BAB 36

7.5K 361 5
                                    

"Kau dah gila ke, Aisyah?!" marah Danial selepas doktor dan jururawat keluar dari wadnya.

Aisyah menunduk.

"Kau dengan dia sama jerlah! Semua nak serius! Tak sayang nyawa ke?! Kau ingat, kau kucing ada sembilan nyawa?! Eh! Kucing pun tahu benda tu bahayalah" marah Danial lagi.

"Manalah aku tahu dia macam tu.." balas Aisyah perlahan.

"Menjawab! Aku dah cakap yang dia tu pembelot! Kau expect pembelot takkan bunuh orang ke?!"

"Okey! Fine! Salah aku! Tak payahlah nak marah macam ni.. Benda boleh cakap elok-elokkan?! Nak marah kenapa?!" mata Aisyah sudah berair. Sudahlah kakinya sakit, kena marah pula.

Danial terkejut mendengar suara Aisyah seperti tahan nangis. Dia duduk di atas katil Aisyah. "Okey.. Fine.. Aku minta maaf sebab marah kau.. Janganlah menangis.. Nanti orang tengok macam mana?" Danial memujuk Aisyah lembut.

"Biar diorang belasah kau!" Aisyah baring. Selimut ditarik menutup mukanya.

"Fine.. Kita kahwin! Diorang dah tak boleh cakap apa dah.."

Aisyah terkejut. Selimut diturunkan. Danial dipandang.

"Kita kahwin and I will protect you from Ray.. I will take care of you more then my life.." Danial memandang Aisyah.

"Kau seriuslah? Bukan nanti makin bahaya ke?"

"Kalau dulu aku suka bergurau pasal benda ni.. Sekarang tak lagi.. So, kau setuju tak?"

Aisyah berfikir. "Aku.. Aku setuju.. Kita akan lalui semua benda ni sama-samakan?"

Danial mengangguk.

"Esok kau pergi jumpa abang dengan ayah.. Aku nak tidur.. Bye!" Danial ditolak. Selimut ditarik menutup muka.

"Sweet dream, sweetheart.." bisik Danial di telinga Aisyah.

"Ya.. Insya Allah sweet.. Kalau nighmare tu aku mimpi kaulah tu.."

Ego teruk Aisyah ni. Cakap sajalah yang kau malu.

"Danial.. Aku tak kisah kau nak kahwin dengan Aisyah sebab memang korang akan kahwin pun.. Yang aku kisah ni.. HOSPITAL NI TEMPAT ROMANTIK KE SAMPAI KAU LAMAR DIA DEKAT SINI?!" kata Arif yang berada di pintu pintu.

"Okeylah tu.. Dari aku ajak dia kahwin dekat sempadan? Haa?" balas Danial.

"Sabar, Arif. Sabar.. Laki ni memang asal boleh jer.." Arif memegang dadanya.

~
"UMI! ABIIIII!" jerit Raisya.

"Haa? Kenapa?"

"Angah nak kahwin.."

"APA DIA?!" menjerit semua keluarga di situ.

"Abang Danial nak kahwin dengan siapa?" tanya Mastura pula.

"Kak Aisyah.. Tengok instagram dia.." skrin telefon Raisya ditayang kepada mereka.

" skrin telefon Raisya ditayang kepada mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now