BAB 50

8.3K 422 28
                                    

"Bagi sini tangan kau." pinta Danial selepas punggungnya sudah mendarat di sebelah Aisyah di atas katil bersama kit bantu mula yang diletakkan di meja kecil sebelah katil mereka.

Aisyah menghulurkan tangannya. Bukan selalu suaminya jadi doktor. Selalunya dia sahaja yang merawat luka.

Danial membuka kotak kit bantu mula tersebut. Dia kelihatan seperti tidak tahu mahu mulakan dari mana.

"Cuci guna dettol dulu." beritahu Aisyah.

Serius Danial mahu terjun bangunan sekarang ini. Malu! Dia yang mahu merawat luka Aisyah, tetapi dia tidak tahu mahu mulakan dari mana.

Kapas dicapai lalu botol cecair pencuci luka ditonggangkan untuk mengeluarkan cecair tersebut. Luka Aisyah ditekap lembut menggunakan kapas itu.

"Slow lah sikit! Pedih!" Aisyah sengaja mahu mengusik suaminya itu. Tak pedih pun. Pedihlah sikit.

Danial semakin berhati-hati mencuci luka isterinya. Lumrah dapat isteri gedik. "Itu pun sakit."

Aisyah menyentuh luka di perut Danial yang beralaskan t-shirt yang dipakai oleh Danial.

"Eh! Jangan-jangan! Sakit!"

"Itu pun sakit. Macam mana entah boleh lepas jadi tentera" kata Aisyah.

Danial menghembus nafas geram. "Dia tu pun sama. Dahlah pendek." omel Danial.

"Dengarlah!" Aisyah menepuk bahu Danial.

"Aish dia ni.." bahunya digosok. Perempuan ni, kecil-kecil cili padi. Badan kecil, tangan, hmmp! Boleh jadi arwah kalau kena.

Selepas mencuci luka pada tangan Aisyah, dia mengusap luka itu. "Aku tak balut luka kau supaya cepat kering. Bila dah kering, tangan kau dah tak pedih."

Aisyah menganggukkan sahaja. Matanya sudah mengantuk. Esok pagi dia perlu bangun awal untuk bekerja. Yang Danial pula mahu beromantik tengah malam buta ni!

Aisyah menguap. "Nak tidur." kepalanya dihantuk pada dada Danial yang berada di hadapannya.

"Lah budak ni."

"Aku bukan budak lagilah!"

"You are, sweetheart! You're my babygirl forever!" Danial menarik Aisyah ke dalam dakapannya. Pipi Aisyah menjadi mangsa ciuman bertubi-tubinya. Habis merah pipi Aisyah dikerjakan.

"Sudah! Nak tidur ni! Nak tidur pun payahlah dia ni!" Aisyah menolak wajah Danial. "Pergi kemas kit tu. Ada aku campak dari tingkap mamat muka secondhand ni!" selimut ditarik menutup seluruh tubuhnya.

"What?" Danial menyelak selimut yang menyelubungi tubuh Aisyah.

"Danial!" selimut ditarik menutup tubuhnya semula.

"Mamat muka secondhand ni jugalah jadi laki kau." kata Danial lalu mengemas kit bantu mulanya tadi. Kemudian dia menutup lampu dan tidur disebelah isterinya itu.

~
Seminggu sudah berlalu. Hubungan mereka suami isteri pun semakin baik. Kurang sudah bahasakan diri menggunakan kau-aku. Macam itu juga hubungan Alicia dan Arif.

"Rif. Macam mana kau dengan Alicia? Okey?" tanya Danial kepada Arif ketika mereka berjumpa di farmasi.

"Okey je. Well, she fell in love with me." Arif menaikkan sebelah keningnya tanda bangga.

"Untunglah bini tak ego."

Arif ketawa. "Kitorang dah lamalah bercinta. Dari sebelum kahwin." Arif berkata dengan tenang.

Danial memandang sahabatnya itu. Terkejut. "Gempak weyh, gempak. Bercinta tak bagitahu member. Senyap-senyap, mat."

"Nanti kena sailang."

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now