BAB 15

6.8K 378 7
                                    

"Kami balik dulu ibu, ayah, maksu, abang, akak.." ucap Aisyah ketika dia dan Alicia bersalaman dengan ahli keluarganya.

"Haa..yelah.. Tu Danial dengan Arif ikut korang sampai rumah.. Jangan risau.." Aiman menunjuk kereta Honda Civic milik Danial di hadapan rumahnya. Aisyah mengangguk.

Mereka masuk dalam kereta milik Aisyah dan bergerak keluar dari perkarangan rumah Haryana. Apabila kereta Aisyah sudah neluncur keluar dari kawasan perumahan itu, kereta Danial pun bergerak mengikuti kereta Aisyah. Sempat Danial dan Arif mengangkat tangan kepada keluarga Aisyah sebelum mereka hilang dari pandangan.

~
"Kau tak minta nombor telefon Aisyah?" tanya Arif.

"Tak. Buat apa?"

"Aisyah tu kan sekarang tanggungjawab kau! Kenapa kau tak minta nombor dia?!"

"Bukan sepenuhnya oke.. Dia akan jadi tanggungjawab aku sepenuhnya kalau aku jadi suami dia.." balas Danial tiada emosi.

"Then, marry her.."

"Aku tak bersedia lagi.. Tanggungjawab aku dengan negara pun belum sempurna.. Lagi nak kahwin.."

"Weyh.. Aku tau kau suka dia.." kata Arif.

"Kau.. Mengarutlah.." Danial ketawa kecil.

"Mengarut apanya? Kau tu selalu selamatkan dia tau. Takkanlah kau takde perasaan dekat dia?"

Danial menggeleng. "Dah.. Kau diam.. Kang ada tak sampai kem kang.."

~
"Kau dengan Arif macam rapat jer. Ada apa-apa ke?" tanya Aisyah sambil matanya fokus pada jalan raya.

"Kawan jer lah.. Kenapa? Haa.. Kau dengan Danial tu? Asyik bergaduh jer.. Kenapa?"

"Dah dia selalu cari pasal dengan aku.. Terpaksalah aku membazir air liur dan tenaga aku untuk bergaduh dengan dia.." balas Aisyah.

"Takkanlah kau tak suka dia? I mean.. Fall in love with him?"

Aisyah menggeleng.

"Seriously?! Look! He's handsome. Kerja tetap lagi. Dia selalu selamatkan kau tau. Lagi-lagi masa kau bergaduh dengan orang awam dulu.. Tangan dia luka semata-mata tak nak kau kena pukul dengan kayu yang ada paku tu.." bebel Alicia.

"Sebab dia gentleman, Alicia. That's why he did that.." balas Aisyah tenang.

"No-no-no. Takkanlah. Dia boleh jer tarik kau masa tu.. Kenapa dia biar tangan dia luka? Haa?"

"Mana aku tahu. Tanya tuan badanlah."

"Haa. Betullah orang kata, cinta itu buta.."

"Apa kau mengarut ni, Alicia? Jauh sangat kau lari ni.." dahi Aisyah berkerut. Pelik dengan perangai sahabatnya itu.

"Yelah. Ntah-ntah cinta antara korang dah berputik.. Cuma korang jer tak sedar.."

"Aik.. Aku rasa kau bomba.. Bukan doktor cinta.. Kau dah tukar skop kerja ke?" sebelah kening Aisyah terangkat.

"Takdelah.. Dia selalu nak attention kau tau.. At the same time, dia selalu selamatkan kau.. Lagi-lagi kelmarin. Family kau pun nampak yang dia selamatkan kau.."

"So?"

"What if your parents wants you to get marry with him? Lagi pun, he was like your knight in shining armor"

"Tak mungkinlah. Lagi pun kalau kau dekat tempat dia, kau akan buat macam tu juga.."

"Dah suka tu, mengaku jer lah!"

"AWAL LAGI LAH!"

"AWAL TAK AWAL.. Ada jer orang ngaku dia suka seseorang cepat-cepat. Nanti terlambat, melepas. Kalau lepas melepas tu bijakken takpe juga, NI BODOHKEN!" bebel Alicia.

"AT LEAST TUNGGULAH TIGA BULAN!"

