ATTENTION TO ALL CREW
Special chapter ini dibuat sempena bulan kemerdekaan. Bacalah walau tak seberapa. Yang penting, ARAHAN TETAP ARAHAN. Ingat tu.
Okey, BACK TO APC.
++
Danial memasuki ruang dapur rumahnya. Beret maroonnya diletak di atas kaunter dapur. Aisyah yang sedang memasak disergah dari belakang.
"Yow, sayang!"
Aisyah tersentak sedikit dek sergahan itu. Rambut suaminya ditarik.
"Dari sebelum kahwin, sampai dah ada anak mulut tu berat nak bagi salam. Aku hentak kepala kau dalam kuali ni kang." balas Aisyah dengan jelingan tajam.
"Awh! My wife is angry right now" pipi Aisyah yang sedikit mengembang digomol. Sudah menjadi kebiasaannya menggomol pipi isterinya semenjak isterinya mengandungkan Daniellea.
Aisyah menepuk tangan suaminya. Sebelah tangannya menutup api dapur. Lelaki ni memang nak kena dengan aku.
"Danial Raviel!"
"Ya, apa dia sayang?"
"Abang ni dah kenapa? Setan apa rasuk abang dekat kem tadi?" dahi Aisyah berkerut.
Danial hanya tersengih sebelum melepaskan isterinya. Tubuhnya disandarkan di kaunter dapur itu.
"Handsome? Eh jarang laki aku tak handsome. Pakai uniform celoreng dia pula tu." ucap Aisyah dalam hati.
"Nanti abang terlibat dengan perarakan 31 Ogos nanti."
"Oh. Baguslah. Ingatkan asyik nak duduk dalam hutan, jadi sedara harimau." Aisyah berkata sambil memeluk tubuh. Tubuhnya juga disandar pada kabinet dapur itu.
"Okeylah tu jadi sedara harimau, kalau jadi sedara buaya, merana pula kau nanti." Danial tersengih, sinis.
"Beranilah kau. Kau ingat aku ni macam bini Abang Tesla? Diam jer, telan jer apa laki dia buat. Hello! Ni Aisyah Cassandra okey? Satu kau buat, sepuluh aku balas." mata Aisyah mencerlung tajam.
"Abang what? Testis?"
"Betullah jadi sedara harimau. Isu terkini pun tak tahu."
Danial ketawa kecil. Bahu Aisyah dipeluk."Sayang. Kau ingat aku macam dia ke? Bini seorang pun susah abang nak jaga, lagikan nak tambah seorang." Aisyah dibawa ke meja makan sebelum didudukan di kerusi.
Danial kembali ke dapur untuk menyediakan makanan yang telah dimasak oleh Aisyah. Makanan itu dihidang di atas meja.
"Haa, Lea mana Lea? Bukan sepatutnya dia dah habis kelas Taek Won Do dia?"
Pintu rumah mereka dikuak secara kasar dari luar. Cepat Danial menukar posisi tubuhnya ke keadaan sedia bertempur.
"Lea." sebut Aisyah.
Wajah tegang Danial terus berubah. Wajah anak perempuannya yang sudah berumur 16 tahun itu ditilik. Lebam di tepi bibir dan luka di pipi anaknya membuatkan pasangan itu ternganga.
Danial menghela nafas. "Masuk, basuh muka, makan. Nanti cerita dekat papa apa jadi."
Aisyah mengangguk. "Nanti mama letak ubat."
Ruang meja makan itu sunyi. Hanya ditemani bunyi esakkan kecil dari Daniellea.
"They always said I have no dad."
"Papa, I'm tired."
Nasi digaulkan sahaja.
"Sorry, princess. Diorang buat apa lagi dekat Lea?" Danial bersuara.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...