BAB 61

10.9K 412 20
                                    

12 tahun kemudian.

"Sorry lambat.." Alicia menyentuh bahu Aisyah yang sedang duduk di dalam dewan.

"Cepatlah. Diorang dah nak perform.." Aisyah menarik tangan Alicia duduk di sebelahnya.

"Mama Aisyah. Mama Alicia. Tolong record untuk tatapan Papa Danial and Papa Arif." kata Zafran menggunakan mikrofon. Tangannya tidak melepaskan tangan Daniellea, anak Danial dan Aisyah yang baru darjah lima. Dia tahu gadis itu gugup.

"Buuuu! Takde bapak! Lea takde bapak!" ejek pelajar-pelajar yang verada di dalam dewan itu.

Mata Zafran memincing tajam ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang mentertawakan Daniellea. "Standby masuk bilik disiplin."

Terus terdiam pelajar-pelajar lelaki itu apabila Zafran selaku ketua pengawas dan ketua pelajar berkata seperti itu. Zafran, jika sudah mula serius sangat menyeramkan. Tak padan dengan umur 12 tahun.

"So, princess. Bacalah karangan, awak."

"Urm" Daniellea mengangguk, gugup.

"Hadeh! Kenapa anak korang ni sweet sangat?" tanya Aisyah.

"Papa Danial tak sweet ke?" Alicia ketawa.

Aisyah memutarkan biji matanya.

Dari luar dewan pula, Danial dan Arif hanya mendengar ejekan rakan-rakan Aisyah.

"Sabar, bro. Kau bukan saja-saja nak tinggalkan, Lea. Lea pun faham tugas kau. Nanti kau muncul, baru terdiam diorang." Arif menepuk bahu Danial.

"Diorang tak percaya kot aku ayah Lea. Handsome kan?"

"Heh! Dah dengar tu cerita Lea. Fuh! Sweet teruk anak aku ni. Didikan siapa ni?"

"Didikan Papa Danial dia.." Danial mendabik dada.

"Kisah ini ditujukan khas untuk papa Lea, Kapten Danial Raviel bin Raiez." suara Daniellea mula kedengaran.

Danial dan Arif memasang telinga.

"Papa Danial merupakan seorang papa yang baik dan bertanggungjawab. Dia juga mempunyai sifat yang tegas. Mungkin sudah terbiasa dengan pekerjaannya. Papa selalu sibuk dengan kerjanya sehinggakan kadang-kadang dia tiada masa untuk saya. Tapi saya tak pernah pertikaikan kerana itu merupakan tanggungjawabnya pada negara.

Papa, jika papa sempat lihat video yang dirakamkan oleh mama ini." mata Daniellea sudah mengeluarkan air mata. Dia takut jika Danial tidak sempat pulang menemuinya. "Lea nak ucapkan terima kasih sebab sentiasa bertanggungjawab kepada negara. Lea berharap sangat papa datang ke majlis ni. Tapi takpe, Lea faham. Lea cuma nak papa balik dengan selamat saja. Lea rindu papa. Dah 3 bulan papa tinggalkan Lea dengan mama. Bila papa nak balik?" dan tangisannya terhambur. Kata-katanya yang disusun sebelum naik ke pentas hilang entah kemana. Tangannya kuat menggenggam tangan Zafran.

"Daniellea Aralyn!" panggil Danial sedikit kuat persis seorang tentera sedang memberi arahan sambil berjalan masuk ke dalam dewan tersebut.

Daniellea mengangkat kepalanya. "Papa!" tangan Zafran dilepaskan. Dia berlari lalu terjun dari pentas itu.

"Eh! Lea!" Danial berlari mahu menyambut anaknya itu. Buas naw! Ikut perangai Aisyahlah ni!

Daniellea diangkat lalu didukung. Manja walaupun sudah darjah lima.

Pelajar-pelajar lelaki yang mengejek Daniellea tadi terkejut apabila melihat pakaian yang dipakai oleh Danial. Uniform tentera. Terus naik biru muka mereka. Zafran di atas pentas hanya menayangkan senyuman sinisnya.