~
"Kau takde perasaan dekat Aisyah ke?" tanya Arif.

"Lambert lagi.. Kenapa?" balas Danial. Matanya masih fokus pada jalan raya.

"Takdelah.. Kau selalu ada bila dia memerlukan someone.. Takkanlah kau tak pernah suka dia?"

"Suka berkawan macam tu jer lah.. Selesa dengan dia.."

"Kawan jer?!"

"Yelah. Kejap! Kau kenapa sibuk sangat nak amik tahu isi hati aku ni?"

"Tanya jer pun."

Danial menggulingkan biji matanya. "Cuba la tanya pasal benda lain.."

"Macam mana kalau Aisyah kahwin dengan orang lain?"

"Ya Allah.. Suka hati dialah dia nak kahwin ke apa ke.. Bukan masalah aku.." berkerut dahi Danial menjawab.

~
"Soalan lain, please? SPM punya soalan pun tak susah macam soalan kau lah!" Aisyah menjeling Alicia di sebelahnya. Tak habis-habis pasal Danial.

Alicia mencebik. "Kau bila pergi latihan HRRT tu?"

"Belum dapat surat makluman.."

"Kau tak reti duduk balai diam-diam ke?! Kalau boleh semua unit kau nak join. Ni kalau Danial jadi laki kau, aku tak tau la apa reaksi dia.." bebel Alicia.

"Wait, out of topic dho kau. Apahal pulak mamat muka secondhand tu kena jadi laki aku. Apa kena mengena aku dengan dia?! Dari tadi asyik nama dia jer kau sebut. Kau suka dia ke apa?!"

"Kalau ya?" Alicia mengangkat sebelah keningnya.

"Go confess to him.."

"Seriously kau tak jealous?"

"For what? Malas aku jaga jodoh orang.."

"Tapi-"

"Kau diam kalau masih nak kerja dekat balai.." ugut Aisyah. Alicia diam.

~
Mereka tiba di hadapan rumah sewa Aisyah dan Alicia. Arif menurunkan cermin tingkap kereta di bahagian tempat duduknya untuk memerhati Aisyah dan Alicia masuk ke dalam rumah sewa mereka. Danial hanya mengikuti perbuatan sahabatnya itu.

Aisyah dan Alicia mengeluarkan beg pakaian mereka dari bonet kereta dan segera ke pintu rumah sewa mereka.

"Oi! Pergi cakap terima kasih dekat Danial dengan Arif.." arah Alicia.

Aisyah membuat muka geram. Beg pakaiannya diberikan kepada Alicia. Selepas Alicia mengambil beg pakaiannya, dia berlari anak ke arah kereta Danial.

Danial dan Arif mengangkat kening mereka. Aisyah menunduk.

"Thank you weyh.." ucap Aisyah ikhlas.

"No problem.. Lagipun abang kau yang minta tolong kitorang follow korang.." Arif memberikan Aisyah senyuman.

Aisyah senyum kecil.

"Kitorang gerak dululah. Takut lambat sampai kem." pinta Arif.

Aisyah mengangguk. "Take care. Hati-hati drive ya, cik army.."

"kata seorang pemandu yang bawa kereta macam tak sabar nak jumpa Pencipta" sindir Danial dan Arif serentak.

"Heh!" Aisyah memandang Danial di tempat memandu. Mata mereka bertaut lama.

Tanpa sedar bibir mereka mula menarik senyuman.

"Hoi!" sergah Arif. "Tulah kau, Danial. Aku suruh kahwin dengan Aisyah, kau-" Danial pantas menutup mulut sahabatnya menggunakan tapak tangannya.

"Sorry ah.. Aku caw dulu.. Esok kau kerja, take care. Jaga keselamatan kau tu." pesan Danial masih tidak melepaskan mulut sahabatnya.

Aisyah mengangguk lalu berundur sedikit dari kereta Danial. Tingkap di bahagian Arif itu dinaikkan semula dan dia terus pergi dari situ.

"Ergh!" Arif menjeling Danial selepas Danial melepaskan tangannya dari mulut Arif. "MASIN!"

"Siapa suruh jilat, pandai? Tak pasal aku kena samak!" Danial mengelap tangannya di seluar Arif.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now