BAB 59

8.4K 423 12
                                    

"Dik?" tegur seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30 tahun.

Aisyah yang terlelap di atas sejadah membuka matanya. Untung sahaja dia mengambil saf di belakang, jadi dia tidak mengganggu orang lain yang mahu menunaikan solat.

"Ya?"

Wanita itu duduk di sebelah Aisyah. "Akak tengok, adik ni sedih je. Kenapa? Hari-hari akak nampak adik datang sini? Kadang-kadang akak nampak adik dengan uniform adik. Kenapa?"

"Tak. Saya tunggu suami saya sedar dari koma, kak. Dah enam bulan dia koma."

"Oh. Berat dugaan adik. Akak doakan suami adik cepat sedar ya. Akak minta diri dulu." wanita itu menghadiahkan sebuah senyuman kepada Aisyah.

Aisyah mengangguk lalu mula mengemas telekung dan sejadahnya. Kemudian dia keluar dari surau itu.

~
Alicia bengang. Arif, Rafiq dan Mastura yang berada di hadapan wad itu hanya mampu berdiam diri melihat Alicia yang sedang menahan amarahnya.

Doktor yang memeriksa keadaan Danial keluar dari wad tersebut.

"Macam mana dengan kawan saya, doktor?" Arif terus menerpa doktor itu.

"Keadaan dia semakin stabil dan Alhamdulillah dia sudah sedar." balas doktor tersebut.

Mereka tersenyum gembira setelah mendengar khabar tersebut. Rafiq dan Arif terus merempuh masuk wad tersebut lalu diikuti Alicia dan Mastura di belakang.

"Bro! Kau dah sedar weyh?!" Arif teruja.

"Wah! Lepas ni dah boleh bagi Bravo Team junior lah kan?!" Rafiq tidak ketinggalan.

"Woi!" marah Alicia. "Stres dapat member macam ni.."

"Alah kau.. Takkan kau je ada junior.. Aisyah pun mestilah kena ada.."

"Ara, tolong operate sikit kepala otak dia nii.."

"Aisyah mana?" tanya Danial yang masih lemah.

Alicia menarik nafas dalam-dalam. "Kau sabar. Biar aku cari dia."

Alicia terus keluar dari wad itu. Atap hospital itu dituju kerana dia pasti Aisyah akan berada di sana.

~
Bumbung-bumbung bangunan menjadi tatapan Aisyah yang sedang duduk di atas kerusi di atap hospital itu. Dia tak sanggup mahu mendengar dan mengetahui keadaan suaminya.

Pintu atap itu dibuka kasar. Tersembullah wajah Alicia yang sedang bengang itu. Aisyah bangun apabila melihat Alicia menghampirinya.

Pak!

Terteleng kepala Aisyah dek tamparan Alicia.

"Kau kenapa, gila?!" Aisyah marah. Dia sedang tenangkan diri di situ, tiba-tiba ditampar tanpa sebab.

"LAKI KAU TENGAH STRUGGLE DEKAT DALAM, KAU BOLEH DUDUK SINI JE?!"

"Habistu, kau nak suruh aku dengar apa yang doktor nak bagitahu?! Kau cakap dengan aku sekarang ni, kalau Arif yang kena hadap benda tu, kau sanggup ke nak dengar berita pasal dia?!" tempik Aisyah semula.

"Sanggup! Kau tak dengar lagi apa yang doktor cakap, lepastu kau lari! Aku tak pernah tau tengok kau lari dari masalah. But this time!" Alicia tak mampu untuk meneruskan kata-katanya.

"Okey fine! Kau nak sangatkan aku tengok dia? Baik!" Aisyah pergi dari situ.

"Woi! Aku tak habis cakap lagi! Aisyah!"

Aisyah tidak mengendahkan panggilan Alicia. Dia terus berjalan ke wad Danial.

~
Gelak tawa Danial, Arif dan Rafiq terhenti apabila terdengar suara Alicia memanggil nama Aisyah. Mereka bertiga memandang Mastura yang berdiri di tepi pintu.

"Kak Aisyah datang."

Gelabah terus mereka bertiga.

"Danial. Kau baring. Tutup muka." arah Rafiq.

