"Danial. Maklong kau accident semalam." beritahu Aisyah ketika mereka sedang bersiap untuk keluar berjalan-jalan ke Taiping.
"Teruk ke?"
"Entah. Aku baru nak tanya macam-macam semalam, anak dia dah buat tahi. Kau nak melawat dia?" Aisyah memandang Danial menggunakan pantulan cermin.
"Kau okey ke kalau aku nak melawat dia?" Danial memandang Aisyah yang sedang memakai tudung bawal di hadapam cermin itu.
"Soalan kau pun. Ingat ni drama TV3 ke aku nak benci dengan keluarga kau?"
"Mana tahu."
Aisyah menghampiri Danial lalu menarik rambut Danial. "Aku bukan orang jahat okey?!"
Danial mengaduh. "Ya ya! Ish budak ni! Kan dah tak jadi rambut aku!" awning tudung Aisyah disentuh.
"DANIAL!" Aisyah menghentak kakinya.
Danial ketawa. Suka melihat isterinya marah begitu.
Aisyah membetulkan semula tudung bawalnya itu.
~
"Kita tengok maklong dulu, boleh?" tanya Aisyah sambil berjalan menuju ke motorsikal Yamaha R15 yang dihadiahkan oleh Danial sebagai hadiah perkahwinan mereka."Kau okey ke kalau kita pergi tengok maklong?"
"Aku okey jer. Jomlah."
Danial mengangguk. Mereka mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah itu dan menuju ke hospital, tempat Puan Wani dirawat.
~
Pintu wad diketuk. Danial dan Aisyah masuk ke dalam wad itu. Puan Wani melihat mereka."Maklong." tegur Danial. Dia melihat sekeliling wad tersebut untuk mencari Mastura. Tapi tiada.
"Ara mana?" tanya Aisyah.
Puan Wani menggeleng tanda tiada di situ.
Ellena pula masuk untuk memeriksa keadaan Puan Wani. "Lah. Korang ada ke?"
"Lah! Kak tak nampak ke? Kena tambah lagi dua matalah tu." kata Danial mahu bergurau.
"Ah kau! Jangan nak memandai!"
Pintu wad itu dibuka lagi dan kali ini, muncullah wajah Mastura.
"Abang Danial!" Mastura teruja.
Aisyah terus melilitkan tangannya keliling pinggang Danial apabila Mastura mahu mendekati Danial. Cemburu!
"Aisyah." panggil Puan Wani perlahan.
"Ya." sahut Aisyah lembut. Dia berpandangan dengan Danial. Kemudian dia mendekati Puan Wani.
Puan Wani mencapai tangan Aisyah yang berbalut lalu diusap tangan tersebut. "Terima kasih." air mata orang tua itu jatuh.
"Ya Allah, puan. Jangan macam ni. Tak payah berterima kasih pada saya, puan. Semalam tu, memang tugas saya sebagai seorang anggota bomba untuk menyelamatkan orang awam." Aisyah senyum.
"Oh my god! Bini aku baik siot!"
Pak! Tangan Ellena menepuk kuat lengan Danial. Rasakan.
"Panggil maklong, bukan puan." kata Puan Wani perlahan.
Aisyah memandang Danial. Dia tersenyum suka.
"Danial." Puan Wani memanggil Danial.
"Ya, maklong. Maklong nak sponsor kami pergi honeymoon ke?" Danial sengih.
"Oi!" berubah terus muka Aisyah. Orang tengah sakit, kau boleh bergurau macam tu pula.
Danial ketawa. Dia menghampiri maklongnya yang terlantar. "Kenapa, maklong?"
"Jaga Aisyah ni baik-baik. Dia budak baik. Jangan bergaduh dengan dia." pesan Puan Wani.
"Uish, maklong. Takutlah saya kalau Aisyah baling nozel dia nanti."
Puan Wani tersenyum melihat suami isteri itu bergurau. Berdosa rasanya kerana membenci Aisyah pada mulanya. Gadis itu sungguh hebat. Dia layan seseorang yang sudah banyak buat dosa kepadanya seperti orang itu baru sahaja dikenalinya.
"Maklong. Kami nak gerak dulu. Nanti free, kami melawat maklong." ujar Danial lalu menarik bahu Aisyah.
Puan Wani mengangguk. "Jangan bagi Aisyah buat kerja lasak sangat." sempat Puan Wani berpesan. Tangan Aisyah yang luka dihulurkan kepada Danial.
"Ya Allah, sayang. Kenapa ni? Macam mana boleh luka ni? Kenapa tak bagi tahu abang tangan sayang luka." dramatik! Suami siapa ni?!
"Sikit sajalah, abang." serius kali ini dia mahu mencampak Danial keluar dari tingkap tapi puas apabila muka Mastura masam akibat lakonan mesra suami isteri yang ditunjukkan oleh mereka.
Ellena berdehem. "Akak single lagi ni. Hormat sikit."
Aisyah dan Danial tersengih.
"Saya ada dua orang kawan dekat balai. Single juga. Kalau akak nak nanti saya roger." usik Aisyah.
"Eh Aisyah ni. Jangan bukan-bukan tapi kalau handsome, akak on aje."
Mereka ketawa kecuali Mastura.
"Kami minta diri dulu. Jom, sayang."
Aisyah dan Danial keluar dari wad tersebut.
"Kenapa kau tak bagitahu aku tangan kau luka?" tanya Danial sambil mengusap tangan Aisyah yang luka itu.
"Sikit jela luka ni. Yang penting aku masih boleh bawa motor." Aisyah menarik lembut tangannya itu. Bukan dia tidak tahu nanti Danial tak bagi dia bawa motor.
Danial menggulingkan biji matanya. Masalah kalau ada isteri degil ni. "Jom gerak. Nanti lambat sampai. Dahlah Taiping jauh."
"Eleh! Dia yang ajak!" Aisyah menjeling.
"Kau pun nak pergi. Ergh!"
"Tapi kau yang cadang!"
"Aduhai! Sudah! Sudah! Hospital ni. Jangan nak bergaduh. Ingatkan dah kahwin hilang dah perangai suka bergaduh tu.." sampuk Ellena yang mungkin baru keluar dari wad Puan Wani.
Aisyah dan Danial tersengih lalu pergi dari situ.
~
"Danial. Aku lapar." beritahu Aisyah ketika mereka sedang memakai sarung tangan untuk menunggang motor.Danial ketawa. Belum apa-apa lagi dah lapar. Itulah! Teruja sangat nak jalan-jalan sampai lupa sarapan. Nasib comel.
"Ketawa kenapa?! Aku lapar ni!" Aisyah mencebik.
"Okey okey. Kita pergi makan dulu. Jom."
Mereka menghidupkan enjin motor mereka dan pergi dari situ.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...