"Sorry, princess. Papa baru balik operasi." Danial mencium pipi puterinya itu.

"Takpe. Lea faham." leher ayahnya itu dipeluk erat.

Aisyah berdehem. "Lea je? Mama Lea ni?"

"Mama Lea dekat rumahlah.." Danial mengenyitkan matanya.

Aisyah ketawa. Gula tak pernah kuranglah Danial ni.

"Nak adik!" pinta Daniellea dengan suara yang agak kuat.

"Woi!" terkejut Danial, Aisyah, Alicia dan Arif.

"Gurau je. Rilek lah. Chill.." kata Daniellea.

Mereka ketawa.

Zafran menghampiri mereka. Tangan Danial dan Arif disalam.

"Jom berbual dekat luar" ajak Alicia.

Mereka mengangguk lalu keluar dari dewan itu.

~
"Lea.." Aisyah memeluk tubuhnya. Muka tidak puas hati ditayang.

"No, ma! He's my daddy!" Daniellea membuat perkara yang sama seperti ibunya itu.

"He also my daddy and MY HUSBAND!" balas Aisyah. "Go sit on Zaf's lap!"

"Uh! Mama nak kitorang kahwin free ke?!"

Zafran hanya tersengih memandang dua beranak itu bergaduh.

"Okeylah tu. Save duit mama."

"No! My wedding place is at a hotel and I wanna use helicopter as a transport."

"Pokai aku macam ni.." Danial menepuk dahinya.

"Hoi! Dengan anak pun jadi gaduh. Balik nanti gaduh dengab Danial dalam bilik!" kata Alicia yang pening melihat dua berabak itu bergaduh.

"Idea apa kau bagi ni nyah!" Danial memandang Alicia.

Alicia hanya mengangkat bahunya.

"Sudah! Jom balik! Stres lama-lama tengok korang berdua bergaduh." tangan Aisyah dan Daniellea ditarik lembut untuk mengikuti langkahnya.

~
Danial melabuhkan punggungnya di atas katil mereka. Matanya memandang Aisyah yang sedang menggosok uniformnya.

"Lea dah tidur?" tanya Aisyah.

"Dah. Lama lagi ke nak siap gosok tu?"

"Taklah. Dah nak siap. Kenapa?" Aisyah memandang suaminya itu.

Danial menggeleng. "Cepatlah. Abang dah mengantuk."

"Oh! Okey.."

Selepas beberapa minit, Aisyah selesai menggosok baju uniform suaminya itu. Baju itu digantung dengan penyangkut baju supaya tidak berkedut lagi. Kemudian kakinya melangkah ke arah katil mereka.

Aisyah duduk di sebelah Danial yang sudah terlena. Mungkin penat sangat. Baru pulang dari operasi. Wajah Danial ditenung. Rambut Danial diusap. Jika dahulu dia suka menarik rambut itu, kini dia lebih suka mengusap rambut tersebut. Lebih-lebih lagi ketika dia mengandung dahulu.

"Uhm. Sweetheart.." rengek Danial yang masih menutup matanya. Dia menyembamkan wajahnya ke dada Aisyah. Bibirnya bergerak mencium kawasan itu.

"Eyy! Tidur je lah!" Aisyah menampar bahu suaminya itu.

Danial ketawa kecil. "Love you.."

"Love you too.." balasnya sambil mengusap kepala Danial.

Aisyah bersyukur dikurniakan suami seperti Danial. Tak pernah memaksa dan sentiasa memahami dirinya. Keputusannya untuk berkahwin dengan Danial dahulu bukan keputusan yang salah. Danial betul-betul melindungi dirinya sehinggakan dia sanggup menggadaikan nyawanya demi orang yang dia sayang. Terima kasih Allah kerana beri peluang kepada mereka untuk hidup bahagia.

"Thank you, sayang." Aisyah mencium dahi Danial yang sudah lena itu. Kemudian dia tidur sambil memeluk suaminya itu.













Tamat

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now