"Wah! Cik Haris! Tengok diorang ni, Cik Haris!" adu Rafiq apabila melihat Aisyah dan Alicia dihantar oleh suami mereka.
"Apa kau? Kitorang ni nampak macam buat maksiat ke? Tak kan? Tak kan? Jealous ke single?" bidas Aisyah.
"Dahlah kau. Pergilah cari bini sana." sambung Alicia pula.
Rafiq meletakkan tangannya di dada tanda tersentap. Najmi menjenguk mereka dari tingkap bilik kawalan lalu menaikkan ibu jarinya kepada Rafiq.
"Dengan perempuan pun kau nak cemburu. Kita ni lelaki. Sekali kita panggil, sepuluh yang datang tau." kata Najmi.
"Patutlah tak ada perempuan nak. Buaya tak ingat daratan rupanya." kata Aisyah.
Najmi kejung dan tangannya diletakkan di dada. "Apahal mulut diorang hari ini?!"
"Kau macam tak tahu mulut diorang macam mana." balas Rafiq.
~
"Bila Arif sampai?" tanya Aisyah kepada Alicia ketika mereka berdua memeriksa alatan dalam ambulans EMRS."Around pukul 10 malam macam tu lah. Kenapa? Danial sampai pukul berapa?"
"Pukul 10 juga. Geram betul aku dengan dia tu." Aisyah menghembus nafas geram.
"Kenapa? Dia balik terus minta anak kembar ke?"
"Kepala hotak kau!"
Alicia ketawa. "Kenapa kau geram sangat dengan dia?"
"Ada ke patut dia matikan elektrik. Lepas itu dia peluk aku macam nak buat benda tak baik dekat aku." alatan disusun dengan kasar tanda geram.
Alicia ketawa. "Kau buat apa pada dia?"
"Aku dah melalak macam orang mati anak, baru dia nak lepaskan. Grr."
Alicia ketawa lagi. "Aduhai kau ni. Esok kau off, apa plan kau dengan Danial esok?"
"Ride ke Taiping."
"Ewah! Dating!" Alicia sengih.
"Jealous ke, kak?" Aisyah mengangkat sebelah keningnya.
"Oh tentu tidak. Saya dah plan nak pergi dating dengan suami tercinta saya ya."
"Ceh!"
KRING!
"Haa! Tu negara memanggil." kata Aisyah.
Mereka menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya.
~
"Uish teruk gila!" kata Aisyah apabila melihat dua buah kereta remuk dan mangsa tersepit di dalam kereta tersebut."Aisyah. Kau kena masuk. Tolong keluarkan mangsa tersepit." pinta Rafiq.
"Okey." Aisyah terus menyarungkan sarung tangan khas yang dipakai oleh anggota bomba ketika melakukan tugas. Tidak lupa juga topi keledarnya.
Aisyah berjalan menuju ke kereta yang remuk tersebut. Dia menyelinap masuk ke dalam kereta tersebut menggunakan tingkap yang sudah pecah.
"Hati-hati Aisyah, kaca tu. Dahlah gelap ni." pesan Najmi.
"Ya ya."
Cervical collar yang dihulurkan oleh Alicia dipasangkan di leher mangsa. Aisyah melihat muka mangsa yang berlumuran darah itu. Macam kenal.
"Puan! Jangan tutup mata! Cuba genggam tangan, puan!"
Mangsa itu perlahan-lahan menggenggam tangannya.
"Rafiq, Najmi! Buka ruang untuk keluarkan mangsa!" arah Aisyah. Tidak fikir apa pangkat mereka. Apabila mereka mahu menyelamatkan orang awam, arahan dari rakan-rakan mereka perlulah diikuti.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...