Ambulans milik unit EMRS dituju oleh Danial dan Aisyah.
"Haa, muncul pun korang berdua.. Aisyah, nah but kau.. Aku nak hantar ibu ni pergi hospital.. Dia dah nak bersalin.. Hati-hati buat kerja.." beritahu Alicia. Dia juga meninggalkan pesanan kepada Aisyah kerana dia tahu apabila mood Aisyah sudah bertukar kepada mood mahu menyelamatkan orang, Aisyah tidak akan fikir tentang keselamatannya lagi.
"Haa.. Okey.. Ni anak ibu tu.. Bawalah diorang sekali.. Tempat ni tak sesuai untuk diorang.." balas Aisyah. Kanak-kanak tadi diturunkan dari dukungan mereka. But ditangan Alicia dicapai.
"Kerja elok-elok.. Jangan bergaduh pula.." pesan Alicia lalu menutup pintu ambulans tersebut. Ambulans itu terus beredar dari situ.
"Arif ada bawa but kau tak?" Aisyah memandang Danial di sebelah.
"But aku ada spair dalam kereta.. Kunci dekat kau kan?"
"Ada.. Nah" kunci kereta milik Danial dipulangkan.
Danial menarik Aisyah untuk bersama-samanya pergi ke kereta.
"Lah! Kenapa tarik aku sekali? Takkan takut?"
"Kau kan nak pakai but tu.. Duduklah dekat sini.." pintu kereta di bahagian belakang di buka untuk Aisyah.
Aisyah duduk di seat dan menukar kasut. Selepas selesai mereka memakai but, mereka berkumpul di bawah khemah perbincangan.
"Uit.. Perempuan? Seriously? Khemah medic dekat sana, cik.." tegur seorang anggota bomba unit STORM seperti tidak percaya.
Danial di belakang Aisyah sudah ketawa. "Team kau pun tak percaya yang kau unit Storm.."
Betis Danial ditendang."Saya dari unit STORM jugalah!"
"Ouhh.."
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua.." ucap seorang pegawai polis. Kemungkinan dia seorang komander operasi. Semua yang berada di situ membalas.
"Pertama sekali, saya minta maaf jika ada anggota yang sedang bercuti sekarang ni tapi dipanggil untuk bertugas.. Yang kedua, seperti tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, masih ada mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan bangunan tersebut.. Jadi, saya minta anda semua keluarkan mangsa-mangsa tersebut dengan selamat. Jika siren berbunyi menandakan ada pergerakan tanah berlaku, saya minta semua anggota keluar. Jika yang sudah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, bawalah mereka bersama.. Jika tidak sempat, cukuplah anda menyelamatkan diri anda. Jangan tambah bilangan kematian di sini.." komander operasi berkata dengan tegas.
"Maafkan saya.." Arif masuk ke bawah khemah tersebut. "Saya ingin membuat pengumuman sebentar"
Komander operasi mengangguk.
"Kepada anggota ATM, kita kena pulang ke kem sekarang.. Orang atasan salah bagi maklumat.. Kes ini diluar skop kerja kita.. Maaf mengganggu.." Arif keluar dari khemah tersebut.
Aisyah mengeluh. "It's okay, sweetheart.. We will meet after this.. Kerja elok-elok.. Jangan risau pasal aku.. Aku reti jaga diri.." bisik Danial di telinga Aisyah.
Berdiri bulu roma Aisyah. Bukan setakat bulu roma sahaja, Aisyah pun terus berdiri tegak.
"Bye.." Danial menggosok kepala Aisyah lalu dia pergi dari situ.
Sekarang ini, hanya SMART team dan unit STORM bomba sahaja yang tinggal di bawah khemah tersebut sambil mendengar taklimat operasi.
Setelah fahami apa yang diterangkan, mereka mula bersedia untuk masuk ke kawasan runtuhan.
~
Sementara di dalam kereta Danial, dia berbual dengan Arif."Terkejut aku bila kau call suruh join diorang.." kata Danial.
"Itulah.. Aku masa dapat panggilan pun terkejut.. Dah kenapa tiba-tiba kita kena pergi.. Kita bukan join SMART team.." balas Arif.
SMART team merupakan gabungan tiga agensi iaitu bomba, polis dan tentera.
"Bagi arahan pun pelik-pelik sekarang ni.."
