10 bulan kemudian.
"Elele. Comellah anak kau ni. Hello Arif Zafran! I'm your Mama Aisyah. And he is Papa Danial!." kata Aisyah teruja. Pipi si bayi itu digomol.
"Nama sepesen dengan ayah. Korang panggil apa?" tanya Danial.
"Zaf from Zafran. Handsome kan nama dia?" balas Arif.
"Yang tak handsome tu kau. Ajar anak kau jadi gentleman macam aku." Danial menayang senyuman bangga.
"HEH!"
"Bila kau masuk kerja, Alicia?" tanya Aisyah selepas puas menggomol pipi Zafran yang berada di pangkuan Alicia.
"Bulan depan kot. Rindu ke?" Alicia tersengih.
"Tak."
"Heh!"
Setelah sembilan bulan sepuluh hari membawa anak di dalam perut, Alicia sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki.
"Kau tak nak baby ke, Syah?" tanya Alicia.
Aisyah dan Danial berpandangan.
"Nantilah. Biar anak kau dah setahun ke dua tahun, baru aku buat." balas Danial. Tangannya menggenggam tangan Aisyah. Risau jika isterinya itu terasa.
"Kan!" sambut Aisyah.
"Iyalah."
Tiba-tiba telefon Arid dan Danial berbunyi. Mereka melihat nama pemanggil itu.
"Korang berbual dulu. Kitorang nak angkat call." Arif dan Danial pergi dari situ.
~
"Aisyah. Kita kena balik sekarang. Aku dengan Arif kena lapor diri dekat kem sekarang." Danial berkata serius.Aisyah menggangguk. "See you next month. Bye!"
Aisyah dan Alicia melagakan pipi mereka sebelum Aisyah dan Danial keluar dari bilik tidur mereka.
~
Hingus disedut masuk ke hidung semula. Air mata yang membasahi pipinya dikesat kasar. Baju-baju Danial disusun elok dalam beg pakaian."Hey, my sweetheart." Danial yang sedang baring di atas katil mereka sambil melihat wajah Aisyah menarik tangan Aisyah.
Aisyah duduk di hadapan Danial dengan tubuh yang terhinjut-hinjut.
"Sudah-sudah. Aku minta maaf sebab buat kau nangis. Nanti aku kemas sendiri baju aku. Come, my babygirl." Aisyah ditarik ke pelukan Danial.
"Janganlah! Macam mana aku nak biarkan kau pergi!" rengek Aisyah. Mukanya disembamkan pada dada Danial.
Mana tidak menangis perempuan itu, ada ke patut Danial kata yang Aisyah perlu bersedia jika dia tidak pulang ke pangkuan Aisyah semula.
Danial menggosok pinggang Aisyah. Cengeng sungguh isterinya itu. "Okey-okey. Aku tak buat lagi. Ya Allah dia ni. Macam mana aku nak tinggalkan kau ni. Selalu elok je kena tinggal."
"Aku cakap macam tu sebab tak nak kau berharap dekat aku je. Kau isteri kepada seorang tentera. Kau kena bersedia terima apa-apa berita pasal aku. Kalau dah ditakdirkan aku kena tinggalkan kau, aku nak kau sentiasa kuat, jangan cengeng macam ni. You can find a man who can protect and love you more than I love you. Boleh?"
Aisyah menggeleng. "Nak kau! Tak nak orang lain. Aku sayang kau sorang je. Ke-"
Danial mencium bibir Aisyah lama. Mereka bertatapan. Air matanya juga menitis. Firasat hatinya kuat mengatakan yang dia akan tewas dalam operasi kali ini.
~
Aisyah bersalaman dengan Danial. Danial mencium dahinya lama. Kemudian kekura tangan Aisyah dibawa ke bibirnya."Take care. Aku balik aku nak baby." kata Danial.
Aisyah tersengih. "Miang!"
"Alaa, biarlah." Danial mencebik.
"Baiklah, my captain."
"Aku gerak dulu. Jangan nangis. Bye!" Danial terus masuk ke dalam keretanya tanpa memandang Aisyah. Dia tidak mahu Aisyah menjadi punca dia gagal dalam operasi ini.
Pintu rumah ditutup. Aisyah duduk di belakang pintu tersebut. Kakinya dipeluk. Tangisannya dilepaskan tanpa menahan suaranya. Dia betul-betul takut jika Danial meninggalkannya.
~
"Oh my- Girls! Please! Kenapa korang ni?!" sergah Najmi apabila melihat Aisyah dan Alicia asyik termenung."Hah? Kenapa? Apa jadi?" Aisyah baru tersedar.
"Dah sampai dah sekolah. Tolong fokus! Kesian sikit dekat kadet-kadet dekat sekolah tu." kata Rafiq tegas.
Mereka mengangguk lalu keluar dari kereta hilux milik jabatan.
"Fokus!"
Mereka ditugaskan untuk mengajar kadet-kadet bomba disekolah menengah. Selain mengajar cara kawad yang betul, mereka juga perlu mengenalkan peralatan-peralatan menyelamat yang digunakan oleh pihak bomba ketika menyelamatkan mangsa.
Kini mereka sudah berdiri tegak di hadapan semua ahli unit kadet bomba. Rafiq dan Najmi mengajar mereka berkawad sementara Aisyah dan Alicia hanya memerhati cara kadet-kadet itu berkawad.
Mata Aisyah tiba-tiba tertancap pada ahli-ahli unit uniform PKBM. Dia teringatkan Danial. Danial juga seorang jurulatih kadet. Kalau Danial ada di sini mesti mereka akan berjumpa.
"AISYAH!" jerit Alicia. Tubuh Aisyah ditarik sehingga dia jatuh ke atas jalan tar dataran sekolah itu.
"Ack- KAU KENAPA?!" Aisyah melihat tapak tangannya. Mujur tiada luka.
"Kau ni! Tenung kadet PKBM tu kenapa?! Bagi lalu dekat diorang nak berkawad!" marah Alicia. Kenapa dengan sahabatnya itu?! Asyik termenung saja!
"Oh. Haa." Aisyah bergerak dari barisan kadet-kadet itu.
"We'll talk about this later." kata Alicia lalu meninggalkan Aisyah.
~
"Pendam masalah! Kau kenapa?" tanya Alicia ketika mereka sedang berehat di kantin sekolah itu."Tak. Aku just teringat Danial. Aku tak sedap hati. Aku takut dia tinggalkan aku."
Pak! Pipi Aisyah ditepuk.
"Mulut! They'll be fine and can return to us in the safe condition. Faham? Eyy!" Alicia membuat gaya seperti mahu menghempuk Aisyah.
"Faham-faham." balas Aisyah sambil menggosok pipinya. Sakit! Bagitahu Danial kang!
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...