"Macam keterlaluan je.." kata Arif.

"Siapa suruh dia lari? Buat je lah!"

Danial melakukan apa yang disuruh oleh Rafiq. Apabila mereka merasakan yang Aisyah sudah dekat dengan wad itu, Rafiq dan Arif segera berdiri tegak di sebelah Danial yang sedang baring seperti jasad yang tidak bernyawa.

Aisyah melangkah masuk dalam wad itu. Dia memandang wajah Arif dan Rafiq yang sengaja membuat riak sedih itu. Kemudian matanya beralih ke arah Danial yang sedang baring dan diselubungi selimut dari kepala ke kaki.

"Alicia! Ni ke yang kau nak suruh aku tengok?! Kau sendiri tahu yang aku tak boleh tengok jasad tak bernyawa dia?!" Aisyah sudah mula menangis.

Mastura sedaya upaya menahan ketawa.

"What the heck! Woi! Korang plan apa ni?! Memang nak sangat member jadi janda ke?!" tengking Alicia apabila pintu wad tersebut sudah ditutup rapat.

Aisyah menoleh memandang keadaan Danial semula. Elok sedang duduk sambil baca buku. Mana dia dapat buku itu pun tak tahulah. Arif pula menyuap buah anggur manakala Rafiq menghulurkan secawan air kepada Danial.

"EEEEEE! APA MASALAH KORANG NI?!" dengan sisa air mata, Aisyah memarahi mereka.

"Dah! Berambus dari sini. Alicia, Ara.. Bawa partner korang ni berambus. Serabut kepala kalau diorang ada dekat sini." kata Danial sambil mengurut dahinya.

"Baik, kapten. Nur Arif Alson! Keluar sekarang!"

"What?! Sayang! Seriously? Nur?!"

"Sudah! Pergilah kau!" halau Danial lagi.

"Sampai hati.." Rafiq menarik hujung baju Mastura supaya ikut keluar bersama mereka.

Aisyah pula menghantar pemergian mereka menggunakan pandangan mata.

Aisyah berdiri lama memandang pintu yang sudah tertutup rapat itu.

"Aisyah" panggil Danial.

Aisyah tidak menoleh. Tapi air matanya kembali jatuh membasahi pipinya.

"Come here, sweetheart." kata Danial lembut.

Aisyah menoleh. Dia berlari ke arah Danial. Tubuh Danial didakap.

Danial menarik Aisyah supaya duduk di atas pehanya. "Oh my babygirl. Cengengnya!" tubuh isterinya itu dipeluk.

Aisyah menyembamkan mukanya di dada Danial. "Cengeng-cengeng Aisyah pun, Aisyah yang selamatkan Danial." tersedu-sedan Aisyah menjawab.

"Tengok tu! Mulut tu ada je nak menjawab" Danial mengepit mulut Aisyah menggunakan tangannya. Dia menggosok belakang Aisyah supaya Aisyah berhenti menangis. Hidup lagi pun nak nangis. "Sekejap! Kenapa kau ni ringan semacam? Tak! Sebelum ni kau memang ringan, tapi ni ringan sangat. Are you skip your meals, girl?"

Aisyah mendongak memandang Danial. Dagunya direhatkan pada dada Danial. Jari telunjuknya menguis-nguis dada Danial.

"Haa. Yalah tu. Skip makan. Dia ni kan!" Danial mencubit pipi Aisyah. "Ingat abang tak tahulah tu! Pujukan dan godaan tidak dilayan!"

Aisyah mencebik.

"Danny macam mana?"

"Ada dengan Raisya. Aisyah suruh dia jaga sebab Aisyah kena jaga mamat muka secondhand ni.." Aisyah menekup kedua-dua belah pipi Danial.

"Nak balik."

"Doktor dah bagi ke?"

"Petang ni dah boleh balik." Danial memandang Aisyah dengan wajah berharap.

Aisyah berfikir. "Okey. Kita balik petang ni."

"OKEY! SAYANG AISYAH!" pipi Aisyah dicium.

"Abang!" Aisyah sedaya upaya cuba menolak Danial yang terus mencium wajahnya itu. Sesak nafas.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now