Truck yang sering dipanggil 'tiga ton' yang membawa Danial, Arif, Aisyah dan tentera yang lain memasuki perkarangan Pangkalan TUDM Lumut.
Turun sahaja dari truk itu, Aisyah terus berlari memeluk abang dan kakak iparnya. Mereka menggosok belakang Aisyah.
Danial dan Arif menghampiri mereka. Mereka bersalaman dengan Aiman.
"terima kasih lah Kapten Danial, Kapten Arif tolong jagakan budak nii..careless selalu.." ucap Aiman.
"takpe, Tuan. Tugas kami. Lagipun Aisyah banyak membantu pasukan perubatan." balas Arif.
"Tuan. Kami minta diri dulu." Danial dan Arif mengangkat tabik hormat kepada Aiman. "Aisyah..lepasni nak jalan dekat tempat gelap, bawak torchlight.." pesan Danial lalu bergerak dari situ.
Aisyah mengangguk.
~
"Aaa.. Sakit kak.." aduh Aisyah ketika Alea mencuci lukanya."Mana ada luka tak sakit dik oiii.."
"Haa Aisyah. Macam mana pengalaman jadi army? Best?" tanya Aiman sambil tersengih.
"Banyaklah. Bukannya Aisyah yang jadi army. Aisyah jadi hostage. Tak guna betul terroris tu" balas Aisyah dengan bibir yang dicebik.
"Wahh! Bukan senang nak jadi hostage.. Diorang buat ape?" Aiman teruja.
"Apa abang ni.. Adik awak macam nak mati dekat sana awak boleh tanya macam tu pulak.. Buatlah dia trauma.." bebel Alea lembut. Tangannya laju mencubit perut suaminya itu.
"Dia ni nak trauma? Heh.. Memang tak lah. Tapi untunglah Aisyah.. Dapat berkepit dengan Danial tu.." Aiman senyum mengusik.
"CIEEEE" Alea pun ikut.
"Apa ni.. Dia tu poyo lah.. Kata 'aku.takkan.biarkan.kau.jadi.hostage.' tuptup Aisyah jadi hostage..Jadahnye.." bebel Aisyah sambil mengajuk gaya Danial.
"elehh..ni tangan luka ni macam mana makan?" tanya Aiman sambil menjongketkan kening.
"Aaaa..makan sendirilah.." balas Aisyah cuba menyorokkan sesuatu.
"eh..tak sakit ke? Dulu abang kena tembak masa jadi prebet dulu lah.. Kat tangan juga.. Sakit woo.. Tak boleh makan aww.. Nasib ada doktor Alea ni..dia suap abang.."
"abang tu mengambil kesempatan dalam kesulitan.." bidas Alea. "Tapi betul jugak la.. Baik Aisyah bagitau.. Aisyah makan ke tak?"
"makan-makan.. Cuma semalam jer lah Da- Danial suap.." balas Aisyah malu. Habis mukanya merah.
"CIEEEEEEE"
"ABANG! AKAK!"
Aiman dan Alea ketawa.
~
Dua hari telah berlalu. Luka di kepala Aisyah semakin pulih. Tangannya juga sudah tidak sakit seperti sebelum ini. Sekarang dia sudah bersedia mahu masuk kerja. Motosikal berkuasa tingginya masuk ke perkarangan balai bomba yang dia bertugas.Aisyah menuju ke lokernya untuk menyimpan barangnya. Dia pusing sahaja, terkejut apabila rakan-rakan sepasukannya mengepungnya.
"Korang ni dah kenapa?" Aisyah memandang mereka. Pelik.
"KAU TANYA KENAPA? KAU PERGI MANA SETAN?!" tanya mereka serentak.
"OUH..NI AKU NAK TANYA?KORANG ADA TAK CHECK ANGGOTA CUKUP KE TAK?! LYCHEE BETUL MASING-MASING!"
Rakan-rakan sepasukannya terus tersengih.
"Tu dahi dengan tangan kau tu kenapa?" tanya Rafiq.
"Dahi ni terhantuk dekat dahan.. Ni..kena tembak.." Aisyah mengangkat tangannya.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...