"
"Mana ada! Aku makan sarapan je tadi! Lepastu tak makan dah!" kata Aisyah lalu memeluk tubuhnya.
"Merajuk?" Danial ketawa.
Aisyah tidak menjawab.
Danial ketawa. Topi keledar Aisyah diketuk.
"Jangan ketuk helmet kucing aku!" mukanya dipalingkan dari Danial.
Topi keledar Aisyah diketuk lagi dengan sisa tawa. "Okey, sweetheart. Jangan merajuk lagi. Kau nak makan dekat mana? Haih isteri saya ni pun. Dekat trafic light, dia nak merajuk."
Aisyah menoleh ke belakang. Dilihat beberapa pengguna kereta merakam aksi mereka tadi. Mesti viral di aplikasi Tik Tok nanti.
"Sayang nak makan apa?"
Aisyah menoleh ke arah Danial. Tegak terus badannya. Aduh! Lemah sungguh dirinya apabila Danial memanggilnya 'sayang'.
"Erm. Makan lambchop! Saya janji saya guna duit sendiri!" Aisyah mengangkat tangan kanannya seperti mengangkat sumpah.
Danial ketawa. Comel sungguh!
Lampu bertukar hijau. Laju motor mereka meninggalkan kenderaan-kenderaan di belakang. Lapar!
Mereka tiba di restoran yang menjual makanan western. Selepas beberapa minit menunggu, makanan yang dipesan pun tiba. Mereka makan tanpa mempedulikan orang sekeliling.
"Aisyah. Lain kali kalau kau injured ke bagitahu aku. At least aku boleh tolong kau buat kerja nanti, hantar kau pergi kerja. Ini orang lain lagi tahu dari aku." bebel Danial.
"Sikit jela. Fair lah aku injured, kau injured. Kau pun bukan bagitahu aku." Aisyah mengjongket-jobgketkan keningnya.
"Heh! Ingat lawalah tu buat macam tu?"
"Memang aku lawa pun! Kau yang buta! Tak nampak bini sendiri lagi cantik dari perempuan lain!"
ZAP! Tersentap Danial mendengar. Kata-kata Aisyah tak pernah tak menusuk ke pangkal hati.
Danial berdehem. "Cepatlah habiskan makanan. Kata nak pergi taman tasik."
Aisyah tidak memberi respon. Dia hanya meneruskan makan.
~
"Basikal ni kira macam mana?" tanya Danial dengan penyewa basikal yang menyewa basikal di hadapan pintu masuk tamna tasik itu."Satu jam RM35, bang."
"Saya sewa untuk satu jam ya?" not RM50 diberikan kepada si penyewa.
Selepas penyewa basikal tersrbut memulangkan baki wang kepada Danial, Danial menuntun basikal tersebut ke arah Aisyah yang sedang berdiri di bawah pokok. Malam-malam berdiri bawah pokok.
"Woi! Nak naik tak?"
Aisyah melihat basikal yang dipegang oleh Danial itu. "Takutlah."
Danial ketawa. "Apa kau ni? Bawa motor macam dah tak sabar nak jumpa Sang Pencipta berani."
"Hello! Motor tu, kalau accident, terus jumpa Pencipta tau. Basikal, kalau accident, merana dekat hospital nak pergi mana pun tak boleh!" balas Aisyah.
"Kau ni. Aku bawa basikal, kau duduk belakang."
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...