BAB 52

7.7K 474 20
                                    

Danial keluar dari biliknya apabila sudah siap menyarungkan uniformnya. Kakinya terus menuju ke pintu rumahnya.

"Weyh. Kau tak sarapan ke? Aku dah buat sarap-" sapaan Aisyah dipotong.

"Dah lambat. Aku makan dekat kem je nanti." Danial terus masuk ke dalam keretanya tanpa menoleh ke arah Aisyah.

Tiada salaman dan kucupan pada dahi Aisyah yang selalunya diberikan oleh suaminya itu sebelum mereka pergi kerja tanpa diminta.

Hati Aisyah sedikit terusik dengan perlakuan Danial kali ini. Beginikah perasaan seorang isteri apabila suaminya membuat endah tak endah sahaja padanya? Memang mereka sudah biasa bergaduh, tapi kali ini lain rasanya apabila Danial bersikap dingin terhadapnya.

Aisyah memegang dadanya. Sakit. Sesak. Argh! Serabut!

Selepas kereta Danial hilang dari pandangannya, dia terjelupuk lemah di atas lantai. Dia hanya mampu menyalahkan diri sendiri atas perbuatannya.

~
"Thanks, kapten." ucap pegawai wanita itu lalu pergi dari situ. Danial mengangguk.

"Kau tolong pegawai wanita, Danial? Wah! Sejak bila kau reti tolong perempuan lepas kau kahwin?" tegur Arif dari belakang.

"Jangan sibuklah kau." wajah dingin ditayang.

"Jangan sibuk ek?! Kau kenapa,ngau? Ada masalah hidup ke? Tak pernah-pernah kau kata macam tu dekat aku." Arif pelik.

Danial hanya membiarkan sahabatnya berdiri di situ manakala dia berjalan ke bilik kerjanya.

Arif bengang. Apa masalah lelaki ni?! Dia mengikuti sahabatnya sampai ke biliknya.

Pintu bilik Danial dikunci.

"Kau ada masalah dengan Aisyah ke?" tanya Arif tenang. Danial tengah serabut. Jika dia menengking Danial, masalah akan makin bertambah. Silap-silap boleh bertumbuk.

Danial memandang Arif.

"Kalau kau rasa angin kau tengah tak elok, kau duduk dulu. Tak pun pergi ambil wuduk bagi sejuk sikit hati tu." kata Arif.

Danial duduk. Kemudian dia pelawa Arif duduk di hadapannya.

"Haa. Cerita cepat apa yang buat kau bengang sampai macam ni."

"Macam ni. Aisyah tu haa! Aku minta baby kot! Pastu bagi banyak alasan." Danial meramas rambutnya geram.

"What the- TU JE BUAT KAU BENGANG?! Apa masalah jantan ni siot?! Lepas kahwin terus jadi bangang!" dahi Arif berkerut. "Kau dengar tak alasan dia?"

"Kau nak aku dengar alasan tak masuk akal dia tu?" Danial menarik senyuman sinis.

"Kau cuba memporak perandakan rumah tangga kau ke?!" Arif bengang. "Ego sangat sampai sanggup lukakan hati isteri kau!"

"Senanglah kau cakap. Wife kau tu senang dibentuk!" Danial menghentak mejanya.

"Kau nak salahkan Aisyahlah sekarang ni?!" Arif pula bengang. Mana sifat gentleman Danial yang takkan menyalahkan perempuan sebegitu rupa. "Kau tak patut salahkan dia macam ni. She's your wife, bro. Mestilah dia ada sebab yang kukuh sebelum dia tolak. Apa kau ni?!"

Danial diam. Kalau Arif dah mula membebel, jangankan balas balik, dongak pun seram.

"Nanti kau balik, minta maaf dengan Aisyah. Kurangkan sikit ego kau." pesan Arif tegas.

~
Aisyah yang sedang masak makanan untuk makan malam sedikit terganggu apabila rington telefonnya menjengah sistem pendengarannya. Dia menghampiri telefonnya.

"Alicia? Apa minah ni nak? Laki pergi kerja, baru reti cari aku." Aisyah mengangkat panggilan tersebut. "Kau nak apa, jemah?!"

"Weyh! Negara panggil kau ni weyh! Sekarang! Aku pun kena!" beritahu Alicia dalam keadaan gelisah.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now