BAB 16

6.6K 390 3
                                    

Aisyah dan Alicia meletakkan motosikal berkuasa tinggi mereka di tempat yang sudah disediakan di balai bomba tempat mereka bertugas. Mereka berjalan masuk ke pejabat untuk mengisi kehadiran mereka.

"Nak sarapan apa pagi ni?" tanya Aisyah sambil menepuk perutnya.

"Ntah. Soto nasi macam sedap. Nak tak?" cadang Alicia.

"Nak!"

"Hai, girls!" sapa Rafiq.

Aisyah dan Alicia memandang Rafiq. "Halo!"

"Rafiq~ Belikan kitorang soto nasi boleh tak? Nanti kitorang bagi duit.." rengek Aisyah.

"Bagi sekaranglah.. Nanti lepas row call aku terus pergi beli.." balas Rafiq

"boleh-boleh" Aisyah dan Alicia memberikan RM10 kepada Rafiq.

"Nak air apa-apa tak?" tanya Rafiq.

"Nak teh tarik"

"Orange juice!"

"Baiklah.."

~
"Anak-anak perempuan Encik Haris.. Nah korang punya soto..dengan air.." Rafiq menghulurkan sekali dengan duit baki mereka.

"Balance kau amik la.. Thanks tolong belikan.." kata Aisyah dan Alicia serentak.

"WOAHH..baik-baik.. Terima kasih.." Rafiq mengambil balik duit baki yang dihulurkan kepada Aisyah dan Alicia.

Mereka mula makan sambil berbual pasal kehidupan mereka.

~
"Aisyah! Tolong aku amikkan baju api aku dalam jentera.." pinta Rafiq.

"Haa! Ni lah kau! Baju letak merata! Dah habis operasi tu.. Bawa keluar sekali baju tu.." bebel Aisyah sambil berjalan ke jentera bomba.

Jentera bomba itu dipanjat lalu masuk ke dalamnya untuk mengambil baju api Rafiq. Selepas itu, dia turun semula dari jentera bomba tersebut dan menyerahkan baju api tersebut kepada Rafiq.

"Thanks" ucap Rafiq ikhlas. Aisyah mengangguk lalu berlalu ke bilik penyimpanan tangki udara dan alat penafasan untuk membuat pemeriksaan terhadap alatan-alatan penting tersebut.

Tangki yang tekanan udaranya kurang akan diisi semula udaranya ke dalam tangki tersebut menggunakan mesin khas.

Baru setengah jam Aisyah membuat pemeriksaan ke atas tangki-tangki udara dan alat-alat penafasan di dalam bilik itu, namanya diseru lagi. Kali ini bukan Rafiq, tapi Najmi, rakan sepasukannya yang ditugaskan untuk menjaga bilik kawalan pada hari ini.

"Haa.. Apa lagi kali ni?" tanya Aisyah sambil melihat muka Najmi dengan perasaan geram. Orang tengah buat pemeriksaanlah!

Najmi sengih. "Ada lelaki nak jumpa kau.. Uuuu.."

"Siapa? Dia pakai baju tentera ke?"

Najmi menggeleng.

"Okey. Aku pergi jumpa jap. KAU! Pergi masuk bilik kawalan balik!" Aisyah bergerak pergi meninggalkan Najmi yang sedang berjalan ke bilik kawalan.

"Takkanlah Danial? Sekarang ini dia dah patut masuk pejabat dia. Apa dia buat dekat sini? Haduh dia ni!" omel Aisyah ketika berjalan menuju ke bay, ruang penyimpanan jentera.

Nampak sahaja lelaki yang berbaju hitam yanh sedang berdiri membelakanginya di hadapan tingkap bilik kawalan, Aisyah terus menyapanya.

"Danial! Apa kau buat dekat sini?"

Lelaki itu menoleh. "Danial?"

Aisyah terkaku. Kepalanya teringat tentang malam kejadian di rumah maksunya.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now