BAB 27

6.8K 376 5
                                    

Azim dipandang tajam oleh Danial. "Dah berat sangat ke mulut tu nak minta maaf?" tanya Danial.

"Kenapa ni?" tanya Miera yang baru muncul.

"Boyfriend baru you ni tumpahkan kopi dekat Aisyah.. Kopi panas pula tu.." beritahu Riesya lembut.

"Ouh..sikit jer kan? Alah.. You kan bomba.. Setakat api pun you boleh redah.. Takkan air panas you nak menggelupur?" Miera menggulingkan biji matanya ketika menyebut perkataan bomba.

Aisyah tersenyum sinis. Cawan yang berisi teh o panas di tangan Miera ditolak sedikit supaya terkena pada kulit tangannya.

"Auch! You gila ke?!"

"Sikit jer kan?" Aisyah tersenyum bangga. Danial disebelahnya jangan katalah. Lagi bangga. "Betullah Danial pernah kata.. Cantik tapi bodoh.. You lah tu.. I beauty with brain even I kerja bomba jer.."

"First time aku nampak kebijakkan kau.. Ingat time kerja jer bijak.." terus Aisyah menjeling Danial. "You tak tengok ke baju apa yang bomba pakai untuk masuk dalam api? Ke you buta? Yang you cuba bezakan tu masuk api pakai baju kalis api and sekarang ni boyfriend you a.k.a ex fiancee tak guna Aisyah ni tumpahkan kopi panas pada Aisyah yang cuma pakai t-shirt biasa.. I rasa you belajar lagi tinggi dari Aisyah.. Takkan benda macam ni pun tak tahu?" bidas Danial.

Mata Aisyah beralih pada Azim. Terus kakinya naik menendang dada Azim. Nasib Aisyah tidak memakai kasut but kerjanya. Kalau tidak, mungkin Azim akan dikejarkan ke Institud Jantung Negara (IJN).

"Puas hati aku!" Aisyah mendengus.

"Nice one.." puji Danial.

"Woo woo.. Kenapa ni Aisyah?" tanya Arif yang baru tiba di situ akibat kekecohan berlaku.

"Nothing.. But look at the floor.. Tak ada apa-apa yang boleh buat you tersadung pun.. Macam mana you nak kata you tak sengaja tumpahkan kopi itu atau tersadung kaki lalu air kopi tu terkena I?" Aisyah masih memandang Azim.

"Aisyah bukan orang lemah lagi yang kau boleh buli sesuka hati kau.." kata Danial.

"Sudahlah.. Aku nak balik.. Kalau kau nak makan, makanlah dulu.. Aku nak balik." Aisyah meninggalkan mereka.

"Haish! Masalahlah korang berdua nii!" bentak Danial lalu pergi ke arah Aisyah.

"Pelik aku dengan diorang berdua tu.. Bila ditanya suka ke tidak, diorang jawab tak.. Ni dah serupa nak pujuk bini.. Diorang tak reti jujur ke?" rungut Arif geram.

"Ego.." jawab Alicia dan Riesya serentak.

~
"Aisyah!" panggil Danial. Lengan Aisyah di tarik.

"Apa?! Kau pergilah makan! Ikut aku kenapa?!"

"Haih kau ni.. Masuk balik.. Makan dulu baru balik.."

Aisyah memakai helmetnya. "Bla bla bla bla.."

"Degil!" Danial menjentik helmet Aisyah.

"Woi! Calar nanti helmet aku!" Aisyah menarik rambut Danial.

Danial mengaduh sakit. "Dia buat dah.. Sakit pandai?" Danial menepuk-nepuk lengan Aisyah. Aisyah melepaskan rambutnya. "Rosak rambut aku!" rambutnya dibetulkan semula.

"Eleh.. Rambut kau barai pun handsome.." omel Aisyah perlahan.

Danial sempat menangkap apa yang diomel Aisyah. Dia menyembunyikan senyumannya. Telinga askar ini, dik. "Apa kau cakap?"

"Mana ada aku cakap apa-apa? Haa! Kau dengar siapa bercakap? Jangan macam-macam, Danial.. Ni sekolah ni, Danial.."

"Haa ini mesti kes percaya tapak sekolah kita ni dulu kubur tentera Jepun.."

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now