~
Selepas berjam-jam menyelusup di bawah runtuhan bangunan untuk menyelamatkan mangsa, pasukan penyelamat baru dapat berehat dan makan untuk mengisi semula mangsa. Seramai 90 orang mangsa mereka berjaya selamatkan. 65 orang masih hidup dan lagi 25 orang sudah tidak bernyawa."Aisyah! Nah hundred plus.. Aku tau kau tengah loya nak makan sekarang.." Alicia menghulurkan sebotol air hundred plus untuk menambah tenaga sahabatnya itu.
"permohonan kau untuk join unit HRRT dah diterima.. Kau akan jalani latihan selepas tiga hari kes ini selesai.."
"Okey.." balas Aisyah sambil minun minumannya. "Aku nak sambung kerja.. Bye!"
Baru sahaja Aisyah berdiri, dia jatuh semula. Alicia terus menerpa Aisyah dan ada beberapa orang anggota bomba datang ke arahnya.
"Kau okey tak ni? Ada injured ke masa kau dekat dalam tadi?" Alicia menggerakkan kaki Aisyah.
"WEYH! SAKIT!" jerit Aisyah.
"Tadi ada konkrit terhentak dekat sendi dia.." beritahu salah seorang anggota bomba yang berada di situ..
"Kau ni.. Aku dah cakap hati-hati.. Baru firstday operasi dah macam ni.." Alicia mula membebel.
"Kenapa ni? Aisyah?" Ellena tiba di situ.
"Kaki dia terhentak dengan konkrit tadi, doktor.." balas Alicia.
"Lahh.. Tolong bawa dia ke ambulans.. Kita hantar ke hospital.. Takut tulang retak.." Ellena dan Alicia memapah Aisyah ke ambulans milik hospital.
~
Aisyah ditahan wad kerana kakinya terseliuh dan tulang kakinya retak. Habis monyok mukanya tidak dapat menyertai operasi tersebut."Akak kena pergi sana dah.. Akak dah call Danial.. Dia kata kalau kerja dia dah habis, dia datang teman Aisyah.." kata Ellena.
"Lama ke saya kena duduk wad? Nanti saya ada kursus.." rengek Aisyah.
"Haih.. Dia ni.. Utamakan kesihatan dan keselamatan diri dulu.. Dah akak nak pergi.. Bye!" Ellena keluar dari bilik itu.
Aisyah mengeluh. Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh oleh seorang lelaki.
"FUH! MEMANG KAU JER YANG LAMBAT SAMPAI NAK PECAH PINTU! KALAU JAHANAM SIAPA NAK GANTI?!" sembur Aisyah kerana terkejut. Amik kau!
"Hospital kerajaankan? Kerajaanlah ganti" balas lelaki itu.
"Memang bapak kau menteri ek? Ingat pintu ni harga slingbag gucci pasar lambak kau tu?" pedas!
"Mulut perempuan ni kan.. Kalau aku kiss, sia-sia jer.."
Aisyah tersentak. Lelaki di hadapannya di pandang lama. Dia teringat sesuatu. "Ray?"
"Remember me, sweetie?" bibir ditarik untuk menguntumkan senyuman sinis.
"Kau! Kau buat apa dekat sini?!" Aisyah memandang lelaki itu tajam.
"Bunuh kau" pistol diangkat.
"Bunuhlah.. Danial bukan kisah pun dekat aku.." balas Aisyah.
"Kesian kadang-kadang dengan kau ni.."
"AISYAH!" Danial menerjah masuk ke bilik itu.
"Astaghfirullahalazim.. Sabar-sabar.." dada di pegang.
"KAU BUAT APA PADA AISYAH?!" jerkah Danial kepada Ray.
Ray tersenyum sinis. "Dia kata kau tak kisah kalau aku bunuh dia.."
"Weyh.. Aku gurau jer.. Kau serius ni kenapa?" Aisyah gagap.
"Gurau?" Ray ketawa. "Tadi nampak aku macam bergurau ke?!" pistol diangkat.
"Bodohlah kau ni, Aisyah!" Danial berlari menghampiri Aisyah yang berada di atas katil. Badan Danial menghalang Aisyah dari terkena tembakan.
Aisyah memandang mata Danial. Jelas kerisauan. Dalam masa yang sama, Aisyah sempat menekan butang kecemasan di kepala katil membuatkan doktor dan jururawat datang ke bilik tersebut.
"SHIT!" Ray keluar dari bilik itu dan Danial menjarakkan dirinya dari Aisyah.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...